Friday, 8 October 2010

Moral Of The Story

Nak bervirtual open house ke? Boleh... tapi bau pun tak dapat lah ek. Jamu mata je.



Nasi impit dan ketupat

Sambal kacang dan rendang

Kuih bakar dan samosa (semua mil kasik)

Sayur lodeh the survivor

Minuman panas dan sejuk

Dadih kapucino dan mangga (perisa dipilih mengikut tema warna rumah)

Takde mood la nak menulis. Straight to the point je la...

Hikmah

1. MIL dan adik2 ipar datang membantu. Kalau aku sensorang, memang la masak pagi tu ok, tapi, bila berlaku kejadian ini, apa nak buat??? Mungkin kami terus close house dan tampal notis, 'OPEN HOUSE DITANGGUHKAN KE TAHUN DEPAN'.

2. Takde budak kecil yang perlu dilayan.

3. Aku beli dapo besar dan tong gas. Kalau tidak, berjanggut lah menunggu nasi impit tu nak masak.

4. Aku berat hati nak jemput ramai2. Dan ramai yang ada hal lain dan tak dapat datang.

Moral

1. Jemput salah satu, student je atau staff je. 2008 aku jemput staff je. 2009 aku jemput student je. 2010 konon nak jemput 2-2, dan ini lah akibatnya. Kalau nak 2-2 jugak, kena buat dua sesi berasingan. Dua minggu berturut2? Gila ah. Tak mampu tenaga aku.

2. Jangan fikir derang makan sikit2. Lebih2 lagi student. Badan dah la bagak2.

3. Order katering je... Tapi, tak puas lah kalau order. Serupa belanja makan kat kedai jek.

4. Standby bawang2 siap dikupas.

5. Standby bahan basah; udang, ayam, sayur2.

6. Buat menu pilihan. 2/3 menu memadai supaya tetamu tidak tertumpu pada menu utama sahaja.

7. Biar lebih, jangan kurang. Kalau kat kampung, biasa derang masak double. Semua orang boleh tapau.

Dah, tak boleh berfikir lagi dah...




0 komen: