BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 19 October 2010

Misteri Tanah Yang Hilang

Cerekarama sabtu lepas2 citer pasal anak yang takmo beraya di kampung, sebaliknya, suka beraya di londang. Antara dialognya yang aku tangkap,

"Londang tu tak lari ke mana..."

Kiranya, kalau kita nak pergi ke londang tu, bila2 pun boleh sebab ia tetap lah di situ. Tetapi, orang tua kita, tak lama lagi hidupnya. Itu lah yang perlu diutamakan.

Maka, pada hari ahad lepas, kami berdua telah berazam untuk membuat cubaan kedua, merungkai misteri tanah kami yang hilang. (Dapat tak kaitannya?) Sebelum ni, sehari sebelum puasa tu ari, aku dengan gigihnya telah mengangkut tanah hitam, air sebaldi, cangkul dan anak2 pokok kononnya untuk ditanam di belakang 'rumah' kami di paghit aspan (saje cipta nama baru). Tetapi, bila sampai di sana, oh, di mana tanah kita??? Belukar2 baru mula muncul. In fact, jalan yang ditambak tanah merah pun dah nampak samar2 tanahnya. Main redah je. Puas kami mencari batu sempadan, namun non ado berjumpo. Time pulak dah petang, besok nak puasa, maka, kami balik begitu saja lah. Ada tu ha, anak2 pokok tu, masih ada kat depan rumah. Silap haribulan bulan depan dah kuar bunga durian hihi.

Dua bulan kemudian, yakni ahad lepas tu, kami pun pergi lagi. Kali ni tak nak tanam pokok dah. Saje nak cari tanahnya dulu, nak buat tanda, baru lah lain kali datang lagi tanam pokok pulak. Dan bila kami masuk je ke jalan bertambak tanah merah itu, bukan lagi samar, memang dah tak nampak tanah lagi dah.

See! Mana jalan? Mana???

Akan tetapi, kami cuba lah juga meredah. Kata kancil duduk kat hutan. Takkan lah takat rumput sikit2 pun tak lepas. Tapi, baru separuh jalan, rumput kecil2 dah bertukar kepada pokok2 berakar tunjang. Kang aku redah, ada jugak kancil masuk spital kang. Lalu, kami pun gostan. Dusy! Masuk tepi longkang. Sibbaik tak lah tak dalam. Bermula la aksi2 menolak kereta dan menyabit rumput. Tak pepasal. Kalo tau tadi aku bawak bajak menuai padi.

Maka, tiadalah terungkai lagi misteri kehilangan tanah itu. Minggu ni aku nak cuba masuk ikut jalan belakang pulak. Sebab belakang tu ada kebun sawit yang bersih giler. Tumpang lalu ek encik tuan tanah sawit belakang...

Kalo tiba2 muncul si ekor kontot tu, cemana?

Masih misteri...



2 komen:

kakLuna said...

sepatutnya bawak racun rumpai je..kan sonang..

AyunasiA said...

berapa tong racun nak sampai ke lot no. 9? tak sonang okke. nak jugak mesin tuai padi!