Yeay! Akhirnya blogger dah bole access dari ofis ku ini. Macamana boleh berlaku sedemikian? Al kisahnya, ada lah seseorang staf baru kat sini yang datang dari 'tut'. Masa kat 'tut' tu, dia ketua unit pusat sumber dan kira otai la part server2 nih. Maka bile sampai kat sini, dia masuk department lain. Dan tanpa memberi salam dulu, dia telah menggodeh server itu lalu server telah down selama beberapa hari ni. Apakala aku on PC pada hari ini, walla! blogger dah tak kena block lagi. YM aku lom check lagi. Excited nak update blog benonya. Mentara dia lum dapat idea nak block site apa (hopefully dia terlepas pandang blogger), better aku gunakan sepenuhnya kesempatan nih.
Last week aku rasa memang penat tahap gaban punyer. Mana tanye, 5 hari pertama puasa, aku buka di tempat berlainan. Rabu tu, kami terawih kat surau Parit Jambul. Hihihi kelako je nama dia. Surau ni sangat sesuai dikunjungi kalau nak cepat. Monorail punyer laju pon takleh lawan. Kul 9pm dah abis. Aku buat 8 rakaat jek, derang buat 20. Tapi yang rasa tak best tuh, dia takde balas2 pantun tu. Tiap rakaat pon takde doa amin amin amin tuh. Balik terawih, terus siap2 beg nak balik Kota. Kul 10pm lebih gi ambik Ulin, kendian gi carik makan. So sad. Banyak kedai dah tutup. Last2 gi cafe Pak Long. Aku order nasik goreng paprik, tapi dia terlepas dengo. Bile abang dah abis makan baru nasik aku siap. Dah patah selera dah. tapi nasi goreng ikan masin dia boleh tahan sedap.
Pas makan, terus jalan. Biler ek kali terakhir aku balik Kota? Erm... bulannnnnnn 6 kot, masa kenduri kawin kawan2 tuh. Aiyooo sungguh lama kan? Itu balik Kota. Balik AT5 last bulan 4 kot, masa sekali ngan Yayu, masa Mala abis ari. Macam lupa daratan jek bunyik nyer kan?
Sampai Semenchu lebih kurang kul 12.30am. Aku terus tido. Sahur pon tak bangun. Kul 3pm baru balik AT5. Sampai2 je, tengok tembok depan rumah (tempat menongkrong) dah runtuh. Aik? Nak buat rumah lagi ke abah nih? Tanya abah, abah cakap, dia yang langgar naik kete Mala. Masuk rumah, mak cakap, jangan tanya abah pasal tembok tu. Abah mcam trauma gitu. Sok sek sok sek kisahnya, aritu abah nak sapu daun rambutan kat depan, tu yang nak alihkan kete Mala. Pastu Mala pon kasik kunci. Aku rasa dah lebih 15 tahun abah tak drive kete. Lesen dia sentiasa renew jek. Nak jadi kan cite, time tengah reverse tuh, tah camane, abah ter tekan minyak ngan kuat. Makanya ternaik la kete tu sampai meruntuhkan tembok tuh. Kisahnya dua kali abah tertekan minyak tuh. Masa tu mak tengah pegang anak Mala. Yang si Mala ni pulak berkejar lah nak selamatkan abah yang dah terjerit2 dalam kete tuh, panik. Kesian abah. So, lepas Mala tarik handbraje tu, dia pon ada kebenjolan sesikit dan blur. Dia cakap, abah yang tarik handbrake. Abah cakap, Mala yang tarik. Kalo tengok keadaan tembok tu, macam tak caye je kete tu tak remuk teruk pon. Ada la kemek, tapi cermin belakang pon tak pecah. Gitu lah kisah nya. Ni yang aku dengo ler. Kekadang derang ni saje exxagerate kasik dramatik sket cite tuh. Pendek cite, jangan sebut pon pasal kes tu kat abah, nanti abah ala-ala rasa bersalah dan trauma gitu. Mak cakap, malam tu lepas Isyak abah terus tido. Kesian kan?
Hari tuh kami berbuka biasa-biasa aje. Nasik, lauk ayam kari bungol ngan daging masak kicap. Terawih kat masjid AT5, ramai makcik2. Tak jumpa pon rakan sebaya. Esok nye lebih kurang kul 10am kami dah balik. balik Semenchu ambik Ulin, kendian terus gerak ke BP. Sampai BP dah kul 12pm. Abang gi Jumaat sambil anto Ulin kendian ambik PLC kat lab. Lebih kurang kul 3pm, kami pon bergerak ke Nilai pulak. Sampai Nilai, dekat2 kul 6pm. Singgah pasar Ramadhan Taman Semarak. Huaaaa banyak nyer makanan menyelerakan. Balik tu bawak balik roti john, char kuey tiow dan kebab. Sampai rumah Ngah, lagi 15 minit nak buka. Sempat mandi dulu. Banyak lak makanan. Terawih kat taman Desaria pulak. Ramai mat myanmar kat situ. Derang nyer mazhab wat 20 rakaat. Pempuan sembahyang kat khemah je, tak muat.
Malam, lepas tengok 24, iron baju dan tido. bangun sahur dah dekat 5.30am. Kelam kabut telan nasik. Hihihi. Ngah yang kononnya nak bertolak ke Kuantan lepas sahur, bangun saing kitorang. Sibbaik bibik dah masak nasik ngan maska sayur n telur goreng.
Kul 7.30am dah keluar rumah. smapai Ci*st, aku terus tido dalam kete. Sedar2 dah kul 9.30am, dah panas. AKu pon pindah kete ke surau. Masuk surau, sejuk jek. lagi lah rasa nyaman gitu nak tido. Hah, hambik ko, kul 12 baru aku terbangun. Petang tu aku menjahit je dalam surau. Kul 4 lebih kelas dah abis. Kami pon terus balik. Singgah Nilai Square, survey kan tikar untuk Yayu. Pastu terus masuk highway. Masuk tol Ayer Keroh, gi Jusco. Takde pulak P kat situ. Buka M jelah nampaknya. Dapat kurma sorang 2 bijik.Lepas Maghrib kat situ, pegi masjid Al-Azim. Terawih kat situ. Hm... dah 4 tempat aku terawih. lepas terawih konon nak moreh kat char kuey tiow Telok Mas. Sekali tengok, jalan baru dah siap. Saje lah nak try. Tak jadik lah makan kat situ. Jalan baru ni tak banyak sangat traffic light macam kat jalan ke Tampin tu. Sangat lancar. Dah tak yah lalu Plus lah cenggini. Dari Muar ke Rembau dah ada highway free. Tapi nak sampai ke Muar tu yang sakit pinggang aku. Rembau-Seremban lagi ler. Aku rasa selagi jalan dalam tu tak dibuat highway, highway Plus tu mesti jam la. Buat ler beso mana pon lorong, kalo dah takde alternatif yang selesa, orang akan tetap lalu highway tuh.
Konon nak singgah me bandung abang sayang, sekalinya dah nak tutup. Ada takde, mee bandung Parit Bulat je lah. Tu pon, takde la sedap snagat pon. Sampai rumah memang flat abis. Bangun sahur panaskan mee bandung. Lupe laks. masa kat AT5 aku sahur. Sebab apa? Aku suka minum teh o yang mak buat setiap pagi waktu sahur. Hihihi.
HAri Ahad patutnya hari rehat sedunia kan? Tapi aku la yang ngengada takmo duk rumah. Ajak abang gi bandar. Huhuhu tak padan ngan penat! Memula gi K4. Kendian gi BP Mall. Sebelum balik, tapau P. So, berbuka P la hari tuh. Kesimpulannya, walaupun aku bercuti 4 hari, tapi aku tak berehat.
Minggu ni sepatutnya aku tak balik ari Jumaat sebab derang nak buat jamuan berbuka dan perpisahan 2 orang budak praktikal nih. Sekali dewan nak guna lak, so derang cepatkan ke hari Khamis. So, boleh lah aku balik dan aku akan ikut abang lagik. Huaaaa penat lerrr... Jumaat tu pun ada jamuan berbuka gak, tapi not compulsory la. Baik aku berbuka ngan suami ku itu. Kan kan kan?
Wednesday, 19 September 2007
Puasa 5, Masijd/Surau Pon 5
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
perghh ni macam explorace ni ;)
Post a Comment