Friday, 25 April 2008

Demam Penat

Tak baik tau… aku peminat Ramlah Ram tau.

Sambung lagi, bleh? Ermmm. Ok, dinner kami tu dibuat secara sederhana sahaja. Makanan western hi-tea. Sedap arrr spageti tu. Banyak gak aku makan malam tu. Lepas makan2, ada acara penyampaian hadiah dan anugerah.
Sape sangka, team aku rupanya dapat no. 1 dalam pertandingan bowling yang telah diadakan sebanyak 3 pusingan tu. Hihihi kelako ajer.

Untuk acara penyampaian anugerah, setiap orang dapat.
Cuma nak kasik best sket, derang buat lah kategori-kategori. Nak tau aku menang kategori apa?
Kategori solitaire terbaik. Sebabnya, sepanjang masa kat kelas aku selalu main spider solitaire. Ada banyak lagi kategori yang aku pon dah lupa. Antaranya, anugerah rock edisi jinbara (sebab nama farhana), isteri komited (sebab salu dtg lambat uruskan anak2), isteri cekal (sebab baru kawin seminggu dah kena tinggal suami kat jepun), fair n lovely (sebab putih melepak), romeo (sebab ehemmm rahsia), janggut teruna (sebab bujang dan ada janggut), saham tak laku (sebab masih tak dapat pasangan), suami komited (sebab tiap minggu balik kampung), KLCC (sebab sesat di klcc masa gi rombongan arituh), paling havoc (memang kepochi), putus harapan lelaki dan perempuan (sebab score bowling paling rendah) dan lain-lain lagi lah.

Selesai acara tu sumer, masa untuk karaoke! Sempat lah aku menyumbangkan satu lagu. Pukul 11.30pm, sumer selesai. Tak lama abang pon sampai dan kami terus balik BP. Opsss, terpaksa balik cia8t semula sebab tertinggal towel. Sampai BP lebih kurang jam 2.30am.

Esoknya acara mendobi secara besar-besaran. Bayangkan ler 5 hari punyer baju kali 2 orang. Esok nya lagi baru selesai mendobi. Kemas rumah la pulak. Hari Jumaat, sms ct, tanya dia pasal permohonan tukar tempat internship. Dia cakap orang jpk call dia cakap tak berjaya. Aku pon assume akunyer pun tak beraya lah kan. Terus bagitau abang, fariza, yayu dan kak nisak.
Penting bagitau kak nisak sebab nak tumpang rumah dia lagi. Aku pun dengan hati sebak, ambik beg dan mula menyusun baju ke dalam nya. Tak lama, ct call lagi.
Dia musykil, kenapa orang jpk tak call aku. A’ah ek?
Kenapa aku tak dikhabarkan? So, aku pun call encik omar. Wallaaaaaaaa sebenarnya permohonan aku diluluskan lor... Yihaaaa!!! Cecepat aku call abang, yayu, fariza dan kak nisak. Hihihi malu jek.

Hari Sabtu, pepagi lagi kami dah keluar sarapan kat aked. Makan lontong. Kemudian kami terus ke JB untuk ke homefair di Persada. Pusing punya pusing punya pusing, ada 2 pilihan, samada A - elektrolaks atau B - rinnnai. Yang si A ni under budget, tapi hob dia ala2 biasa aje. Si B pulak regenya umak umak umak ai...
(bahasa banjar nih maknanya lebih kurang ’mak oi’ gitu lah). Ada yang under budget, tapi tak best sangat sebab body dia stainless steel. Sape yang pernah masuk dapur aku tau lah tahap cerewet aku bab menjaga dapur nih. Aku nak dapur yang sentiasa kelihatan baru.

So, kiranya misi tak berjaya lah hari nih. Kami pon proceed ke johor jaya. Target nya ceramic world. Waaa best nyer tengok tiles. Cantik2. Dapat sekejap je kat situ sebab dah nak tutup kul 6.30pm. Lenkali lah datang lagi. Tapi dah tau lah price range dia. Pastu teruskan lagi ke kedai bilik mandi dan dapur. Aritu nampak ada 2 kedai kat area situ. Nyaris2 nak beli dah ampai, tapi tak dapat tawar harga yang under budget, so cancel.

Balik tu singgah kedai lampu kat Tampoi. Jumpa satu kedai peralatan dapur dan bilik mandi. Laaa rupanya kedai ni HQ kepada kedai yang aku pergi pagi tadik kat Kulai. Haaa kat kedai ni ada dapur fag0r. Kalau tengok majalah impiana mesti tengok ramai yang guna brand nih. Tak tau lah apa bagusnya. Harga lebih kurang brand A tadik. But still tak beli lagi. Pikir dulu.
Pegi kedai lampu yang besar tu, tak de downlight seperti yang kat nilai 3 tu. Yang aku cari tu surface depan dia tu aluminium, so tak karat la.

Try masuk kedai selang sebelah dia. Kedainya kecik je dan agak bersepah. Tak kisah lah. Yang penting ada benda yang dicari. Harga pun murah banyak banding ngan yang kat nilai 3. Huhuhu. So, kami pun beli 10 bijik.
Sahaja. Ada 17 point lampu kat rumah tu. Tapi yang
lain2 tu nak pasang yang deco2 punya. Dan kebetulan lagi, kedai tu ada branch kat Taman Flora BP (dekat
k4) ngan nama sama. Lerrr. Tokei pon orang BP. Dia cakap kat BP harga mahal sket sebab tak banyak competition. Ooo. Cam kedai bilik mandi tu pulak derang cakap kedai kulai murah sket banding kedai Tampoi. Sukati dia lah. Dan oleh sebab tokei tu balik BP tiap minggu, dia pon setuju nak hantar lampu yang kami beli tu esok. Janji jumpa kat peteronas parit raje.

Kemudian, kami pon balik. Sambil2 tu discuss lagi nak beli ke tak dapur tu. Homefair pon ada lagi esok. So, kalau jadi, esok kami pergi lagi. Huhuhu giler betul.
Macam la JB tu pekan parit raja dekat nya. Sampai ayer hitam, decided to singgah makan kat kedai sebab nak tgk AF sekali. Memula gi kafe paklong, tapi tgk tv dia tak sama ngan apa yang didengar di radio. So, kami singgah tuah bersama. Tak berapa suka kedai nih. Tak tau nape. Sampai rumah, sungguh lah rasa tak puas ati sebab balik tangan kosong. Salu tu balik2 je terus bukak plastik. Suker!

Esoknya, pagi, aku belum buat apa2 keputusan. Dah dekat tengahari, tengah masak2, barulah dapat ilham.
So, lepas zohor, kami pon pergi JB lagi sekali. Kali ni lalu hiway. Singgah jap kat r&r machap, makan nasi yang aku tapau dari rumah. Best plak makan kat pondok wakaf tu tengahari buta cenggitu. Cam kena buat pondok je depan rumah. Singgah kedai kat kulai tu sekali lagi sebab nak confirmkan harga fag0r. Pastu terus ke Persada. Hujan pulak. Semalam parking bebetul, kena rm4. Arini parking tepi jalan jek, free melainkan kalo kena kompaun. Ulang lagi pusing2.

Last2 beli lah jugak dapur rinnnai. Dah berkenan sangat dapur tu. Permukaannya glass dan ditepinya ada
ala2 cermin gitu. Tersangat lah cantik. Baru tau dapur jaman sekarang ada sensor rupanya. Sensor tu berfungsi bila katakan kita rebus sup ke kan. Pastu kita tinggalkan dan terlupa. Air pulak kita isi penuh2. So, bila dia mendidih kan kekadang tu dia melimpah kan.
So, dengan sensor tu, bila air melimpah-ruah, api terpadam. Kalo dapur biasa, bila api padam, switch masih on, gas still kuar kan. Kan ke bahaya tu. Gas dapur ni memang membahayakan bila dia keluar bebanyak dan tak dapat keluar dari umah. Silap2 bleh meletup rumah. So, sebenarnya tujuan sensor tu adalah supaya bila berlaku sedemikian, saluran gas akan ditutup automatically. Satu lagi fungsi dia apa tah, aku pun dah lupa. Ada beberapa jenama yang ada sensor ni, ada yang tak de. Katanya kat mesia ni boleh pilih samada nak yang ada sensor ke tidak. Kalo kat jepun, yang takde sensor memang takleh jual.

Okeh, abis bab beli dapur kat homefair, kami pon nak balik. Tetiba lapar la pulak. So, kami pun pegi stulang laut pekena mee rebus seperti selalu. Ah, tambah sedap la makan time lepas hujan. Lepas tu terus balik. Fenatnyer... Malam lampu pun sampai. Baru best sket, ada benda yang dah nampak depan mata.

Minggu lepas, aku pun mula bertugas di @TEC seperti yang aku angan2kan sejak dulu. Memula stress. Terkejut kot sebab bidang baru. Sekarang dah ok. Hari apa tah, balik kerja aku terus gi bandar. Boleh pulak saing abang sampainya. Pegi jumpa lawyer. Adaaa aje bank islam ni tau. Kali ni silap letak bulan pulak dalam agreement. Isy2 takpe lah. Bagus gak bila ada silap2 nih, makin lambat la aku kena bayo kot. Hehe. Kemudian kami terus ke kedai kitchen cabinet untuk tengok lukisan dan quotation. Huhahuha, over budget sket.
Tapi oleh sebab maybe lagi 2-3 bulan baru dapat kunci, sempat lah aku cover over budget tu dalam tempoh tuh.
Material dan design memang dah decided. Ermmm mesti cantik dapur aku nanti. Sayang pulak nak memasak bile sumer cantik2.

Weekend yang lepas, hari Sabtu, kami gi JB lagi. Eh?
Berapa kali gi JB da... Kali ni nak ambik dapur yang dibeli minggu lepas tu lah. Dari rumah, kami terus ke taman perling. Sempat lah buat 2 pusingan mencari kedai tu. Sampai2 je, terus tokei tu tunjukkan dapur kami. Aku pun dah lupa rupa dapur aku tu. Ramai gak customer dia ari tuh. So, lama gak la kami kat situ.
Tak cukup dengan dapur, kami beli pulak sinki. Beli sinki pun cerewet jugak. Takmo yang ada joint. Nak yang seketul gitu. Pastu nak yang satu beso satu kecik. Kat kedai kulai ada jenama reginoks yang takde joint tapi takde yang satu beso satu kecik. Ada yang satu besar tapi satu kecik dia sangat la kecik. Tak sehsuai dan nampak buruk rupanya. Kat kedai yang ini ada brand baren0. Pernah jumpa sekali brand nih kat shah alam. Memang lumayan dan berkualitas. Takde joint! Ahhh dah alang2 beli dapur baik2, kitchen cabinet cun2, beli je lah sinki baren0 tu. Last sekali kami beli ampai. Akhirnya jumpa jugak yang menepati spec kami.

Kesimpulannya, kami dah membeli beberapa benda untuk masuk rumah baru. Selain yang diceritakan ni, kami juga telah membeli rak untuk stor. Beli kat nilai 3.
Tu yang seksa duduk berhimpit-himpit dengan besi 8 kaki time balik dari shah alam tu. Kali ni pon balik
berhimpit2 ngan besi 8 kaki gak. Besi ampai. Misi seterusnya, nak carik lampu. Adusss susahnya nak jumpa yang berkenan di hati. Dah aku kenan, abang tak kenan and vice versa. Barang elektrik pun nak kena beli, tapi kena beli lepas dapat kunci sebab takut rugi warranty. Furniture pun dah survey2. Ohhh!!! Banyak nyer. Cepat ler siap rumah oiii. Aku dah tak sabo nak shopping nih. Hihihi.

Abis kat kedai tu tadi, kami makan kat restoran sebelah kedai tu. Abang makan nasi ayam penyet. Tah apa yang penyet. Baca blog maklang pun dia ada sebut.
Sedap. Aku makan ikan keli goreng je ngan kuah rendang. Pun sedap. Maybe sebab nasi dia sedap kot.
Orang kalo datang umah aku pon cakap nasi aku sedap.
Aku guna beras bunga raya je pun. Ke lauk yang aku masak yang jadi sedap tu ek? Hihihi perasan.

Lepas tu kami pergi jusco. Ada privilege card day.
Pergi kat taman u. Tak besttt. Sekejap je kat situ, kami pon balik. Tak beli ape pun. Balik lalu hiway pulak. Sampai ayer hitam, singgah solat kat peteronas.
Tak terus balik, kami terus ke BP. Hahaha memang gilo.
Jap lagi aku cerita apa natijahnya daripada perbuatan ini. Pergi BPM@ll shopping2 sket. Pon ada card sale.
Laaa dah expired rupanya P-kad abang. Ada pulak point percuma kalau renew card. Tapi kena masuk dalam kotak angin. Kena tangkap kertas. Nombor dalam kertas tu menunjukkan jumlah point yang diberi free tuh. Aku dapat 100 point je. Minimum.

Hari Isnin, dah niat nak puasa. Tapi, bangun pagi, tekak dah sakit. Haaa tu lah... dah tau lembik nak jugak buat keje berat. Bukan keje berat pon, jenjalan shopping jek. So, cancel niat puasa, minum air asam.
Sampai ofis, badan dah mula seram sejuk dan lesu.
Masuk lah juga kelas. Tengahari, memang dah tahap kritikal. Otak dah tak boleh berfungsi dengan baik.
Seluruh badan sakit, hidung berair dan...... aku pun demam. Inilah natijahnya bila melampaui batas keupayaan diri sendiri. Tergezut ar badan tu okeh?
Didorong pula dengan cuaca panas melampau dan hujan sekali-sekala, lagi lah meningkatkan potensi ditimpa demam.

Tapi aku tak keseorangan. Dalam ofis ni, 2 orang lagi menerima nasib yang. 2-2 bos. Bos besar dan bos kecik.
Derang tu tengahari lagi dah balik MC. Aku? Ah, alang2 dah sekerat ari, abiskan aje lah. Lagi pon kalau gi klinik tengahari, dapat mc arini je. Rugi2. Syukur lah aku dapat bertahan sampai petang. Tu pun jalan slow je. Lembik giler.

Malam baru pegi klinik. Selalu pegi klinik min kat BP.
Kali ni klinik annur kat parit raja. Abang memang pilih satu klinik kat bp, satu kat parit raja. Klinik bukak pukul 8pm, tapi dr sampai kul 8.45pm. Sibbaik alasannya dia gi solat berjemaah kat masjid depan tuh.
Jumpa dr, dia check lebih kurang je. Takde ambik suhu dlm mulut n telinga pon. Mintak mc pun dapat satu hari jek. Diberi ubat selsema, demam, antibiotik dan satu ubat yang aku tak pernah dengar iaitu ubat seram sejuk dan lesu. Selamat Berehat! (Nak balik semenchu weekend ni? Tapi abang kena la cover aku kalo aku terlepek je.
Backing ok?)

0 komen: