Eee dah 2 kali aku isi minyak penuh. Sepatutnya cukup untuk 2 minggu gi balik keje. Ni baru ari Rabu dah kering. Apa tak nya, bila dah jenjalan weekend, balik kampong, sampai rumah dah tinggal separuh. Pastu tak mo top up. Konon cukup, keje 3 ari je minggu nih. Huh!
Tak pepasal kena bawak kancil pagi nih. Eee sakit kaki tau! Ok dah, lega dah dapat melepas geram kat sini.
Hujung minggu lepas, kami jadik balik semenchu. Dalam demam2, pening2 tu, aku ikut je lah. Abang tu kalo nak balik kampong dia, rajin sungguh. Balik keje je terus basuh baju, kemas baju. Aku buat dek jek. Dah malam baru dia bersuara, jadik tak nak balik nih? Ermmm boley la…
Kami bergerak dari rumah kul 9.30pm. Tupon lum makan lagi. Singgah makan kat trafik lite. Makan mee bandung. Ok gak mee bandung dia. Ok lah banding ngan kat simpang seri bengkal tuh. Tapi takleh la lawan mee bandung muo kan. Senyum2 makcik tu bila kami order tehhhhhhh o serentak. Pas makan, singgah bank jap, tapi atm abang takde duit laks. Bahaya ar mesin atm tu diletak kat tepi lorong. Kalo sorang2 takut kena pow.
Sampai semenchu entah kul bape. Agak2 dalam 2 jam kemudian gitu lah. Aku sampai2 je terus landing. Owh… penatnya. Esoknya, takde aktiviti pon. Aku lagi lah.
Asal makan ubat je, ngantuk. So, tido je lah keje nyer. Malam abang gi yasin depan rumah. Sebelum abang balik aku dah tido dulu.
Esok tu mak tefon makcik urut, sumer tak free. So, tak jadi ler nak mengurut. Mesti best kalo dapat urut.
Sakit2 badan time demam nih. Tengahari, lepas makan, kami bersiap2 nak balik. Keluar sekali ngan mak. Mak nak gi kota, beli barang hantaran in. Oh, In nak kawin 24hb 5 nih. Tapi kenduri belah kami tak decide lagik.
Maybe akhir bulan 6 atau awal bulan 7. Tak kisah lah.
Yang penting aku dah warning awal2, aku takleh cuti sepanjang 3 bulan nih. So, apa2 hal, weekend je aku leh attend. Alah, aku ada ke takde, kawin gak dia kan.
Hihihi.
On the way singgah at5 beli apam balik. Sedap. Kat kota, aku pun kena ikot sekali. Malas tul. Beli je lah ikut citarasa, karang ikut citarasa aku, lain plak jadik nyer. Sekejap je kami join, kul 4 aku dah cuit2 abang ajak balik. Sepanjang jalan, aku tido, hehe.
Gitu lah lebih kurang jalan2 balik kampung yang paling tak produktif kali nih. Dah, takde idea lah. Owh, semalam satu lagi orang KC datang bagi quotation. Yang ni dia bagi lukisan 3d sekali, baru lah best. Tapi yang ni buat material laminated jek, tak best sangat.
Aku suka membran press tu, lagi cantik. Apa2 la. Nanti aku try carik yang lain plak. Tak banyak pilihan sangat kat BP nih.
Petang semalam kami naik motor ambik angin. Saje je jenjalan kat parit sempadan tu. Jauh gak kami pegi, sampai jumpa jalan parit botak tuh. So dah tau lah ’short cut’ yang tak berapa nak short tu ke rumah kami nih. Tapi kan kat tepi jalan dia ada lampu jalan tau.
Bukan lampu jalan biasa tu. Ni maybe penduduk kampung tu collect duit, derang pasang sendiri. Material dia cam batang paip yang besar, kendian ada cover mentol kat hujung. Mentol pon pakai mentol energy saving tau.
Banyak gak dia pasang, lebih kurang every 30 meter gitu. Tinggi pon paras2 2 meter gitu. Tapi kami tak sempat tengok tu dipasang sebab balik tu lum gelap lagi. Tah sape yang jaga switch lampu tu tah. Kot2 ada sensor/timer cam lampu biasa tu tak.
Arini aku sangat senang ati sebab takde kelas. Esok ada kelas tapi cuti. Yezzarrr!!!
72 RANCANGAN B
1 week ago
2 komen:
salam...
-ija-
ija, salam. errr ija kembo delinn ke nih? lerrr dah lama ar xleh baca blog akak. grrr...
Post a Comment