Minggu lepas, lepas aku post entry terakhir, aku dapat arahan menyertai perbarisan hari merdeka kat mini stadium. Musnah lagi plan aku. Bleh tak kalo tak mo cite pasal perbarisan tuh? Lenkali la, kalo terbuka ati aku detail kan. Gambo pon aku dah delete dari kamera. Ada kat laptop abang. Nanti2 lah kan...
Lepas perbarisan tu, aku terus balik BP. Dari stadium kul 10.15am, sampai umah kul 12pm. Sepanjang jalan memang banyak konvoi motor. Biasa lah, cuti umum, pegi pantai, air terjun. Lepas mandi, abang gi Jumaat, aku terus kebabum tidooo. Memang pengsan terus. Bangun pon biler abang tefon bagitau jadik gi KL petang nih. Huargh!!! Penat sungguh.
Abang balik bawak nasik beriani best. Dah duk Parit Raja ni, menu tetap sama. Brand je lain. Rasa boleh tahan jek. Tak sesedap beriani Bukit Pasir. Lepas makan, siap2, solat Asar dan terus gerak. Ingat nak terus kuar tol Air Hitam jek. Sekalinya abang nak gi bandar plak, belikan tiket adik dia. Huh! Niat memang lah baik, nak meraikan abang. Tapi kalau dah menyusahkan, baik tak payah. Last2 kul 6pm lebih baru bergerak dari BP. Kuar tol Pagoh, solat kat R&R Seremban. Eh, salah. Petronas R&R Seremban. Surau baru. Tak besar sangat, tapi selesa. Tempat gantung sejadah dia macam kat butik plak.
Sampai Kayu Ara kul 9pm lebih. Saing plak ngan semua. Naik rumah dulu huhahuha. Lebih kurang 9.30pm kami pon gi makan kat Restoran Vich*da Kota Damansara. Makan siakap 3 rasa, kerabu mangga, tomyam, sayur campur, udang n sotong tepong ( tepong goreng udang n sotong benonya ). Balik dah kul 11pm lebih.
Esok pagi sarap nasi lemak. Kul 11.30am, dah kuar ke Shah Alam. Gi fotostet nota dulu. Jumpa lak cermin reverse tu RM38 sahaja kat B*others Seksyen 19. Beza RM50 ngan cawangan BP! Dah lambat sangat, kelas abang postponed ke pukul 2pm. So, sempat lah kami gi sembur cermin tuh dulu kat Sri Muda. Jumpa satu kedai yang ada cat kaler tu. Kod G45 okeh? 2 jam bleh siap. Mentara tu, kami makan rojak n cendol Karim yang selalu ada kat sebelah Shah Alam Mall tu ( apa ke nama dia sekarang ek? Luper ). Pastu terus ke C*ast. Solat kat situ. Jumpa ramai staf JPK kat situ. Derang ni la kot student abang. Pengarah pon ada! Encik Kamal yang sama2 join gi Bukit Tinggi J41 ngan aku pon ada. Mesti JPK paksa derang ni ambik master. Cari penyakit. Keje macam biasa kecuali ari Khamis, Jumaat, Sabtu kena gi kelas. Dapat elaun RM500 sebulan. Menarik gak tu. Tapi dengan beban tugas lagi, dengan study lagi...
Lepas abang gi kelas, aku terus gi jenjalan. Park kat kompleks, sempatlah aku round kompleks, SACC dan Alam Sentral. Last2 tak beli eʼapa pon. Kul 4pm, aku redah hujan dari Alam Sentral ke kompleks. Tak lama abang call, dah abis kelas. Ler... sekejapnyer.
Ambik abang, kendian gi ambik cermin. Pastu gi kedai balik, pasang terus. Yeay! Senang ler aku nak undur tanpa ragu2 pas nih. Kendian, kami gi My*in USJ. Banyak gak shopping. Antara yang wajib beli ialah berus gigi. Hihihi. Kul 7pm, kami pon bergerak pulang. Berenti solat kat Ayer Keroh. Singgah makan sup kat Sri Gading. Boleh lah tahan.
Sampai umah, derang dah sampai. Pas mandi sumer, aku terus tido tanpa berfikir panjang. Ngantuk ooo. Baju dah siap gosok eʼawal lagi.
Tempat cenggini lah yang awajib bergambo. Tapi kat sini tak banyak tempat bergambo cam kat U*TM
Pagi, kul 7.45am, kami pon pergi ke UTHM. Dapat satu lagi pas masuk. So, dapatlah abah masuk sekali. Apa ek perasaan aku masa tengok abang naik atas pentas tu? Terharu campur gembira kot. Tahniah abang! Walaupun TMJ bagi ucapan kepada ibu bapa je, ayang tak kecik ati pon. Kan mereka yang banyak mendoakan abang? Ayang cuma pendorong dan peneman abang study jek. Tukang masak, tukang buat air milo malam2, tukang gosok suar dan tukang kritik grammar abang masa wat tesis hihihi. Ayang tau kritik yang salah je, nak betulkan, sendiri pun main hentam je.
Femli yang datang kecuali Ila tukang ambik gambo
Jom kite imbas semula sejarah permulaan abang membuat master. Selain inisiatif abang sendiri, ia juga adalah atas paksaan aku hehe. Masa lepas grad degree dulu, abang pernah dapat offer KPLI. Masa tu ramai sangat yang nak masuk KPLI tapi tak dapat. Apa yang aku buat? Aku telah menyorokkan surat tawaran itu! Bukan menolak rezeki, tapi aku rasa rugi ar masuk KPLI setahun, jadik cikgu. Baik buat master setahun setengah, bleh jadik lecturer. Masa tu kan aku dah dikaburi dengan elaun rumah RM700 itu haha.
Pepagi sebelum masuk dewan
Masa abang interview keje kat KU*TTHO, aku sendiri tak tau. Kantoi pon sebab aku terjumpa surat panggilan temuduga tu masa abang gi JK* hantar tender. Interview bulan Februari, tapi offer bulan Ogos. Lamaaa sangat. Masa dapat offer tu aku dah kat Ganu. Punya lah susah nak yakinkan abang supaya terima offer tu. Satu, sebab kami dah nak kawin time tu. Offer untuk tutor tu statusnya sementara. Cam ngeri je bunyik sementara tuh kan. Lepas buat master baru bleh dapat tetap. Dua, masa tu abang keje ngan kontraktor. Ada plak macam2 peluang in future. Tapi, kontraktor, tau je lah kan. Ada projek, ok lah. Kalo takde??? Abang lak cam tak sampai ati nak berenti keje tu. Ape ke he? Siap postponed tarikh lapor diri lagi. Dah tu, tak berani lak nak bagi notis. Last2, bleh plak kasik notis 24 jam. Boleh? Lapor diri 1 September, bagitau bos 30 Ogos. Sukati dier je. Maknanya dah 3 tahun lah abang keje kat ito ek?
Ikut kan dulu abang nak wat master kat U*M sekali ngan Zarafi bulan 12. Tapi masa tu dah tarikh tutup permohonan. Ikutkan sempat je lagi, tapi saje je. Cam awal sangat. Pastu, masa apply intake bulan 7, ito plak suh wat kat dalam je. Lagi lah senang. Takyah nak pindah randah. So, abang masuk bulan 7 sekali ngan Ulin dan Ila masuk U*TM Melaka. Masa tu aku still keje kat Ganu. Yang best nya, masa tu bleh claim ngan Fel*a. 3 orang tu dapat sorang seribu. Abang guna duit tu beli PC.
Masuk hujung tahun, aku dah berbelah bagi. Nak berenti keje (kontrak tamat) atau teruskan dengan status part time gaji dalam 1.6k gitu. Kira tolak campur darab bahagi, lastly aku decided to berenti je. Tak berbaloi penat ulang-alik. Kalau stay kontrak ok lagi. Tapi dengan gaji yang cukup2 tu, baik aku duk rumah. Lagi pon aku ada saving sket, takde lah hidup melarat. Masih bleh tengok estero, layan blogging, bayo kete, makan pakai sumer cukup. Tak usik pon duit saving aku tuh. Setahun terperap sebelum aku buat modal bisnes kecil2an arituh.
Akhirnya, pada hujung tahun lepas, selepas setahun setengah, abang pon berjaya menamatkan pengajiannya. Dan 2 bulan kemudian, dilantik sebagai pensyarah tetap. Memang lah rugi sikit sebab tak dapat kenaikan gred atas kenaikan taraf kepada universiti. Kawan yang convert 6 bulan sebelum tuh dapat naik satu atau dua gred. Rezeki derang...
Gitu lah lebih kurang sejarahnyer. Dah, penat la nak sambung lagi. Tahniah abang!
Aku pon nak berangan gaks hihi
Tuesday, 4 September 2007
MERDEKA PARADE DAN KONVOKESYEN
Hasil karya AyunasiA pada 10:03 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment