BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 25 November 2010

Buku Drama Ala Komik

Balik keje, dalam kete tadi, aku terdengar lagu razis ismail. Sedap kan, lagu kepulangan tu? Alaaa yang dia dah clash ngan pompuan tu, dah ada boifren lain, kendian pompuan tu muncul balik di muka pintu tu... yang bergema sayup2 mesra memanggil ku... dan demi pintu ku buka, di hadapan ku seorang wanita, air mataaa bertitisan ke pipinya yang kering dan layu tak bermayaaaa. Suker suker suker sangat lagu tu. Terimbas zaman kanak2, tak tau lah bila.

Eh, tapi, petang tadi bukan lagu tu huhuhu. Sebut je nama razis ismail, terus teirngat lagu tu. Terbawa2 pula. Lagu apa ek? Ohhh haaa lagu nyer lebih kurang cenggini, wahai kekasih, wahai manja ku sayang... wahai kekasih wahai e e ku sayang... semalam, fikiran aku melayang, seharian, aku terkenang tentang dirimu... ha lebih kurang cenggitu lah. Kang aku taruk video youtube kang bukan korang nak bukak pun kan (sebenarnya aku yang cenggitu hihi).

Ok, bila dengar je lagu tu tadi, aku langsung teringat pasal buku drama ala komik. Pernah dengar? Pernah tengok? Pernah baca? Komfem tak pernah, kan? Sebab aku belum jelaskan apa itu buku drama ala komik. Kang aku terangkan maksud buku drama tu, mesti ramai yang akan kata pernah pernah pernah!

Buku drama ala komik yang aku maksudkan ni ialah satu buku yang lebih kurang macam komik. Alaaa macam doraemon tu la, tapi dia bukan komik, tetapi drama sebenar. Kiranya kalau drama tv tu, dia capture gambar2 dalam scene tertentu dah taruk dialog box. Haaa a'ah a'ah, buku tu lah kak. Betul lah tu. Kenapa aku cakap 'kak'? Sebab buku yang aku pernah baca tu ialah buku kakak aku yang sekarang berusia 46 tahun sekarang. Mesti akak2 baya tu je yang pernah memilikinya.

Apa pulak kaitannya dengan lagu wahai kekasih wahai cintaku itu tadi? Takde kena mengena langsung. Buku, mana nak dengar lagu tema ke haper ke. Sebaliknya, yang ada kena mengena ialah penyanyi lagu itu. Ya, razis ismail tu. Buku drama yang pernah aku baca tu dilakonkan oleh razis ismail dan beberapa pelakon lagi. Ok ok aku tengah cuba retrieve memory aku ni. Zas! Haaa pelakon lain yang terlibat ialah connie sebagai heroin dan seorang pelakon wanita yang rambut selalu sanggul besar selalu berlakon sebagai datin2 zaman dolu. Saper eh? Muka agak bengis. Terbayang2 aku muka dia.

Cerita tu berkisar kepada satu keluarga kerabat ni. Kalo tak salah aku, watak2 dia semua mak engku, pak engku, engku engku gitu lah. Hero nya ada dua anak lelaki, salah seorang daripadanya razis ismail tu lah (adik). Ooo aku ingat, dia selalu guna anakanda ayahanda bonda kanda dinda. Razis ismail ni study dekat2 situ je. Si abang pulak study kat luar. Tak ingat la obersi ke haper. Mula2 cerita tu scene abang tu balik ke villa mereka, baru grad kot. Tapi, jalan kaki? Entah la, dah lupa.

Pastu, tah macamana tah, muncul connie ni, menjadi rebutan antara kedua2nya. Watak abang tu pulak diletak tak sehenskem razis ismail. Pastu ada pulak watak wanita lain pilihan orang tua. Anita ke haper tah namanya. Ke tengku anita ke kot. Dah, kata pilihan orang tua, mestilah di kalangan kerabat kot. Dulu2, aku rasa lah, anak2 dato' tan sri ni belum berapa la. Kalau kerabat, memang saham tinggi ar. Kot.

Ada satu scene tu, razis ismail berdating ngan connie kat ladang ke hutan ke entah. Alaaa villa kan kawasannya luas, siap berdusun keliling rumah. Kat situ lah kot. Ada adegan romantis di situ hihihi. Ok, setakat itu je yang ada dalam kotak memori aku. Tak tau lah cemana pengakhiran cerita tu. Tapi, aku rasa buku tu ada beberapa episod. Dan yang ada cuma beberapa episod je. Tak sampai habis. So, tak tau lah apa kesudahannya. Nak tanya kat kakak2 aku yang berdua tu, komfem la tak ingat langsung. Ni pun aku rasa memori tentang buku ni terletak pada urat aku yang belum putus lagi tu. Kot putus besok, aku pun lupa sama huhuhu.

*Updated! Untuk memudahkan aku, baik aku taruk lagu tu kat sini.






p/s ya ampunnn... aku tengok lagu kepulangan kat video tu tahun 86. aku baru darjah 1 lor. patut la macam sayup2 je.

4 komen:

~ yus ~ said...

Amboi! Peminat Razis Ismail rupanya..:D Apa cerita dia sekarang kan?

Teringat masa form 2 pernah jumpa Razis Ismail, dia datang depan rumah lagi ambil gambar dengan Marlia Musa untuk majalah sempena Aidilfitri. Suka gila masa tu...hahaha

Pernah baca buku ala komik tu, tapi sebenarnya tak berapa minat sangat..:D, pinjam orang punya je pun.

AyunasiA said...

kak yus: hihi takde la minat sangat kat dia, cuma lagu kepulangan tu agak dramatik liriknya. lagipun bukan era kiter ar. kalau ramlah ram ye betul, minat huahuahua.

buku tu sesuai kot utk remaja pd masa tu. cam kiter kecik lagi, takde perasaan lagi.

kakLuna said...

yg watak datin tu...sharifah aminah?

AyunasiA said...

alamak ai! entah ek. tgk gambo skrg, mcm lain jek. eh, bukan datin la. mak engku.