Insaf sket bulan2 pose ni bila baca benda ni kat surau CI*ST
Buzz! Hehe ala2 YM plak main buzz buzz orang. Dah lama benonya tak menge ‘buzz’ ni sebab aku online guna meebo, mana ada buzzer2 nih. Apa yang aku dah tertinggal lama nih ek? Kisahnya, berita gembira boleh bukak blogger tu hanyalah sementara semata. Sempat aku post 1 entry jek pon. Lepas tuh, dah takleh semula. Dush dush dusyum kat KJ Pusat Sumber aka penggodeh server tuh.
Kerepek raya! Ni lah satu-satu nya kuih raya yang aku beli setakat nih. Tu pon beli ngan kawan yang orang BP gak. Apa dah...
Okeh, berbalik pada cite minggu lepas. Eh, sebelum tuh nak cite pasal semalam. Huahuahua berita tergempar nenonenoneno (bunyik kereta bomba). Pagi semalam lepas mandi, aku telah memanaskan nasik semalam. Banyak lebih kekdahnya, jadik sayang ler nak buang kan. Maka, apabila sesuatu yang dibuat sekali setahun pun jarang itu berlangsung, aku pon selamba dek jek la gi keje tanpa rasa bersalah langsung. Lebih kurang kul 9.45am, aku didatangi oleh seorang encik nih. Dia duk umah atas aku. Baru je pun masuk sini, saing2 aku gak la. Dia tanya aku, ada masak nasik ke? Lantas apa lagi? Aku pun tergezut dan tersentak dari lamunan la kan. Lalu aku terus berlari-lari anak (takleh lari laju2 kena maintain cun depan student hihi) balik ke kuarters. Apakala sampai jek bawah rumah, dah terbau aroma hangit yang menusuk hidung. Sampai jek depan pintu, berdegup kencang jantung aku. Bukan pikir terbakar ke hape. Aku tau, takde nyer terbakar sebab api tu aku bukak pada paras minima jek. Tapi yang aku pikir time tu, macamana keadaan periuk tuh? Periuk tu hadiah kawin dari Ngah. Periuk paling comel yang aku ada. Baru je aku pakai waktu datang sini. Owh! Periuk! Biler tengok je periuk tuh, aku pon padamkan api gas dan menenung periuk tu selama 5 minit sambil bermonolog;
”Tengok gaya macam ok je periuk nih. Takleh rendam dulu ni. karang pecah lak. Ada itam2 sikit nih, kalau rendam ni, ok lah kot. Tapi sayang nyer nak berus ngan berus dawai. Baik rendam jek, pastu guna span lembut jek. Mesti bleh hilang nih.”
Gitu lah lebih kurang monolog aku. Dalam ati jek. Anyway, terima kasih kepada encik Z****din dan isteri atas keperihatinan itu. Jasa encik takkan saya lupa. Tiap kali tengok periuk tuh, mesti saya akan ingat kejadian tersebut.
Tudung raya! Tudung ni bukan raya punya. Baju raya aku takde kaler ni pon
Ok, itu lah yang berlaku semalam. Takde maknanya bomba nak datang. Tapi belah petang plak, tengah aku set up laptop+projector kat depan kelas, tiba2, siren kebakaran lak berbunyi. Aik? Takkan nasik hangit kat kuarters, siren bengkel yang bunyik? Ini sudah dinamakan high sensitivity! Sensitiviti apa ke hey nyer. Apa ke mangkuk punya budak lah ni, dia gi pecahkan kaca emergency tuh. Tak pepasal sumer berlari anak kuar bangunan, ingat ada kebakaran. Bikin suspen jek. Dah ler kelas aku sampai kul 3.30pm jek petang semalam, buang masa tul. Hiyargh! Dusyum lagi kat budak kurang asam tu pulak. Sape tah. Kebetulan tempat tu membelakangkan kamera CCTV. Kalau tak, aku lah yang memula sekali tercongok depan cctv tu, nak tengok sape yang pecah kan.
Oh, bercakap pasal cctv nih, aku ada cite sket berkaitan cctv nih. Kat bengkel nih terpasang cctv di semua bilik makmal dan bilik pengajar. Watch out! You are in candid camera! Memang takleh nak beraksi pelik2 kat ofis nih. Karang memalu kan diri sendiri la pulak. Tu pun nasib baik cubical aku nih menghalang kamera tu. So, Nampak kepala aku je la kat kamera tu pon. Takat jahit-menjahit, tak nampak ler kot.
Kisahnya, ada 2 kes yang membawa kami semua ke depan tv itu untuk menyiasat. Kes pertama, menconteng papan notis. Kekdahnya, arituh ada 3 orang student kena gantung seminggu. Maka, kami print ler gambar dia dan tampal kat notice board sebagai menimbulkan kesedaran kepada yang lain. Kekdahnya, tak sampai sehari, gambar tuh dah berconteng bertanduk bagai. Hangin ler kawan aku yang tampal tuh. Maka kami pon menyiasat, namun hampa. Kekdahnya kamera cctv ni record bila ada pergerakan. Jadi, mungkin masa budak tu menconteng tuh, dia bergerak slow2 kot. Tu yang tak recorded tuh.
Kes kedua, kes kehilangan henpon. Masa kejadian tu aku cuti yang gi spital tu. So, oleh sebab kejadian berlaku pada hari Jumaat, penyiasatan terpaksa dilakukan pada hari Isnin. Huh, aku ni kan peminat CSI kan, memang la suka bab siasat2 nih. So, selepas mendengar hujah pendakwaan, kami pon menonton cctv. Sambil tu kitorang panggil la suspek tu untuk soal siasat. Kekdahnya, akhirnya kami menemui jalan buntu sebab bukti visual tidak mengaitkan sesiapa dalam ini kes. Dan kami membuat kesimpulan, pendakwa telah terlupa meletakkan henponnya kat jeriji tingkap toilet semasa ingin melakukan aktiviti fitrah berkenaan. Budak tu pulak tak datang kelas dekat seminggu, jadik takleh la nak siasat dia. Kesimpulannya, cctv ni setakat nih belum membantu kami dalam kes2 sedemikian. Tapi mungkin satu hari nanti, kami akan mendapat faedah daripadanya. Hopefully.
Dah, ke mana dah aku melalut nih. Nak cite pasal last week kan? Ok. Weekend kami dipenuhi dengan aktiviti shopping tak hengat donia. Bleh ada pause, to be continue... lagi. Sabtu tu, kul 11.30am lagi kami dah kuar. Memula ingat nak gi A*bank Jalan Rahmat. Tapi dah tutup. So, pergi bayo Iswara je kat cash deposit cawangan lagi satu. Pastu berkejar ke Bank Islam plak nak bank in cheque. Sampai2 je terus tutup. Silap strategi la nih.
Pastu pergi sebelah aked Ma*a tu ada bazaar raya sket. Tak best sangat. Dah kul 12pm pun tak bukak banyak. Tak lah banyak pon. Best lagi bazaar parit raja. Tapi dalam tak best, tuh, terbeli la jugak satu tudung 15 hengget ngan brooch. Kendian kami gi Summit. Oh, Fajar dah jadi The St*re la. Baru aku perasan. Kat Summit aku berjaya menukar duit kepada kasut dan manik kristal langsir. Beli je dulu, bile nak menjahit tu, pikir kendian. Pastu kami gi k4 pulak. Singgah beli tudung mak mertua kat PM. Oh, sebelum tu, lepas gi bank tadi, pergi kedai baju timbang. Tak best pon. Kat k4, tak masuk pasaraya pon, gi kedai baju budak jek. Tak best gak.
Kendian kami ke BPM*ll la mana lagi kan. Time tu dah dekat kul 6pm gitu. Pusing punya pusing punya pusing, kami pon pergi P untuk berbuka. Oleh sebab dah kesuntukan masa, takde sape la yang melayan kami. So, time buka tu, abang gi mintak gelas dan kami minum Peel Fresh sahaja untuk berbuka. Kendian gi solat. Pastu, konon tak serik, gi P lagi. Lepas 5 minit, masih takde sape nak layan. Last2 kami makan kat food court jek. Jadik lah. Pas makan, terus gi Masjid Broleh. Oh, Projet pon dah tukar jadik Shell sekarang. PAUSE.
Lepas terawih paling ekspress ever, kami pun balik. Tidak! Kami tak terus balik. Sebaliknya telah menyambung shopping. Boleh gitu? Pegi BPM*ll semula. Sempat la beli kasut raya abang. Last abang beli kasut ialah kasut hantaran kawin. Dekat 3 tahun dah. Kalau sandal selalu lah beli. Pastu masuk Pa*ific beli barang dapur sket. Pastu dah penat, kaki aku pun dah tersimpul biawak, kami pon balik la. Sebelum sampai rumah, singgah ngeteh kat mamak sat. Bungkus mee goreng buat sahur.
Esok nya, aku duk rumah jek menjahit tak hengat donia gak. Kali ni kena fokus sebab kena siap kan gak minggu nih atau tak berbaju raya lah aku. Petang, aku masak. Hihihi dengan pertolongan abang, kami telah membuat karipap. Lawak jek tengok karipap tuh. Takde acuan dia satu hal. Takde roller satu hal lagi. Kekdahnya, kami guna tumbler abang sebagai penggelek. The outcome is, karipap kentang+daging cincang berkulit tebal. Janji bleh makan.
Hari Isnin, aku tak balik Mersing lepas sahur. Sebaliknya, tempat kerja aku ada lawatan ke UTHM sempena ective 5 anjuran FPT. Lebih kurang kul 10.45am baru rombongan sampai. Dan tak sampai ku 12pm, mereka dah nak balik. Hek’eleh. Penat atas jalan jek. Tak sempat aku nak round sumer pameran. So, akupon balik rumah, kemas2 dan tunggu abang balik. Kul 2pm, aku pun bergerak balik. Tengah jalan, tiba Kahang, tiba2 muncul la bas ILP depan mata aku. Entah ke mana la derang singgah tu tadik. Aku pun follow la bas tu. Tiba simpang Nitar, bas belok. Aku pun terus jelah. Masuk ofis, tak lama bas pun sampai. Ooo derang singgah Giant Kluang rupanya. Gitu lah kisahnya.
Thursday, 4 October 2007
Shopping, Berenti Dan Sambung Shopping
Hasil karya AyunasiA pada 8:37 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment