BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 15 November 2010

Sungguh Banyak Maklumat

Bulan lepas, ada 1 hari tu, aku tawaf satu bandar bp ni untuk mengumpul seberapa banyak maklumat berkenaan pembiayaan peribadi. Dari satu bank ke satu bank, aku terjah. Bukan takat ambik brochoure je tau. Siap duduk mendengar penerangan dari financial advisor lagi tau. Aku ni, sebenarnya takut dan malu bab2 berjumpa orang nih. Tapi tah mana datang keberanian tah, semua aku redah jer. Mula2 aku pegi ke bank ghimau.

Berjumpa dengan FA ciner. Alamak... cemana aku nak tanya pasal islamic punya nih? Dia pulak sibuk carik nama @tec dalam senarai. Call sana call sini, last2 dia kata, ada. Aiyok? Ada ke jabatan kerejaan yang tak boleh ek? Kendian dia just kasi jadual bayaran balik je. 5.5%! Tinggi tuh.

Kendian aku ke embeng. Embeng ni bagi aku masuk kategori bank bukan melayu. Sebab staf dia ramai yang sebegitu. Sibbaik FA dia melayu. Seorang budak lelaki yang baru je 2 bulan keje situ. Sebelum ni dia kat bank lain. Nilah FA yang paling ramah dalam banyak2 bank yang aku pegi. Ayat manis gitu. Kadar keuntungannya agak tinggi, lebih kurang mebeng juga. Kat bank ni, dia ada yuran proses hampir 5%. Gilo ko po? Baik2 ko nak pinjam singgit, dapatnya 8 posen je.

Kemudian aku ke bisn. Ni antara yang terendah lah. 4.85%. Ada promosi cabutan bertuah pula. Boleh menang kereta. Selain itu, kalau kita pinjam lebih dari 50k, leh dapat hadiah percuma blackberi. Wah! Tapi, ada syaratnya. Kena register ngan selkom, kontrak 2 tahun dengan pakej yang dah ditetapkan. Paling murah, rm188 sebulan. Baik lah aku guna duit tu untuk bayar loan tu sendiri. Aku topup sebulan tige puloh hengget pun tak luak2 sampai dah beratus2 sekarang.

Dari situ, aku ke bank muamalatt. Sebelum tu encik hairul dah survey kan kat muamalatt cawangan ito. Derang ada pakej khas untuk staf derang. Bila aku sampai situ, derang tanya, keje kerajaan? Pastu dia tanya lagi? Kat mana? Bila aku jawab @tec, terus dia berpandangan sesama sendiri lantas berkata, kami takde personal loan. He? Padahal masa kat ito encik hairul dah tanya dan ada personal loan untuk bukan staf ito jugak dan dia suruh datang branch kat bandar. Kerek!

Kendian aku terus ke bank pilihan anda. Yang ni aku dah tengok kat website. Kalau ahli memang lah rendah. Tapi, bukan ahli pon tak lah tinggi sangat. Beza 0.05% je dengan bisn. Kat sini aku agak lama la jugak mendengar penerangan FA tu.

Hari sebelum tu aku ada singgah di rhbislamik. Dapat ambik brochoure je. Ada promosi untuk staf gomen, 4.75%, tapi khusus untuk kementerian cikgu dan uni. Lain2, 4.95%. Dan promosi itu berakhir pada hari itu. Memang takdan dan takkan lah.

Aku tak pergi bank2 bukan melayu yang lain dan siimb, sebab aku assume, siimb tu kan taraf2 mebeng kan. Mesti tinggi gak percent nyer.

Di penghujung pencarian itu, aku rasa, diri ku telah dipenuhi dengan maklumat berkaitan personal loan. Dari tak tau apa2, terus tau macam2. Dan berjumpa berbagai ragam FA juga. Siap yang embeng tu cakap, kalau aku leh carikan kawan dia nak kasi komisen lagik. Pergh! Patut lah ada yuran proses 5%!


0 komen: