Tinggal kulit jek
Minggu ni adalah minggu huru-hara aku. Apakah punca huru-hara ini? Dialah puncanya. Encik Pezol dari Cia8t. Apa yang telah dia lakukan? Huru-hara ni terjadi bukanlah hasil perbuatan dia, tetapi sebelum kedatangannya.
Hari Khamis lepas baru aku tahu akan kedatangannya. Tu pun selepas menyiasat ngan kak maza kat admin tuh. Kalo tak, harus aku selamba buat tak tau je sepanjang minggu nih. Hari Isnin baru dapat memo. Dia akan datang hari Rabu kul 2pm sampai la hari Khamis petang. Apa persediaan aku? Tu yang huru-hara tuh. Hari Isnin baru nak print segala mala benda. Pastu nak kena mintak signature master teacher ngan pengarah pulak. Master teacher plak madaaaang busy. Ari Isnin tu ada luncheon talk (apa tu?) pulak dan dia jadi organizer nyer. Makanya, dari ari Jumaat lagi aku dah mengejar dia kat library, lokasi talk tersebut. Masaklah nya bukan nak mencari dia, tapi benda yang aku nak mintak sign dan cop tu pon masih banyak tak siap. Huhuhu.
Hari Isnin aku kejar dia lagi. Memula dia cakap dia akan naik bilik dia petang. Tapi sampai ke balik, tak de pon. Hari Selasa pulak, dia takde, pegi JB. Kusss semangat! Sibbaik dia balik tengahari. Sempat lagi aku bagi borang markah penilaian. Tapi tak sempat lah pulak nak jumpa pengarah. Belah malam pulak, nak membuat AVA. Takkan nak pakai slide jek? Apa guna belajo buat poster, video transperensi segala tuh? So, aku pon memaksa abang membuat poster itu. Huhuhu, aku design, print dan abang tukang potong, susun dan tampal. Thank you abang! You are my no one hero! No. 2 is Jack 24 hihihi.
Datang hari Rabu pagi, rilex lagi. Alamak, dia nak datang pagi kul 11am pulak! Petang dah mula lesson practice! Material tak cukup lagi. Tak fotostet lagi. Mesin fotostet kat bilik pengajar rosak. Pegi admin, mesin nya ala2 kempen penjimatan pulak. Kelabu jek. Rosak jugak sebenarnya. Kul 11.30am gitu, gi meeting. Fuh! Lega... Aku ambik turn present esok pagi kul 8.30am. Sempat ler prepare lagi.
Tido malam tak lena memikirkan apa akan berlaku esok. Kalo mengajar biasa, aku tak lah nervous sebab budak2 kan. Ni ada penilai plak... harus la gubra kan. Esok pagi, sampai2 je ofis aku terus bukak lab. Kemas2 sikit, pastu panggil student. Bagi briefing sesikit supaya diaorang bagi komitmen. Tunggu punya tunggu, kul 8.45am baru dia sampai. Dan, that’s it. Terima kasih berbanyak2 kepada encik farhan dari ukt atas bantuan tuan mendivert kan perhatian encik itu semasa aku present. Kalo kat cia8t dulu memang ada sorang mamat ni suka jadi tukang divert2 nih. Lagi sikit aku nak abis, mamat ni pon masuk gak. Jasa mu dikenang!
Fuh! Lega rasanya. Belah petang ada closing meeting pulak. Dia komen2 lebih kurang dan makan2 time. Kesimpulannya, boleh lah aku bercuti balik kampung ngan tenangnya esok. Selamat bercuti 3 hari!
Jumaat minggu lepas, buat pertama kalinya sepanjang bekerja di sini, aku keluar waktu rehat tengahari. Asal tujuannya nak bayar cc. Asyik rosak je cash deposit tu. Ingat, kalo rosak lagi, bleh bayo kat kaunter. Sibbaik ok, sebab kaunter tutup solat Jumaat. Pastu pegi bus stand. Apa ke hey gi situ? Kedai apa yang banyak kat bus stand? Ya betul! Kedai majalah. Cari majalah kat situ. Kedai buku fofular tu takde majalah mesia melayu ni. Dia banyak jual majalah tulisan pinyin jek. Eh, pinyin tu tulisan rumi yang bercacing tu ke tulisan cina ek? Lupa lak. Tak kisah lah. Pastu aku pergi sammit plak. Alone ok! Ni kes berdikari ke tak campur orang tah. Dah, sumer orang balik rumah, nak wat camne kan... Tak sampai satu pusingan level LG aku pusing, misi dah pun accomplished. Misi beli kasut yang sedondon ngan handbag. Best2. Walau banyak mana kedai kasut aku masuk, biasanya last2 beli kat critris diena gak. Dah rezeki dia.
