BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 15 November 2010

Bisikan Ablasa

Sebut2 pasal kak melah yang telah bertudung, aku membuat spekulasi jahat. Nampak sangat bekas suaminya tidak berjaya mengajak dia ke arah kebaikan. Selama berumahtangga, tak pakai pun. Dah berpisah barulah datang seru. Jahat, kan? Aku maksudkan aku lah. Bukan suami dia.

Mereka pula buat spekulasi juga. Tu mesti sebab takde anak lah kot dia bercerai. Suami dia nak zuriat juga. Jahat, kan? Aku maksudkan mereka lah. Bukan aku.

Mereka dah ada zuriat. Jalan lurus ke syurga kot? Tapi merungut2, susahnya nak membesarkan anak zaman sekarang. Jahat, kan? Aku maksudkan bisikan syaitan lah. Bukan aku, mereka atau suami dia.

0 komen: