Masa zaman sekolah aku dulu, tahun 80-an hingga 90-an. Zaman sekarang, katanya lebih mencabar. Masalah disiplin sekarang lebih advance. Iyer ker??? Teringat kata seorang cikgu baru-baru nih, bila sorang student ni kantoi biler buat apa2 salah, memang dia akan belasah cukup2. Sebabnya, budak macam tu tak boleh survive buat benda kecik macam tu, macamana dia nak survive bila menghadapi dunia akan datang? Sebaliknya, cikgu ni cakap, budak yang tak pernah kantoi nih, bila balik semula jumpa cikgu ni, selalunya dia berjaya dengan hidupnya. Dan bila budak ni bagitau dia pernah buat salah (disiplin atau tipu cikgu nih), cikgu ni senyum jek sebab dia rasa budak ni bijak. Hihihi harap maklum, cikgu yang aku maksudkan nih bukan cikgu sekolah okeh.
Okeh, apa yang aku nak cite kan nih mungkin akan di’ya’kan cikgu-cikgu di luar sana sebab cikgu sekarang kan menghadapi macam2 pe’el pelajar yang mencabar kan. So, cite ni cuma salah satu daripada beribu riban jenis salah disiplin budak sekolah jaman sekarang.
Hihihi kisah nya 1 Mei yang lalu, aku menerima sms dari seorang kawan lama. Classmate masa form 3 dulu. Eh, dah tak dengar cite minah sorang nih. Aku agak mesti nak jemput kenduri kawin nih. Kawan nih sekarang cikgu kat sekolah kami dulu. So sweet kan? Belajar kat situ, kemudian mengajar pulak kat situ. Memula dia ajar sekolah adela, jauh sikit dari rumah. Tah kabel apa dia pakai, senang jek dapat tukar sekolah yang sepelaung (tapi sepelaung jac kot sebab jauh gak) dari rumah. Isy, sangka buruk je kan? Tah2 dia guna saluran yang betul mintak tukar tuh.
Berbalik pada kisah budak sekolah nih pulak. Rupanya kawan aku nih, M, memang huruf sebenar, nak tanya kat aku pasal sorang budak ni, F, pun memang huruf sebenar. Dia tanya aku, F nih ada masalah ke ngan femli dia? Huhuhu siapakah femli dia itu? Kau? Dia? Mereka? Tak kisah lah siapa. Yang pasti aku pun bagi jawapan, aku pun tak tau. So, aku pun tanya la balik, kenapa bertanya sedemikian? Adakah F in telah melawan kau, atau telah bergaduh ngan kau atau pinjam duit kau pastu tak bayar? Isy isy isy, aku tanya soalan pertama tu je lah.
Pastu M pun balas sms aku, lebih kurang cenggini ayatnya,
X la.. Aritu dia ttangkap sbb xmsk sek, nk g jusco.. Ttangkap masa nk tunggu teksi.. Pastu bwk msk sek, pggl parents.. Xsangka dia tengking bapak dia depan kitorang..Bjurai airmata kitorg tau..
Apa korang nak aku rasa? Nak pelangkung je F? Nak bagi sebatan di khalayak ramai? Suh round padang 100 pusingan? Isy isy isy bukan aku cikgu sekolah tu. Lagipun sekolah sekarang ada kaunselor kan? Kurang kena kaunseling dulu kan.
Errr apa tujuan aku tulis cite ni ek? Aku pun tak tau. Saje buat pengajaran kepada hadek2 sekalian, kalo nak gi jusco, tunggu lah coti sekolah ke, weekend ke. Takde lah nanti kantoi tak masuk sekolah. Plus, bape banyak duit hadek2 bawak gi jusco tu? Ingat jusco tebrau city tu macam kedai sebelah bank ke jual barang biasa2? Mangkuk hayon betuol lah. Isy, nape aku emosional nih? Aku ni kan, bab kantoi tu aku boleh terima lagi, yang aku hangin tu bab dia tengking bapak dia tu. Isy dia punya tengking je dia tau ek. Sian bapak dia. Aku tau lah bapak dia tu camne kan. Bila aku bayang kan situasi tu, aku pun sedey tau. Ermmm...
Okeh, balik ke diri ku yang selalu plak. Weekend yang lepas, tengah lepak2 depan tv sambil tengok berita, bila abis berita tu pembaca berita tu cakap la... selamat beristirehat. Terus terlintas di fikiran, hari Ahad ni hari isteri berehat. Sebabnya, memang aku berehat je aritu. Hihihi.
Jumaat lepas, balik keje aku terus lapegi sg lurus, konon nak beli kerang goreng. Sampai2, dekat 5.30pm, ingat baru bukak ler kedai tu. Ropanya dah abes dah kerang. Frust nyerrr. Tak pepasal aku singgah kedai tepi trafik lite tu beli mee bandung jek. Abang laktak balik petang tuh. Dia ikut ustaz gi Rembao. Tah ada program apa tah. Dah dua kali dia gi situ. Yayasan Safa ke hape nama tempat tuh. Katanya al-Azhar mesia tempat tu.Tempat berkumpul tokoh2 agama katanya. Coppppp sambung esok, nak balik... daaa...
Tuesday, 6 May 2008
Ponteng Professionally dan Hari Isteri Berehat
Hasil karya AyunasiA pada 4:27 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment