Minggu lepas, aktiviti aku sangat lah padatnya. Sakit pinggang aku travel dari timur ke barat ke selatan ke utara ke selatan. Ari Rabu, sebaik sahaja abang call klinik, aku terus mintak cuti. Mintak 2 hari Jumaat berturut-turut. Memula kerani cuti tu cuti. Lepas kerani masuk keje, Pengarah lak makan angin ke US and Canada. Last2, aku cuti dulu baru cuti approved. Lantak ler. Dah terpaksa. So, Khamis tu, lepas punch aku terus cau cin cau.
Hari Jumaat, kul 7am kami dah bergerak ke JB. Appointment kul 10am. Sampai situ, sarap dulu. Pas tu gi klinik. Huhahuha kami disuruh gi bilik yang bernama Bilik Spermatorium. Hihihi Apa berlaku tu, kiter off record jek la ek. Pastu kami pon pergi jenjalan sebab jumpa doktor lepas Jumaat nanti. Maka, kami pon pegi Jusco Tebrau City. Aler... takde maknanya pegi situ sebab sale dah abis. Tapi terbeli la jugak baju abang selai. Ngan beli sandal kat Bata. Memang sandal aku putus pepagi tuh. Beli sandal yang sama design, kaler je lain. Best pakai sandal tu.
Pastu kami pergi masjid Sultan Abu Bakar. Sampai tu tengah khutbah dah. Khutbah pasal puasa. Tak sempat lunch, kul 2pm kami dah pegi klinik semula. Tunggu lama gak. Doktor tu dulu keje situ. Kendian dia berenti, masuk Pakar Johor. So, sekarang dia tolong2 lagi klinik gomen nih. Tapi operate ke hape dia wat kat Pakar Johor la. Yang sekali appointment tu ada la 4 ke 5 couple. Yang baru nak masuk bilik tadik pon ada. Memula husband dia gi sorang. Pastu dia call wife dia masuk sekali. Bantu-membantu hihihi. Ada sorang mat Indian ni siap tido lagi, lama sangat tunggu doktor.
Kami yang pertama dipanggil. Memula dia check segala-mala blood test dan segala test yang aku dah buat arituh. Ada satu je hormon yang agak tinggi dan dia suh buat balik test tuh. Dia suh ambik darah waktu petang plak sebab aritu aku buat pepagi. Untuk test abang pagi tadik lak, sumer ok. Tip top. Kendian doctor scan aku lak. Memula tengok alat tu cam ngeri jek. Pastu takde mende pon. Lastly, dia kasik (suh beli) acid folic je. Kalau test kali kedua still tinggi hormon tu baru dia kasik (suh beli gak) ubat yang mahal tuh. Ceh! Rugi jek aku kuarkan duit bebanyak. Dah, terpaksa dibelanjakan hehehe.
Selesai tu, perut dah menjerit2 mintak diisi. So, seperti biasa, kami gi makan kat Stulang Laut. Kureng plak rasa mee rebus dia kali nih. Pas makan, singgah Myd*n plak. Ada ler benda kecik2 yang aku nak beli. Kendian, kami pon balik. Sampai rumah kul 7.30pm. Pas mandi solat, pergi makan laks. Balik tu, jiran sebelah rumah datang borak ngan abang. Dia baru pindah barang. Cikgu sekolah apa tah. Cikgu Kamal. Dengar cara cakap pun dah tau cikgu. Wife pon cikgu gak. Sekolah Parit Hj Ali.
Esok nya Sabtu, kul 8am lak kami bergerak lagi. Kuar tol Yong Peng. Tengah berenti sarap kat Pagoh, student tu tefon, mintak postponed kelas lepas raya. Kalau ikut abang tu, dia turut je kata. Tapi aku telah mem ’provoke’ abang dengan pelbagai kekdah. Dan berjaya. Hehehe. Bukan apa, cuba pikir. Lepas raya, lum tau apa program abang. Buatnya ada program bombastik ke, nak ganti biler? Pastu lepas raya, mesti derang ada kelas lain plak, mesti nak ganti hari lain, Ahad contohnya. Aku dah set kan 4 minggu ni je gi Shah Alam tu. Karang dah tiap2 minggu lagi kena gi, patah pinggang aku nak mengikut. Aku kalo boleh memang nak tinggal jek kat umah. Tapi abang tu lah, takde geng nak carik gaduh dalam kete. Lagi, benda ni arahan dari uni abang. Mereka tu belajo kat uni tu, kena lah ikut timetable uni. Mana bleh sesuka ati ikut timetable derang sendiri kan. Bukan la berkira sangat pasal claim (ni abang yang cakap), tapi soalnya masa. Bak kata abang lagi, “Wife aku weekend je ada kat rumah. Nak buat apa2 program week day bleh la. Nak wat sampai tengah malam pon takpe.” Tapi kalau derang nak suh abang ngajo lagi untuk kelas lain takpe. Ni aku yang cakap. Rezeki jangan ditolak. Hehehe.
Cantik tak karpet aku?
So, sebelum sampai Shah Alam tu, kami singgah Nilai dulu. Kononnya nak tengok2 karpet. Kononnya nak singgah rumah Ngah sekejap. Last2, sebelum sampai umah Ngah, sempat menukar duit kepada tikar dan karpet.Hihihi. Dah lama aku nak beli benda tu, tapi takde duit. Dah ada ni la baru dapat. Kesian aku. Huhuhu.
Cantik tak tikar buluh perindu aku?
Gi umah Ngah, dia takde lak. Gi Sogo shopping ropanya. Sekejap jek kat situ. Kul 12.30pm dah bergerak lagi. Kuar tol KLIA, kuar Ebor. Carik kedai Linda Off, tak jumpa. Maka, berlapar lagi hari nih. Eh, lupa. Malam tadik gi uni ambik PLC kat lab abang. Berat nyer... Bawak 5 unit. Petang tu, abang kat kelas, aku duk luar surau, jahit leher baju. Siap ler satu leher. Sempat gak pusing2 satu Cia*t tuh. Bulan 12 nanti kat sini ler aku akan bermukim. Balik2 ke Shah Alam jugak. Nostalgia tul. Tapi aku memang suka duk Shah Alam pon.
Plak perasmian tempat nih. Kerjasama Malaysia-Jepun. Dasar Pandang Ke Timur
Masa tunggu abang, aku call Fara, tanya kan kedai Linda Off tu. Dia cakap dekat restoran hakim. Setau aku kat area hostel aku dulu tu. Adeh la... kreddit aku tinggal RM2 jek, tefon Fara yang tengah kat Bali. Huhuhu sibbaik sempat bagi info. Pastu baru teringat, semalam wedding anniversary dia. Gi honey moon ler tu.
Ni ker bakal tempat tinggal aku selama 3 bulan nanti?
So, lepas abis kelas, kami gi lagi cari kedai makan itu. Takde pon kat situ? Masa kat Petro*as, abang tanya kat sorang makcik nih. Anak dia yang bagitau. Oooooo kat situ. Tak tau lah pulak aku area tu bleh naik cam gitu sekali. 3 tahun lepas lum ada apa2 kat situ. Sekarang dah penuh kedai. Aku makan mee rebus tulang. Abang makan nasik ayam. Siap waitress tu bagitau, tulang tu kambing bleh tak? Apa tak boleh pulak??? Aku kan penggemar kambing. Lahir pon tahun kambing hihihi. Boleh tahan la rasa. Kalo dah tulang kambing, masak apa pon aku belasah.
Pas makan dengan kenyang nyer, terus kami bergerak balik. Sampai rumah lebih kurang kul 9.30pm kot. Tak ingat ler.
Ahad, hari berehat sedunia. Itu je hari yang aku bleh rest pon. Tapi petang dah nak balik Mersing sebab esok nak gi lawatan sambil belajo ke Kuantan plak. Petang kul 4pm, kami kuar makan KFC. Parit Raja dah ada KFC tau. Biler la McD nak bukak cawangan. Kat BP ada satu jek kat Summit. Leceh tul nak parking ke situ. Aku suka McD! Lepas makan, kul 5pm aku terus balik.
Esok pepagi kul 6 aku da bangun. Janjinya kul 7am bas jalan. Bas luar, tunggu kat admin. Rupanya naik bas ILP dan driver ILP. Kekdahnya driver tu baru dapat lesen bas. Driver bas lama dah transfer Kepala Batas. Jumaat lepas dia last kat sini. Kalo aku tau dia baru dapat lesen, harus aku takmo pergi. Makanya kul 7.15am baru gerak. Aku dah teka dah, mesti tak sempat sampai kul 10am nih. Dengan pengalaman yang takde, tempat yang tak pernah pergi, at least kena ada 1 jam tambahan. Sempat lak berenti sarap kat Endau. Pastu berenti kencing nyer lagi. Dah kalo driver kencing, bebudak pon turun gak. Sudahnya kul 10am, Pekan pon tak sampai lagi. Masalahnya kiter dah janji saing ngan student UT*M. Tak pepasal buruk reputasi ILP (dan aku) di mata kengkawan abang.
Dan seperti kujangka. Terlajak ke Batu Hitam. Rupanya sign board dia ada tapi dah tak nampak. Tinggal papan putih je. Tengok dekat baru nampak lambang Tele*om lama. Nak tukar baru tapi lum ada bajet ler tu. Huhuhu.
Pemandangan pantai di hadapan stesen
Huhahuha, kul 1pm baru bergerak ke Cherating plak. Eh, lupa cakap. Kami sebenarnya pergi ke stesen satelit bumi. Salu dengar cite orang cakap nampak kuali tu dari tepi jalan. Baru ni aku nampak. Selama ni tak nampak pon???
Pejabat stesen
Besonya kuali tuh. Antena ok, bukan satelit. Satelit kat angkasa lepas tu ha
Sampai cheranting, huhahuha lagi, kul 3. 30pm gitu baru balik. Lunch (?) kul 4pm kat tepi jalan Beserah.
Solat kat masjid nih
Kendian solat kat masjid berhampiran depan KFC. Malam berenti makan lagi kat Endau. Sampai ILP kul 10.30pm. Huargh!!!!!!!!!! Penatnyaaaaaa...
Stesen kabel dasar laut Cherating. Kat Mersing pon ada, lagi nak pegi jejauh
Wednesday, 12 September 2007
3K : KLINIK, KAMBING, KUANTAN
Hasil karya AyunasiA pada 2:01 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment