Thursday, 17 April 2008

Over Estimate Ker???

Oh aku! Suka over2 tau. Belum apa2 dah cuak. Kisahnya subjek yang aku kena ajo tu benonya idak ler susah tahap phd seperti yang aku sangka kan. Lepas baca2 lebih kurang, aku pun dah paham. Cuma jarang guna je, tu yang blank sejenak tuh. Anyway, aku pun dah mendapat kekuatan untuk terus melangkah. Syukur Alhamdulillah.

Banyak nyer benda nak cerita!!! Nak mula dari mana entah. Ermmm lupa kan yang sudah2, aku nak mula cerita dari 3hb April 2008.

Khamis 3/4/08

Hari ni kami pergi rombongan cik kiah. Lawatan sambil belajo ala2 budak sekolah rendah pun iyer gak. Tau kami gi mana? Taraaaaaaa kami gi Pusat Sains Negara!!! Hihihi kan macam budak sekolah kan? Lawaks jer. Sebelum bertolak tu, aku dan beberapa orang lagi gi sarap kan gerai depan cia8t. 3 bulan kat situ, tak pernah pun sarap kat situ sebab dah disediakan free2, apa kes nak makan kat luar pulak kan. Aku makan nasi lemak lauk kerang. Isy isy isy sedap nyer la makan nasi lemak berlauk. Salu asik makan nasi lemak ngan telur rebus je kat kafe tuh. Sesekali tukar selera memang best.

Janji ngan bas kul 8.30am. Kami kuar sarap tu kul 7.30am. So, kul 8.30am tu, bas pun jalan. Memula sekali pergi pusat sains (PS) tu. Lalu nkve. Singgah isi minyak kat 8hell sebelum susur Damansara. Ada pulak member tu tertumpah air. Siap bawak bekal tuh. Sampai je PS (mcm petaling street plak) tak ramai orang. Tiket masuk rm5 er. Pas bayar tiket, bas anto sampai atas. Masuk2 je tengok ikan. Banyak nyer ikan air tawar yang beso2 belaka. Sian ikan keli tu dah tua bangka sampai sirip dia yang rangup tu pun dah rongak2.

Pastu aku ngan Farhana masuk area asas2 sains. Lama gak kat situ sampai nak abis masa. Kelam kabut pergi pameran2 yang lain. Rugi la tak sempat lelama padahal banyak lagi pameran kat tingkat atas. Just tengok gitu2 jek. Last sekali derang main mind ball. Benda tu kira macam ambil frekuensi otak kita la. Lawan 2 orang. Sape yang lebih tenang boleh tolak bola tu. Kalo bola tu masuk dalam bulatan lawan kira menang la. Sebelum balik singgah kedai souvenir. Aku beli fridge magnet je. Ooo pastu kat depan tu ada kubah, bila kita bercakap akan bergema kuat. Gitu lah konsep kubah masjid.

Kemudian kami bergerak ke Planeterium pulak. Masuk situ rm1 je tapi mak oiii tinggi nya tangga nak kena panjat. Banyak pameran pasal angkasawan je lah kat situ. Ooo rupanya masa gi angkasa lepas tu, Dr SMS ada bawak lagu2 macam Warisan Sudirman, Asmaradana dll. Ada lah dekat 20 lagu kot. So lagu tu dipasang sepanjang masa la kat situ. Banyak benda gak la boleh belajo kat situ.

Habis kat situ, kami pergi shopping kat klcc plak. Memula makan dulu kat food court. Mahal nyer makanan kat situ. Dah tau. Aku makan nasi ayam je. Kedai2 dalam tu pun dah tak macam dulu. Semua designer boutique je aku tengok. Bagus gak, takde la aku perabih duit kat situ. Masa nak balik, janji kul 3.30pm, tapi sampai kul 4pm masih tak cukup orang. Yang lawaknya si Jimmy leh sesat.. Bas tunggu kat belah Ramlee Mall, dia gi tunggu kat entrance yang belah sana pulak. Nampak serupa tapi tak sama. Last sekali, penghulu kami pulak tak sampai2. Boleh dia sesat daam suria klcc??? Kompius makcik. Mungkin jugak la dia study kat jepun, mana tau sangat selok belok shopping complex kat kl kan. Malam tu makanan kami tak disediakan, so kami keluar makan kat seksyen 20.

Jumaat, 4/4/08

Hari ni, aku, ina, za dan farhana ada misi shopping kat jalan tar. Pepagi lagi kami dah kuar sarap kat gerai depan tu lagi. Kemudian terus ke kl. Parking kat Semua House (mahal tau, sejam rm3) dan ronda2 lah kami area2 situ. Memula konon takmo kuarkan duit. Masuk jakel, beli sepasang. Jalan punya jalan punya jalan, aku pun terbeli 3 kain pasang dan 3 lai tudung. Siap pinjam duit ina lagi sebab terlalu syok menyopping. But, don’t worry, aku beli yang murah2 jek. So, maknanya aku dah menambah baju tak siap aku kepada 10 pasang, yeay!!! Padan muka aku. Sape nak jahit tuh???

Kami abis shopping lepas orang abis jumaat. Lapar giler tu. So kami gi makan kat The Mall. Apa kes makan jauh2? Sebenonya aku ada date ngan abang kat legend, tu yang derang ikut sekali. Stesen komuter pun dekat je. Lepas kami makan kat tcrs, kami gi solat. Dan aku pun meninggalkan kawan2 ku balik sendiri. Huhuhu nampak kejam, tapi begitu lah arrangement nyer.

Selepas tu, aku pun gi mencari abang kat book fair. Sementara abang pilih2 buku, aku pun beli lah buku untuk aku jugak. Best2, ada diskaun sampai 50%. Lebih kurang pukul 5pm, aku pun balik bilik solat dulu. Tetiba abang pun balik gak. Tak jadik nak sambung shopping buku. Malam, kami pegi karnival kraf kebangsaan kat kompleks kraf. Dah beli dah kain songket seperti yang dirancang. Hasilnya akan dilihat sedikit masa lagi. Balik tu tapau mcD jek.

Sabtu, 5/4/08

Seawal subuh lagi aku dah bangun. Mandi2, siap2, aku terus turun ke stesen komuter. Actually aku ada kursus PP & PPD at cia8t arini dan esok. So, terpaksa lah membelah kedinginan pagi untuk menimba ilmu. Naik train kul 6.43am, takyah tukar train, terus je ke shah alam. Sampai shah alam kul 7.30am. Menapak la pulak ke cia8t. Walau pun dekat, pintu masuk dia jauh lor... Nak je aku panjat pagar tu. Kursus... boring.

Petang sepatutnya aku naik komuter lagi dan gi nilai pulak. Sekali nya sponsor kasik stay satu malam lagi kat legend. So, abang jemput aku balik. Malam nak tengok af kat ner??? Kami pun pusing2 cari kedai makan yang ada tv pasang ria. Last2 jumpa kat kg baru. Dia ada 2 tv, satu pasang bola, satu pasang af. Last2 2-2 pasang af jugak. Kami balik sebelum result, so tak tau lah sape yang keluar. Tak kisah pun.

Ahad, 6/4/08

Sama seperti semalam, naik train pun waktu yang sama. Tambah boring ar ini kursus. Sibbaik 2 ari ni jek. Petang abang jemput dan kami pun balik nilai. Malam makan kat bukit mahkota cam aritu. Sedap ar pok tek dia, tak sama ngan tempat lain.

Isnin, 7/4/08

Arini takde kelas, tapi ada bowling petang. Tengahari kami keluar, lunch kat bbb. Kendian terus gi jalan tar, tambah stok tudung lagi. Untuk mil. Abang tu memang, takleh tengok aku pakai tudung cantik2, mesti nak beli kan mak dia gak. Dari situ, kami terus gi summit usj untuk bowling. Penatnya main 3 game. Abang pun main gak, sensorang. Main sampai 5 game plak tuh. Akhirnya aku dapat gak cecah 100. Hihihi.

Balik tu kami terus dinner kat nilai 3. Takde plak dj mazlan arini. Mesti dia cuti ari Isnin. Kedai pun banyak tutup ari isnin sebab dah pulun abis weekend kan.

Selasa, 8/4/08

Arini last kami nyer kelas. Ada taklimat internship. Abang anto. Lepas taklimat, keluar ngan abang, gi bukit raja dan tengok wayang. Tengok cite cina andy lau heronya. Apa entah tajuk dia. Aritu gi tengok wayang ngan kwn2 cite 27 dressess. Balik dari tgk wayang, abang anto balik cia8t dan abang balik nilai. Sebabnya malam ni aku ada dinner kat intekma. Sempat lah aku tido kejap petang tuh.

Malamnya aku pergi intekma tumpang kete kawan. Kete baru. Wish. Walau pun naik 8 orang, still nak rasa naik kete tuh. Sanggup berhimpit2. Errr pening arrr. Sambung lenkali ah. Ek?

0 komen: