Al-kisah grill rumah sewa ku telah pun dipasang semalam. Aku pun tak tengok lagi. Tapi menurut abang, biasa je. Takde lah kot kerawang2 macam kebanyakan rumah area tu. Lantak ler, duit dia kan. Makcik tu pon datang semalam. Abang bayar sewa sekaligus. Memula dia suh abang datang umah dia je bayar sewa. Oh, perkembangan terkini tentang makcik itu. Dia masih mengganggu abang dengan sms yang bukan2. Bulan pose ni tiap pagi sms gini : ’bangun sahur bg’. Aku suspect ’bg’ tu ialah ’bang’. Tak sedo diri punya makcik. Mentel kan?
Semalam aku ikut pergi pasar Ramadhan kat bandar. Naik bas reramai ngan student. Masa kat dalam bas tu, driver ni pasang cd ceramah agama. Seronok dengar. Salah satu yang aku ingat, dia cite pasal kejadian Allah s.w.t., iaitu kaki. Dia cakap, kalau kita beli kasut, tak kira murah ke mahal ke, lama-kelamaan kasut tu akan haus kan? Tapi cuba tengok orang tak betul kat bus stand yang berjalan kaki ayam tu. Kaki dia bukan makin haus, sebaliknya makin tebal (kematu) kan? Agaknya kalau kaki makin haus, maunya tinggal tulang jek kan? Ha... tu lah salah satu kebesaran ciptaan Allah s.w.t. yang orang tak perasan.
Eh, tambahan lagi. Dalam ceramah tu jugak dikatakan, hanya ibadah puasa sahaja antara ibadah2 ni yang Allah s.w.t. sendirik yang nilai. Kalau sembahyang berjemaah ke kan kita tau dikira 27 kali ganda. Kalau ibadah lain pon ada rate tertentu pahalanya. Tapi untuk puasa, special sket, kiraannya depends pada amalan kita dalam bulan tu dan Allah s.w.t je yang dapat menilainya. Wallahua’lam.
Wednesday, 26 September 2007
Kaki dan Kasut
Hasil karya AyunasiA pada 3:02 pm
Label: Laporan Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
SubhanAllah...betapa kita ni kerdil banding dengan Maha Pencipta...
Manusia cerdik mana pun tak boleh nak tandingi ciptaan Allah SWT...
Pasal makcik tu..hairan jugak ek..ada gak org mcm tu...
Post a Comment