Sambung lagi cite ari Jumaat lepas. So, malam tu aku lepak rumah sensorang, tengok tv. Kena ingat ni, tiap Jumaat ada Nabil... Apa Cerita kul 10.30pm kot. Dah tinggal sensorang tu, takde kawan gaduh, banyak ler keje boleh buat. Antaranya,gosok baju yeay! Best best takyah gosok ari Ahad. Tu pasal ari Ahad hari isteri berehat. Aku suka gosok baju ni, cumanya kalo gosok baju tu siang2 buta, dah lah panas bahang dari iron tu, tambah lagi panas cuaca sekarang nih, tambah hangin tak puas ati gosok baju ari Ahad sebab hari isteri berehat, jadi tak best pulak. Abang balik kul 1am. Sibbaik pegi menuntut ilmu di dada...
Esok pagi sarap mee bandung. Aku beli 2 semalam, konon abang balik nanti dia makan la. Hampes, nak makan apa kul 1 pagi tu kan. Kendian vakum rumah, kendian bermalas2an sampai la tengahari (tak ler lama nak sampai tengahari tu sebab bangun pun ala2 dah nak tengahari kan huhuhu). Lebih kurang kul 3pm,kami pun kuar. Kali ni nak meneruskan misi kecundang semalam. Makan kerang goreng! Hah, semalam pegi kul 5 dah abis kan... kali ni aku datang kul 3pm ni, kalo abis gak tak tau lah. So, kami lalu jalan biasa aku gi keje. Sebelum nak sampai situ singgah rumah yang aritu konon nak beli tapi tak jadik kat Senggarang tuh. Fullamak! Dah siap la... Tinggal derang tengah buat landskap. Katanya dapat free tu. Siap dah tanam rumput dan pokok2 renek.
Eh, cop cop sebelum aku sambung ni nak cite ni. Kelmarin masa balik keje aku nampak orang tengah gali2 lubang tepi jalan. Nampak ada lori bawak tiang. Tiang telekom tu. Aku pun ala2 teruja gitu nak tengok derang gali lubang cam aku belajo aritu. Sekali esoknya aku tengok dia gali lubang bulat je dan pacak tiang. So easy hah? No wonder la aku nampak ada tiang tumbang kat jalan masuk tuh. Gitu rupanya kekdah dia menanam. Ni lah masaklah nya bila semua keje nak di sub-con kan. Lantak lah labu... Jangan tiang tumbang belakang umah aku sudah. Errr tak sabo aku nak pasang streamyz semula arrr. Sekarang ni ada pakej combo kan? Takyah masuk telefon pun. Ini sudah jumat banyak. Tapi kan... apasal deposit aku dulu dia tak pulang lagi ha??? Ewah ewah,kalo kiter lambat bayo bil, cepat je potong line,pastu mintak seploh hengget kalo nak sambung. Ini dah dekat setahun aku terminate, satu sen tak dapat. Deposit telefon ada lah dapat, ni deposit streamyx nih. Pulangkan wang kami!
Ok sambung lagi. Kat taman baru tu kami masuk 2-2 jenis rumah.Rumah 1 tingkat tu dah pernah masuk. Masuk yang 2 tingkat pulak. Halamak... kalo gini punya besar, ada yang sebulan sekali baru kemas nih. Sibbaik gak aku tak beli. Tapi memang ok lah bagi orang ber femli besar. Kalo aku yang beli, tah2 nak jumpa abang sehari sekali pun susah. Hihihi sorang kat atas sorang kat bawah. Kawan edtec ni beli umah 2 tingkat tuh, anak 7 orang, ok lah kan. Bulan2 bayo 1.3k. Laman dia kira sama luas ngan laman umah kecik bukit perdana kami dulu la. Bleh main badminton.
Kendian kami terus ke sg lurus. Huh... banyak pun lagi kerang itew. Memang sedap makan sambil dipuput bayu lembut selat melaka. Ewah, puput tu apa ek? Main tulis jek. Dekat sejam gak la kami mengorek kerang tu dengan garfu mini tu. Kalo pakai tangan mesti 15 minit jek, tapi tak best ar makan sekali banyak. Dia kena makan sikit2, ambik feel sekali.
Abis makan, kami teruskan perjalanan ke bukit perdana pulak. Memula gi umah arafat, kawan abang, nak anto pc dia yang abang repair. Dah pindah jauh pon abang gak tukang repair pc dia. Yang bagusnya kawan tu tengah nak kuar ke bandar. So, sekejap je lah huhahuha dia. Kemudian kami ke surau solat Asar. Abang tu nostalgia lah tuh. Masih ada lagi memo abang tertampal kat notice board surau. Memo pasal tabung khairat. Dulu kan abang assistant su. Lepas solat kami ke bandar.
Destinasi pertama, SR. Beli kek 2 slices and go. Jumpa kawan abang, Khalid n wife tengah makan kat situ. Baru balik dari berkelah mandi manda kat gunung ledang. Jauhnya mandi... Pastu kamike Fars0n beli dadih. Kali ni beli perisa kapucino, hanidiu dan mangga. Semua sedappp. Pastu pegi kedai perabot pulak, Milan0, kat sebelah fajar lama. Fajar tu dah diganti ngan YC, tapi YC tu pun dan bungkus. Ngan Fajar2 tu sekali bungkus. Baru je fajar tu abis jualan perpindahan. Aku ada tanya staf dia aritu, nak pindah mana nih. Dia cakap tak pindah pon, tutup terus. Ooo. Tak lama lagi Gi@nt la pulak ganti tempat tuh agaknya. Lum ada giant kat BP nih. Pastu bungkus jugak. Lokasi kurang strategik kot. Competition pun ye jugak.
Kat kedai perabot, jumpa ustaz yang bawak abang gi rembao semalam tuh. Dia dah booking pakej katil, meja makan and tv cabinet. Actually ari sebelum tu ada dapat katalog promosi pakej tu kat rumah. Tu yang ustaz tu ter influent tuh kot. Kami pulak, survey2 je, sampai pengsan. Memang suka tengok2 perabot nih.
Abis kat situ, pusing balik ke store bus stand. Nak beli obat gigi nagn bangku. Konon dalam katalog obat gigi tu 2 - rm10.99. Sekali tengok, rm13.50. Tipuuu!!! So, kami beli bangku je lah. Bangku buat panjat2 basuh kete. Maklum ler, rendang kan...
Kendian kami pegi pasar malam plak. Beli kebab lembu dua, rangka ayam ngan kuih donat sambal plus popiah sambal. Dah naik rege kuih dia. Dulu semua singgit pat. Sekarang kuih2 yang ala2 pakai tepung tu dah singgit 3. Popiah still singgit pat. Pastu terus pegi BPM@ll. Solat Maghrib dulu. Rosak plak toilet. Boleh ambik wuduk je. No buang2.
Ooo sebelum terlupa, nak cite cuti 1 ei arituh. Cuti hari pekerja tu memang bebetul cuti dari bekerja. Duk rumah je tak buat kerja. Cumanya, hari sebelum tu kami dating lepas keje. Kami gi makan / minum sup sitam.Tak geti aku nak sebut makan ke minum kalo sup nih. Lu pikir la sendiri!
Oh, ari Sabtu tu ada perhimpunan hari pekera gomen kan. Ada pelancaran sldn ngan plan induk time tu. Keje aku lah tu. Kat tv pun dah ada iklan sldn tu. Sesape nak maklumat lanjut, bleh la tanya aku ek. Kot la ada adik ke, sedara ke, kawan ke yang malas gi sekolah, nak keje sambil belajo, boleh la join sldn tu. Untung tau kalau dapat joint company besar2 (memang yg beso2 je mampu tawarkan program ni setakat ni) cam daimler crysler ker… belajo repair Mercedes tau. Kalo daimler cryesler ni kan, memang derang ambik budak lepasan spm yang zero tau. Dia takmo yang ada basic sekolah taknik, ke vokay ke sebab budak yang zero ni lagi senang dibentuk ikut acuan dia. Kalo yang ada basic ni kekadang berlagak dan banyak cekadak sebab konon macam dah tau. Pastu kalo tak dapat diserap keje ngan dia pun takper. Dengan ilmu merepair mercedes tu, insya Allah banyak bengkel nak ambik kejep unya lah. Daripada keje kilang elektronik yang basic gaji baru pat ratus, baik joint benda nih. Dapat elaun plus ilmu sekali. Plus plus plus dapat sijil skm tahap 3 okeh. Hehehe tak pernah2 aku promote tempat keje aku kan. Bukan apa, aku kan masih dalam kursus, nak cite pun aku lum terlibat secara langsung. Tunggu bulan 7 nanti aku masuk keje tu baru aku leh cite ek. Tu pun kalo aku tak dapat pindah a*dtec bp nih la. Hehehe.
Eh, apa cite tadik tah. Ermmm ooo pas solat Maghrib tu kami shopping sesikit. Beli kotak felt0n tu 3 bijik. Senang nak pindah sok. Kul 9pm baru kami kuar. Tu pun sikit punya speed ker sebab af dah start kan. Tapi sebenonya biasa2 e performance derang tu. Langsung tak mengujakan. Dah, abis dah cite. Any comment? Chow!
Wednesday, 7 May 2008
Sambung Lagi, Bleh?
Hasil karya AyunasiA pada 2:18 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
Padat sungguh jadual harian mu itewwww..hihi.
hehehe rumah panas ler... terpaksa kuar carik udara dingin...
Post a Comment