Wednesday, 6 October 2010

Kisah Open House Yang Kalau Boleh Nak Close House Tengah2 Tu Jugak

Hah! Ambik ko. Dah lama aku tak taruk tajuk yang panjang berjela cenggini, kan? Tapi untuk kali ni, memang tak de maap punya. Memang ini je tajuk yang paling sesuai dan tak menipu langsung. Sadis betul...

Kisah bermula pada hari Jumaat. Eh, hari Selasa boleh tak? Sebabnya, hari selasa lagi aku dah mulakan operasi. Anyway, hari khamis, aku dah siapkan dadih sebanyak 120 bijik. Nak buat lebih2, tak muat pulak peti ais tu. Kang nak simpan ayam daging segala bahan mentah tak de tempat pulak kang.

Hari Jumaat, waktu tengahari, aku balik rumah sekejap. Sempat lah aku memotong daging untuk dimasak rendang. Dan encik hairul pun sempat lah membersihkan ayam. Balik kerja pulak, aku terus mengupas bebawang dan menyediakan perencah2 masakan. Dan petang tu juga, mendapat berita, mil dah siap masakkan 80 bijik ketupat. Wah! Senang lah kerja aku. Masak nasi impit lagi sikit je. Malam tu dah takde benda nak buat, kami lap2 pinggan. Tisu pun sempat lipat lagi. Kemain lagi santai.

Nak dipendekkan cerita, operasi memasak berjalan dengan lancar sekali. Dengan bantuan ibu mertua ku, dan adik2 ipar ku yang berempat itu, segalanya nampak elok pada mulanya. Bukan sahaja siap memasak, sedap2 pulak tu huhuhu perasan. Kami siap masak dalam pukul 11am gitu. Awal sangat. Sampai sempat lah aku mengemas dapur tu. Tu pun aku bangun kul 6.30am, dah lari dari jadual. Sepatutnya kul 6am lagi aku dah menenggek rendang. Ni pukul 7am baru hegeh2 nak beli santan. Semalam santan dah habis. So, encik hairul order siap2, tinggal ambik je pagi tu. Mil pun siap bawak 2 bijik kelapa youuu... Diulangi, 2 bijik KELAPA yea. Bukan kelapa parut atau pun santan. Siap bawak parut kelapa yang pakai tangan tu lagi kooo. Hebat tak hebat ibu mertua ku. Gigih, kan? Bila aku suruh encik hairul tambah beli santan, dengan segera ibu mertuaku memecahkan kelapa itu lantas memarutnya dan langsung diblend dan diperahnya. Hihihi sayang jugak mak ngan aku ek? Hehehe...

Siap menghidang, tepat jam 12.00pm, muncullah beberapa orang students. Aku pun cecepat gi mandi. Bila aku siap, terus lah aku keluar. Sekali...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Alangkah tergezzut nya aku kerana begitu ramai sekali maknusia miskin kaya semua bergembira. Ya, mereka kelihatan gembira berebut mengambil makanan. Aku rasa... ada la dalam 50 orang kot. Ini bermakna, satu kelas lah datang kot. Padahal, masa encik hairul invite derang tu, separuh je pun yang datang kelas. Tiba open house, semua pulak datangnya. Aku pulak, tidak lah expect semuanya datang. Paling kuat pun, separuh. Ditambah pulak dengan open house yb yang serentak hari tu. Sekelip mata je, makanan itu lenyap dari pandangan. Yang paling sadis sekali ialah bilamana, aku tengah kat dapur, datang sorang budak ni datang bawak tray, mintak tambah lauk. Nak tambah lauk apa? Pengsannnnnnnnnn...

Masa tu aku dah blur lagi blank. Bukan setakat students, masa tu jugak, jiran kami datang, sekali dengan kawan sekolah ku. Nasib baik sikit, aku ada buat satu hidang kat dalam dome set. Itu pun aku letak sikit je lauknya. Tapi, cukup lah untuk kawan dan jiran ku itu makan.

Dan dalam masa yang sama, aku yang baru mandi dan wangi ni pun mula lah ke hulu ke hilir, ke depan ke belakang. Hasil perbincangan dengan adhoc committee di dapur, kami decided to goreng mihun. Sibbaik aku ada simpan sebungkus setengah. Boleh lah buat cover line barang setengah jam. Dan mujur juga aku tergerak hati nak merebus daging dan simpan dalam freezer. Tapi, yang tak boleh blah ialah, masa nak blend. Syhhh syhhh kalau boleh takmo kasi blender tu bunyi, tapi tetap lah ia berbunyi dengan nyaringnya. Kelakar pun ada. Cumanya, oleh kerana ada mil, tidak lah aku rendam mihun tu dalam air panas. Terpaksaaa lah tunggu mi tu lembut dalam air sejuk. Kalau ikutkan aku, aku masak je air sekejap, rendam seminit, dah siap. Lagi pun kan mi tu komfem abis sekelip mata kan... Tak sempat lah dia nak berair ke haper. Tapi, depan ibu mertua, kena lah guna kekdah tradisional.

Dalam masa yang sama, kami terpaksa menghantar runner untuk membeli ayam. Konon nak celur mihun, buat sup ayam. Tapi, selepas aku solat seketika, dapat lah ilham untuk memasak ayam masak merah segera. Terima kasih luna for your instant recipe. Sangat membantu. Sebabnya, dalam kehabisan lauk tu, sebenarnya kuah lodeh masih tak luak. Jadi, kami terpaksa mencipta menu alternatif untuk dilawankan dengan lodeh. Kalau ikutkan, kalau kat johor ni, orang makan lontong dengan sambal tumis, kan? Tapi, masa tu tak terpikir lak nak wat sambal tumis.

Bila mihun goreng siap, ketupat dan nasi himpit pulak habis. Ok, mihun masih boleh cover. Itu pun mula2 tadi aku dah campak dah ketupat nona tu 2 paket dalam piuk. Aku bajet, kalau masak pukul 1pm, kawan2 akan datang lepas zohor atau pukul 2 ke atas, so masih sempat lah masak ketupat tu walau pun tak sempurna la.

Tapi, mana boleh angkat2 je kita terus potong, kan? Kenal lah tunggu sejuk dulu, baru lah dia keras. Dahhh satu hal pulak nak sejukkan. Memula aku letak dalam bilik ekon. Pastu macam lambat kesannya, aku lalukan pada air paip sambil rendam dalam besen. Pastu macam tak leh sabar, terus aku sumbat dalam freezer. Itu pun, time proses penyejukkan itu lah waktu puncak kawan2 termasuk bos encik hairul datang. Maka, derang makan apa yang ada je lah. Malu, memang lah malu. Sebab ada beberapa orang yang balik tak makan. Yang sedihnya, ada yang cuma ada satu ni je open house. Tapi, nak buat macamana???

Bila nasi himpit siap, ayam masak merah pun siap. Ok, tarik napas sekejap. Tapi, takde lah banyak mana ayam tu. Bila students aku pulak datang, pun habis juga. Itu pun aku bersyukur sesangat sebab tak ramai student aku yang datang. Masa student datang tu, sekali pulak dengan opismate aku sekeluarga. Anaknya 5 orang. Sibbaik lauk kat dome set tadi masih ada. Itu pun dah tinggal sikit2 sebab sebelum tu ada gak geng netball aku datang 4 orang. Kiranya, semua kawan2 aku dapat lah merasa menu sebenar hahaha. Oh, menu sebenar ialah ketupat, rendang daging, kari ayam, sambal kacang dan lodeh.

Bila ayam pun langsai, baru lah datang ilham nak masak sambal tumis. Udang lah yang paling senang. Tapi? Cili blend dah habis? Aku suh beli cili boh je. Sapsapsoi kan. Tapi, mil cakap, cili boh tak sedap. Isyyy dalam kes ini, sedap tak sedap belakang kira. Yang penting ado. Lalu, runner pun pergi beli udang pulak. Klung klang klung kleng, siap pun sambal udang. Oh, thank God, sambal udang adalah penyelamat dunia. Ketupat, makan dengan kuah lodeh dan sambal udang. Pergh! Sepatutnya dari awal lagi kami dah buat sambal udang sebanyak 5 kilo. Takpe, tahun depan pulak, ek?

Dan yang untung ialah orang yang datang last sekali. Dapat makan dengan tenteram. Takpe lah, tak dapat makan rendang, lenkali aku masak lagi, ok? Tetamu terakhir balik tepat jam 6pm. Lepas tu, kami pun mengemas. Sampai lah ke waktu isyak, mil pun bertolak ke KL. Sebenarnya derang nak bertolak petang, lepas masak2 tu, tapi bila berlaku kejadian mengejut itu tadi, tak sampai lah hati mereka nak meninggalkan aku terkontang kanting sensorang.

Bila dah takde orang, tinggal kami dan sorang sil, kami pun duduk mengadap makanan yang tinggal. Masa tu lah baru teringat, aku sempat rasa rendang tu setakat yang aku test2 rasa masa memasak tu je lah. Encik hairul lagi lah, tak makan langsung dari pagi. Dan bila dapat makan tu, fuhhh hilang rasa penat semua. Sambil2 tu, kami ber post mortem lah. Kelakar, lawak, saspen, ngeri, terkejut dan macam2 perasaan. Banyak sangat hikmah dan pengajaran yang kami terokai. Pasnih aku cerita moral of the story pulak, ek?



6 komen:

Yayu said...

Nasib baik ler ibu mertua mu & ipar mu ada

Unknown said...

Asia..minta maaf ler tak dapat hadir.

Faham situasi Asia tu, samalah masa kita buat majlis masuk rumah hari tu, tetamu dah ramai, tapi nasinya tak cukup..kena tunggu nak masak lagi..tapi nasib lauknya ada.

Lenkali kena budget betul2 ni berapa yang datang kan...tapi biasa student kalau ada rumah terbuka memang seronok diorang nak datang, nak2 rumah Asia dekat jer dengan kawasan mereka tinggal..:D

AyunasiA said...

yayu: tu lah... kalau takde, kunci pintu, pagar, nyorok diam2 dalam rumah hihi

AyunasiA said...

kak yus: kwn sy yg buat ari esoknya pun sama kes. tp dia ada student tlg. susah nak jangka la kan... ms 2008 tu sy buat byk, byk lebih. kali ni, kurang pulak. tp kalau lebihm xde kesan pd tetamu la kan. kita je rs rugi, membazir. ye lah kan... mana kita nak tau siapa yg boleh/x boleh dtg. tp sy tak serik hihi

kakLuna said...

patut la mcm nak kene komen entry ni..ada sebut2 nama aku rupanya!

tp kalo aku jd ko mmg pengsan 5 jam ler..biar smua org miskin kaya balik dgn rasa panik!!! hahaha

AyunasiA said...

gitu lagi la malu. mesti org ingat smpi bila2. 'open house rumah yang tak cukup makanan sampai tuan rumah pengsan'