Haru biru. Aku baru sampai sini kul 7.35am tadik. Petang nih, aku terpaksa balik BP semula. Sebabnya ialah... jeng jeng jeng. Aku terbawak kunci kancil, yeay! Hahaha padan muka aku. Kunci spare pulak abang letak dalam dashboard AH masa nak balik cuti raya arituh. Maka, abang pun takde kenderaan nak gi keje. Hari ni, terpaksa calling2 sesiapa yang duduk berhampiran. Hihihi kalau aku tu, harus dah menangis tuh. Tak kisah lah. Esok pepagi balik sini semula. Anggap la Mersing nih sepelaung je dari Parit Raja.
Weekend lepas, nak kata penat, taklah penat sangat. Tapi perut jek yang tak bleh tahan kekenyangan. Tembolok gajah! Hari Sabtu pagi, abang ada meeting kat rumah hujung, nak bincang pasal marhaban kat taman tuh. Makanya, marhaban akan berlangsung pada hari Isnin, 5hb November 2007. Tengahari, keluar makan kat Parit Raja jek. Makan beriyani best. Boleh lah tahan. Sebenonya ada 2 sambutan hari raya cum open house umum hari tuh. Satunya MB Johor punyer, buat kat dewan orang ramai. Tapi masa lalu situ, Pak Ghani nya lom sampai. So, takleh makan lagi. Yang kedua plak, open house Tuan Haji Kamari Mahbob. Sape ek? Aku pun tak tau sape dia nih. Tapi dia ada letak banner kat simpang masuk Parit Sumarto, menjemput Tuan/Puan ke open house beliau. Saje la lalu depan umah dia. Kot lah umah beso cam istana ke, orang kaya kampung tu ke, bleh la selamba makan kan. Sekali tengok, gaya macam sedara mara dan sahabat handai dia je yang datang, tak kuasa la pulak nak tebalkan muka.
Lepas makan, pegi Ayer Hitam. Apa ke hey gi situ plak? Hehehe tengah2 aku menyapu pagi tu, tetiba lak aku tengok bunga kat atas TV tu macam dah buruk sangat. Dah masuk 3 tahun pon. So, aku pegi lah beli bunga kat sana. Sempat beli sarung tisu yang bleh gantung dalam kete. Rimas aku kotak tisu tu tercampak ke depan ke belakang. Haaa sekarang dia dah statik kat belakang seat driver tuh. Ada gambo Pooh tau. Comelll.
Bunga yang siap digubah secara hentam keromo oleh aku petang itu juga
Balik tu, ada kemalangan kat depan tanah perkuburan Islam Ayer Hitam. Kira depan Petron*s la lebih kurang. Motor langgar kereta. Terbayang, cenggitu agaknya situasi time abang langgar Ford Ranger arituh. Ngeri!
Motor tergolek
Malam, malas dah nak kuar makan. So, aku pun masak lah jemput2. Best gak sesekali makan jemput2 memalam.
Update on makcik angau tak sedo diri. Sepanjang hari raya, tiap2 ari makcik tu SMS and calling2 abang (setiap kali, aku angkat dan diam atau letak kat speaker TV. padan muka abis kredit). Minggu lepas dia datang ngan laki, anak2 dan bapak dia. Kononnya beraya. Tapi bila balik, SMS abang; 'tak puas rasanya, jumpa sekejap je'. Eee loya say. Sepanjang minggu lepas, banyak gak SMS dia yang abang masih simpan untuk aku baca. Ada lagi yang abang dah delete. Antara yang meloyakan tekak aku, SMS dia malam tadik;
'hari ni saya kat rumah je, asyik teringat kan awak je rul. adakah ini yang dinamakan c....?'
wakakakakak jiwang macam taik! Macam2 lagi lah SMS dia. Nyampah aku! Sampai bile tah dia nak jadik mcam tuh. Aku hanya mampu berdoa, moga2 dia mendapat petunjuk dan tidak lagi mengganggu hidup kami.
Semalam tengahari gi open house kawan abang. Makan satay, nasi daging dan bakso. Tak pernah aku makan benda yang 2 tuh. Tapi tak syok ar open house ni tak makan ketupat rendang. Tak macam raya plak. Balik tu, kami di tapau dengan ayam BBQ. Masa datang tu dia baru nak idupkan api. So masa balik tu baru dia membakar. Boleh la, rezeki jangan ditolak.
Pokok bunga alamanda yang beso giler, tengok batang dia tuh
Balik tu singgah K4 jap. Beli barang dapur sket. Kendian gi Bank Islam jap, bayar kad kredit. Pastu gi makan kat resepi rahsia. Baru nak masuk, tetiba dengar bunyi perlanggaran. Suspen sekejap. Dah leh kami parking tu agak terjulur ke jalan. Cepat2 ke depan kan kete. Sebuah van terlanggar sebuah kete apa tah. Dua2 takmo ngaku salah, kami pon blah ler.
Aku dan kambing, memang tak boleh dipisahkan, hehe
Perut tak lah lapar. Tapi memang dah lama nak makan kat situ. So, abang order kek jek. Aku plak, sebagai kawan baik kambing, order lamb stew. Wallaaa sedappp nyer kambinggg. Dahhh, pastu kami pon balik. Malam tido kul 10.30pm selepas beregu Malaysia ku Gemilang berjaya menjuarai Terbuka Denmark. Malaysia Boleh!
Abang makan kek jek, ngan choco blended
Monday, 29 October 2007
Takde Kerja, Cari Kerja
Hasil karya AyunasiA pada 9:01 am
Label: Laporan Mingguan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment