Kali ni terbalik pulak, update cite dulu, gambo tepek kemudian.
Penat nyer ya ampunnn. Penatnya macam baru balik dari indon naik feri. Tah kat mana aku dapat contoh yang macam tu pon aku sendiri tak tau. Takat naik feri tu pernah lah. Tapi indon pon aku tak jejak lagi. Passport pon takde.
Tapi, dalam tak pernah gi indon tu, aku dapat la merasai perasaan berada di indon tau. Sebelum aku cerita pasal tu, eloklah rasanya aku menghuraikan satu persatu kronologi acara menjadi rombongan pengantin. Biler kali terakhir aku jadik rombongan pengantin lelaki ni ek? Ermmm rasanya time abang epet kawin kot. Maknanya tahun 2003 lah tu. Uih... 5 tahun yang lalu tuh. Actually, 2 kali je aku pernah ikut rombongan perantin lelaki ni pon. Hihihi. Dan kalo nak tau aku dah ikut dah tips orang tua yang kalo nak cepat dapat jodoh, curik sirih dari sirih junjung orang kawin, pastu makan le sirih tu. Opsss tapi bab makan tu aku takde lah makan telan gitu. Aku rasa macam aku kunyah2 lebih kurang dan ptuih! Pahit gilos. Dah lah sirih tu dah layu, tu pasal la agaknya takde lah cepat sangat jodoh aku tu sampai. Ermmm dalam 2 tahun gitu lah gap nyer. Ehhh bukan aku curik time abang epet kawin la. Time yang first time tu, tahun 2002. Alah, kebetulan je kot. Takde lah percaya. Tengok je la petua minum air tasik dayang bunting tuh, hampeh takde maknanya peknen. Lum Allah nak bagi, minum apa pun takkan dapat gak.
Okeh, sambung balik. Aku ni kalo dah mengeradau, tah ke mana2 tah. Ni pun dah sampai langkawi pon. Balik semula ke batu pahat okeh. Hari Jumaat tuh, balik dari keje, tengok2 sapit dah sampai. Abang baru gi jemput dia kat rumah kawan dia. Sempat lah jugak basuh kain seround. Lepas Maghrib, abang kuar gi beli sate. Memang aku malas nak masak2 kalo dah nak tinggalkan rumah cenggini. Karang sepah2 dapo, balik penat2 nak kena kemas pulak. Dah tau, mesti derang datang mesti nak panas2 lauk, masak2 nasik, sure sepah2 jugak. Jadi, untuk takmo tambah huru hara dapo ku itu, baik lah pi beli sate jek. Hihihi ke memang malas masak??? Ello! Kalo derang datang di pagi yang hening hujung minggu, boleh la kan. Ni malam yang panas hari Jumaat time aku baru balik keje. Ada je alasan ek. Nak seribu daya. :p
Sebelum abang kuar tu, beliau dah pesan suh goreng apa2 yang ringan sebab ingat lepas order nak balik rumah dulu. Aku pon goreng ler 5 ketul drummet. Tunggu punya tunggu, non ado balik nyer. Tunggu sampai masak lah tu kot. Tak lama, derang pun sampai seberataan. Mak satu kete 7 orang (orang beso2). Kak Long satu kete 7 orang (anak kecik2). Kak zila satu kete 4 orang (anak kecik gak). Jadi totalnya 18 orang. Masuk aku, abang n sapit, 21 orang. Tu baru sebahagian tuh. Tak masuk ipul, femli ngah ngan abang anaz tuh. Ermmm kena buat rumah lagi beso la lepas nih kot. Ni budak2 masih kecik. Karang dah beso2, harus tak muat rumah tu.
Tak lama kemudian, abang pon balik dengan 100 cucuk sate. Dengar macam banyak, tapi sebenarnya licin gak. Lepas makan, lepak2 sekejap. Yang mandi,mandi. Yang lelap, lelap. Pukul 11pm baru lah kami bergerak. Kete aku jadik rumah bergerak. Segala tok nenek tempat tido kami bawak. Tikar, bantal comforter, selimut, beg sumer sumbat sekali. Orang cuma 5 orang jek. Memula nak singgah jejantas ayer keroh, tapi semua menonong je, kami pon ikut je lah. In je yang dah termasuk exit r&r tu tapi dia tak singgah jugak. Sampai umah ngah lebih kurang 1.30am. Terus ambik port corner lot dan zzz...
Pagi sarapan nasi himpit ngan kuah kacang campur kuey tiow goreng. Kendian mula operasi menggosok baju. Punya lah banyak nak kena gosok. Sorang 3 pasang. Baju pempuan, biasa lah kan, mesti 3 pieces sepasang. Yang best sikit ngah je lah, ada bibik tukang gosokkan. Tengahari, mak minah masak ikan patin masak apa tah. Macam laksa penang pun ada rupa kuah tu.
Petang, lebih kurang pukul 4pm, kami pon bergerak ke masjid cheras jaya untuk upacara pernikahan. Ada 2 pasang perantin rupanya. Baju pon sama kaler krim gak. Sebelum mula tu, femli maklong pon sampai. Femli ngah udin, kaklong idah, kak lin dan abang yus. Cikgu nizam sefemli takde. Kendian kawan in pon ada. Budak semenchu. Budak semejay. Masih ingat muka dia. Junior aku, form 4 ’baru’.
Lepas asar, acara pun mula. Nikah pun ikut turn. Mula dengan pasangan yang lagi satu. Ironinya, bukan baju perantin je sama, baju bapak2 perantin pun sama. Adeh la... mana derang jumpa leh sempat pakat2 ni tah. Kebetulan. Dengan sekali lafaz, selamat lah mohd haizam bin hashim menjadi suami kepada rabiatul adawiyah binti hj ilyas. Lepas selesai acara di masjid, kami terus ke rumah perantin untuk acara yang sangat best iaitu makannn. Punya la lama menunggu turn nikah tu tadik, sampai lapo2 kami. Eh, ke aku je yang lapo ek? Hihihi.
Sebelum makan, kami ke upacara penyerahan barang hantaran dengan sedikit ’khutbah’ dari adik bapak perantin. Hehehe panjang pulak cite dia ek. Apa yang kami makan petang itu? Nasi putih, sambal udang, ayam goreng, sayur2an dan entah aku dah lupa dah. Abis makan, dah masuk maghrib. Kami pon meminta diri untuk pulang. Tidak!!!!!! Mencik tau! Derang sumer balik umah ngah kecuali aku, abang, nana, ila ulin, sapit, mak, abah dan mak long. Tak suker!!! Aku nak tengok af la!!! Ngelat tau. Patut adik2 di bawah in je yang tak balik. Ini tidak adil! Kenapa kena tinggal? Sebab malam tu katanya ada majlis berzanji dan bersanding kecik cum posing2 perantin. Setahu aku berinai kecik. Ini bersanding kecik pun ada. Dan kami ni sengaja menyibukkan diri. Biasa kan acara tu untuk femli pempuan je kan. Mana ada belah lelaki ikut sekali. Lain la kalo berinai kecik tu kan, ada kompang2, memang la belah lelaki pon ikot. Huh! Tension gue.
Makanya kami pon pegi ke rumah bersanggah. Bohsannya!!! Lepas solat, kami dan adik2 ke bawah pon pergi ke jusco. Kekdah nak escape la kononnya. Kat jusco, sempat la aku beli sudip baru. Dapo baru, sudip pon nak baru jugak. Abis tuh, sudip aku sekarang ni memang dah cukup best dah. Tinggal kat umah ngah arituh, entah bibik agaknya pakai, dah cair pemegang dia dan longgar lah ia. Ni lah antara sebab aku tak suka orang kacau aku masak. Kat rumah aku, nak rajin kalo, tolong kopek bawang ngan basuh pinggan je. Jangan terlibat secara langsung dengan aktiviti di atas tungku, okeh adik2? Tapi kalo nak basuh kuali, kasik gosok kasik kilat. No hitam2 or coklat2 jelaga allowed on my kuali. Eh, adik sape yang baca blog aku nih ek?
Okeh, sambung lagi. Abis pusing2, kami pon pegi umah perantin. Alerrr ingat dah nak balik. Tapi, aku... Takmo cite lah, nanti abang ungkit. Yang lepas biarkan lepas. Huhuhu. Abis sumer, pukul 11pm baru kami balik. Sampai2, af pon umum juara. Itu je yang sempat.
Oleh kerana jumlah penghuni dah bertambah, femli maklong tido kat taska. Aku, still port kat corner lot. Lepas mandi, terus kebabum tido zzzzzz...
Esok paginyer, sarapan nasik lemak. Time tu lah blender taska tu nak rosak. Tapak dia haus, so takleh nak pusing. Terpaksa pinjam blender jiran. Lepas sarap, aku ngan abang kuar jap gi mydin. Banyak benda nak beli. Balik2 je terus bersiap. Awalnya derang ni bersanding. Sampai umah perantin lebih kurang kul 12.30pm. Di sinilah bermula nya acara unik dan seakan tidak percaya itu berlangsung. Kisahnya, biras aku nih dari keturunan boyan. Patut la bapak dia cakap macam indon. Daripada kompang lagi dah macam pelik. Derang nyer kompang ala2 tamborin gitu. Pastu sambil kompang tu dia berselawat ke hape tah, tak perasan sangat aku. Dan pulak tu ditambah pulak dengan menari2. Isy kompius gak. Pastu time perantin dah jumpa salam2 dan nak naik pelamin tu pulak, kumpulan kompang ni beratur kat tepi dan menari2, dan kami pon lalu la kat tengah2 tu. Dah naik atas pelamin, pandai2 korang la nak buat apa. As for me, off course la nak tengok perantin la kan. Tapinya time tu la pulak ada 2 orang lelaki ni nak berpencak silat. Pastu bukan silat perantin biasa tu. Ni dia ala2 nak berlawan pulak. Sibbaik tak pakai keris bagai. Aku ada tengok sekali video pengantin kat pendang buat acara silat2 nih. Tapi yang ni lain. Pelamin dia memang kat luar verandah rumah, so memang takleh la nak duduk dan tengok perantin di tepung tawar ke hape.
Tuan rumah pulak suh kami masuk dalam rumah. Kalo kat dalam, camne nak tengok, perantin kan? Lepas abis bersilat, baru lah dibuat acara menepung tawar. Part ni masih macam biasa la. Abis je acara tu, group qasidah pulak kuar berjoget2 dengan tamborin menyanyi2 lagu hindustan dengan lirik indon. Lama gak la acara tu. Kami selamba je bergambar2, lantak ler depa nak joget lambak ke hape ke kat situ. Kalo tak, biler la pulak nak bergambar nyer pon kan?
Dah abis nyanyi2 tu, baru lah makan. Tu pun kena tunggu derang tu abis lagu terakhir. Pelik aku. Setahu aku qasidah tu ala2 lagu mawi tu lah kan? Ini dah masuk elemen dangdut sekali. Lantak la korang. Sambil makan, derang pasang lagu2 indon plus dangdut la lebih kurang. DJ nya pun cakap slang indon. Camne la aku tak rasa seperti berada di indon kan. Eh, kata tadik lantak lah korang ek? Ni dah mengata dah nih. Astaghfirullah...
Bab makan pulak, yang ni memang femli kami terror. Takyah suruh2, sumer nyer kami belasah. Time makan ni barulah ipul sampai. Mokteh pun sampai sekali. Eh, cakap pasal mok teh ni pulak, kalo nak tau, mok teh ni nama dia asiah dan gelaran dia mok teh, sama cam gelaran aku dalam femli hubby. Selesai makan, lebih kurang pukul 3pm kot, kami pon beransur. Tengok lah tu lama tak lama. Dekat 4 jam gak kami kat situ.
Kami pon terus ke surau berhampiran. Kat situ pulak terjumpa ngan kamil (bukan nama sebenar) bekas bos abang cum bos in kemudiannya kat pne letrik. Dulu aku lah yang tolong antokan borang scholar uitm bini dia dan dia dapat buat master kat ostralia kot. Punyer la terharu dengan kejayaan itu, dia siap buat kan satu hantaran masa aku bertunang dan ikut sekali datang. Time kenduri kat rumah abang, dia datang dengan anak dia, bini dia dah fly time tuh. Rupanya anak dia kanak2 istimewa. Patut lah...
Seterusnya kami nak ke rumah mok teh. Dekat je kat sg besi. Kisahnya, ngah takmo ikut sebab PIL dia kan ada kan. So, tak muat la kete sebab kak zila tumpang kete ngah. Aku pun kasik cadangan supaya kaklong tukar kete ngan avanza ngah. Haaa kan sumer boleh ikut tu. Masaklahnya, sape nak bawak kete ngah tu? Abang long, abang man, abah atau saleh? Sumer tak boleh bawak kete oto? Saleh berani sebab biasalah, baru dapat lesen dan takde kete sendiri, mestilah excited kan. Boleh caya ke? Susah2, aku je lah bawak kete aku, abang bawak kete ngah. Soalannya, takpe ke berpisah? Lerrr lawak je bebudak nih. Tiap2 ari aku pegi keje sendiri la. Moral of the story, tanggungjawab driver ni besar tau...
Sampai umah mok teh, makan dan makan dan makan la apa yang ada. Nasik je tak makan. Pukul 5.30pm, kami pon beransur. Peraturan double parking kat kawasan nih, takleh tarik hand brake. Jadi, memang menyenangkan semua orang!
Sampai rumah ngah, terus aku ajak abang gi nilai 3. Kak long nak ikut. Tak sempat nak beli apa2, dah maghrib. Tapi dah berkenan karpet tu. Nyesal tak beli. Balik tu, solat, mandi, makan, huhahuha, dekat2 kul 10pm, kami pun beransur pulang semula ke lubuk masing2. Singgah hentian pagoh jap dan terus sumer balik. Tak singgah rumah kami pon. Yang ikut kami cuma ulin.
Thursday, 29 May 2008
Panjang nyer Ceritaaa...
Hasil karya AyunasiA pada 11:31 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 komen:
hehe, panjang sungguh cerita nya!
Would love to read this but after just a few lines, I know I have to strain my old eyes to read to the end. So hmm. Maybe not. Maybe lighter font or darker background helps? My two cents
i think, ex-bos for your hubby and IN is MALIK.. Anyway, gud story..
TQ visiting mine!
perenggan 1 aku baca abiss...perenggan 2 skip sket2...perenggan 3 skip banyak2...last kali terus aku baca 'tak singgah mana2 pon'...kesimpulannya aku bagi B+ utk karangan kau ni...hihihi
anon: kata bukan nama sebenar. plus, aku ada sebab berbuat demikian, tapi ko plak yang mendedahkannya. lu pikir la sendiri!
desilza: :)
luna: tercabar nih! selalu karangan aku dapat A+ tau. lenkali aku improve. tq penrgkritik tetap!
Post a Comment