Pada hari selasa, 19 Oktober yang lalu telah berlangsungnya aktiviti gotong-royong secara mega di tempat kerja ku. Seminggu sebelum tu, derang dah mintak senarai peralatan dan bahan yang diperlukan untuk tujuan tersebut. Kami pulak masa tu tengah kursus. Maka, kami buat list tu pun lebih kurang jek. Sambil tu, kami ingat, alah, mintak lebih2 pun, karang kena cantas jugak. Baik lah kami mintak seadanya sahaja.
Tapi, pagi itu, selepas perhimpunan ringkas, apabila aku pergi mengambil barang tersebut, umak ai! Kata orang, apa yang ko nak, pasti dapat. Tinggal lagi, dapat sekarang atau petang karang (sebab supplier lum anto) je. Cer cakap nak apa? Nak cat. Dapat. Lagi? Lagi? Apa2 je lah. Tapi jangan la ko mintak mesin potostet seketul ke. Kenalah ada kena mengena dengan 5s. Nak kasi cantik2.
Alangkah walang hati kami yang punyalah baik hati, takmo perabih duit. Mintak benda kecik2 je. Silotep, gunting, pisau, kertas gula (sugar paper), alaaa yang murah ko pakai duit sendiri pun tak rasa menyesal langsung lah. Tapi, bila tengok department 'tu', list dia je dah 2 muka surat tulisan kecik2. Tak ke rasa nak nangis bila tengok derang ambik formboard yang rege sekeping rm14 tu sebanyak 15 keping? Dah dah, jom kita balik opis kita cepat. Kecik ati nih.
Selepas pembahagian kawasan, aku dapat notice board dan tukar lampu koridor. Tapi, mentolnya di mana? Nak buat apa ngan notice board kalo haper pun tadak? Maka, pagi tu aku tolong operasi kat bilik pengajar je lah. Mula2 sekali, KB aku bagitau, dia dapat 6 tong cat berlainan warna. Aku pun cakap, aku nak cat bilik kami ni. Dia pun suh aku pilih kaler. Vavava agak2 aku pilih kaler apa ek? Nasib arrr aku pilih ikut citarasa aku hihi.
Maka, kami pun mula lah mengerah anak2 untuk upacara mengecat itu. Untung ramai anak lelaki ni. Suruh je derang panjat sana panjat sini, ON sesajer. Yang gegirl2 tu, aku ajak buat benda2 renyah. Gunting menggunting. Tampal menampal.
Waktu rehat tengahari, aku keluar ke bandar. Ada urusan sikit. Sambil2 tu aku belikan lah juga alatulis yang tak sampai hati nak order kat opis tu. Balik opis semula aku pun pulun buat sesuatu untuk jajahan taklukku. Sampai ke petang, kerja mengecat baru separuh jalan. Tunggang langgang opis aku.
Esoknya, sepatutnya dah abis dah gotong royong. Tapi, oleh kerana kami tak siap lagi, terpaksa lah sambung lagi gotong royong peringkat bahagian. Hari ini ku rasakan begitu lambat berlalu. Macam2 benda aku buat. Penat seh... Akhirnya, tepat jam 5 petang, bilik pengajar pun siap direnovasi. Hasilnya sungguh mengujakan. Macam rumah pulak.
Saje aku letak gambar2 ni last2 sebab malas nak kopipes kopipes nak mencelahkan gambo ni kat tulisan. Lantak ar.
Saya sangat suka! Kiranya apa yang aku bayangkan selama ini dah terrealisasi dengan jayanya lah.
Macam ais krim nom nom nom...
Rah!m, ko redho ke aku letak bunga kat atas meja ko nih ? hahahaha layannn...
Isy, baru aku perasan yang pintu tu sepatutnya dicat jua. Putih mesti cun ek?
Meja aku yang tepi sini. Tu, yang tamak baru dapat pc baru dan boleh bukak 2 akaun fb serentak tu huhuhu.
Yang lelaki mesti pening cari barang sebab kami dah kemas meja derang. Saper suh sepah2. Pandai2 lah korang...
Notice board 'aku'.
Errr macam banner blog aku tak? hihihi
Semak giler!
Selepas di 3s kan.
4 komen:
Cantik..cantik..
board cantik tapi penuh sgt ngan deco.....board kene simple ajer bordernya supaya byk info leh letak
shue: boleh tindih je deko tu
cantikkkkkkk
Post a Comment