Satu yang tak best bila jalan sensorang ni is makan. Asalnya aku boleh je makan sensorang. Tapi lama kelamaan aku jadi kesian bila tengok orang makan sensorang. Jadi, tak pepasal aku jadi kesian kalo aku makan sensorang. Apa kes kan? So, aku pon tapau melt kat keyefsi. Aduhai... dia lum masak pulak, kena tunggu. Tengah menung2 menunggu tu, jumpa lak ngan kak nab, kak maza ngan sape ek lagi sorang? Derang nak makan kat situ gak. Dekat 2.15pm baru dapat makanan. Masuk store jap, beli beskot, dan terus balik.
Esok harinya seperti biasa la. Aku kan. Mana boleh duk rumah ari sabtu. Aku rasa kalo ada ekon kat rumah kot baru aku sanggup duk rumah. Bila la nak pindah nih. Kawan abang ada tanya2 rumah sewa. Kalo la tau biler dapat kunci, senang aku pass je rumah nih. Pass rumah ngan pe’el tuan rumahnya sekali. Pempuan tu kan, memang tak tau malu tau. Sibuk nak datang rumah jumpa aku. Dia tak takut kena laser depan laki dan anak2 ke? Aku memang nak sound direct je kalo jumpa dia. Dah, melalut pulak.
Memula gi isi perut dulu. Pagi tadi abang ada keje, melayan rombongan cik kiah budak sekolah. Semejay pon ada tau. Balik2 je terus carik makan. Takde lak sesi makan2 dalam program tersebut. So, kami makan beriani super seperti biasa. Sedap seperti biasa juga. Abis makan menyinggah beberapa kedai lampu. Letih tau sebab aku yang drive. Masuk kete kuar kete, masuk kedai kuar kedai, pastu ulang lagi. Hasilnya? Non ado.
Kendian gi sammit. Lagi? Abang lak nak beli sandal. Jeleslah tu aku beli kasut baru. Pusing punya pusing, last2 beli kat bata jek. Pastu pegi area bus stand. Lagi? Semalam lupa pegi bin obod. Carik stokin aku pulak. Lambat sangat nak pegi mydin. Kalo kat mydin murah dan sedap pakai. Tapi kat sini pon ok lah. Yang penting niat. Pastu konon nak gi k4. Sekali tetiba lak haus. Aiyooo boleh lak tetiba ek. Dah kebetulan dekat, pegi pulak SR. Minum2 dan makan kek sket, kendian gi k4. Dah lama nyer tak gi sini. Tengok2 ada kanopi banyak2. Mesti thailand nyer promotion nih. Sekali tengok banyak kedai melayu. Banyak tudung batu gajah segala lah. Best2. Tapi mahal la kan. Baik beli kat kl je bebila.Lagi pn takde dalam bajet bulanan kan.
Masuk k4 beli beras. Memang betul la beras mahal. Carik bunga raya, takde 5 kilo punyer. Beli je lah faiza emas. Sokong la produk kampung sendiri! Beras pilihan bernas. Promote sket. Minyak masak pon kena beli saji, produk berkualiti oleh felda. Kalo minyak masak mahal jangan komplen. Sebab bila minyak masak mahal, hasil pendapatan kat kampung pon akan bertambah jugak. Hehehe, gitu pun salah satu cara nak membalas jasa orang tua.
Sebelum balik, beli brooch kat kedai kat luar tadik. Brooch gantung2 tu. Suker! Makin murah plak rege dia. 2 set rm15. Kendian balik. Untuk rekod, hari ini kami tak pegi bpmall. Yeay! Eh, ada mall baru nak bukak ker dekat2 ngan k4? Baca kat blog batu pahat tadi.
Friday, 16 May 2008
Huru - Hara
Hasil karya AyunasiA pada 3:43 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment