Hujung minggu yang lepas aku rasa lebih rileks. Sebabnya, kami boleh berjalan2 satu hari dan dapat juga melepak kat rumah seharian. Sabtu lebih kurang kul 10.30am, kami dah kuar. Memula gi sarap kat simpang rantai. Dah abis laks lontong dier. So aku makan laksa, abang makan soto. Memula ingat laksa Penang, ropanya laksa Johor. I like!!! Soto dier pon not bad. Abis makan, gi Bank Islam, masukkan duit saving. Kekdahnya sekarang nih, kalau boleh semua urusan bank abang nak wat kat sini. Kad kredit pon buat sini punya. Tak dapat lagi kadnya, camno nak isi minyak??? Bank lain pon ada perbankan Islam apa...
Pastu gi kedai benang, anto jahit tepi. Tah kenapa, aku suka sebut kedai tu kedai benang. Padahal dia jual benang dan alat2 jahitan sekali. Hantar 10 pasang, bleh siap kul 6pm nanti. Oh, lupa lak. Sebelum ke BP tu kami gi ambik kain yang dah jahit tepi kat kompleks. Lambat tul. Plak tu ada yang terlepas pandang ke hape tah, dia tak jahit. Pastu part tangan pon dia assume part yang tirus tu hujung tangan. Padahal aku wat baju pesen hujung kembang. So, dia tak jahit hujung2 tangan. Kedekut tul. Dah aku potong tuh, jahit la keliling. Dusy dusy dusy. Kat mana tah dia belajo jahit.
Pastu kami ke Summit. Ada pameran sejarah. Ooo banyak gak info yang aku dapat. Kat situ, beli butang baju Melayu abang ngan CD ayat Al-Quran. Bleh gak aku pasang time balik Mersing pepagi tu kan.
Pastu kami ke rumah pengantin kat Parit Sulung. Katanya dia budak Semejay, junior aku, tapi form 4 lama. Tak kenal pon? Atau muka dia dah berubah kesan teknik solekan yang berkesan? Hihi benonya nama pon aku tak kenal...
Balik tuh, singgah beli kain lagi. Kali ni beli tuk femli plak. Hujan lebat time kat sana. Pas selesai shopping kain, masuk K4, solat kat situ sebelum gi ambik kain jahit tepi. Sibbaik dah siap. Beli benang sekali.
Pastu kami terus ke BPM*ll plak. Kira semua shopping complex kami pergi lah. Kat situ, abang beli sandal. Sandal yang lepas elok lagi, tapi dah ilang sebelah time abang jatuh tu. Oh, kami singgah pasar malam beli kebab. Makan kat situ jugak.
Balik rumah singgah beli mee goreng tak mamak. Ada ke gi kedai mamak tak sebut mee goreng mamak. Harus la dapat mee goreng biasa. Patut tak sedap. Huhuhu.
Hari Ahad, lepak je kat rumah. Tengahari, masak sambal kerang. Sedapnya, dah lama tak makan kerang. Bile ek nak makan kerang goreng??? Erm... Petang, abang Ani datang anak beranak. Saje nak melawat abang. Time abang jatuh tu, kak iza baru bersalin. Baru abis ari minggu lepas. Mohd Rafizi nama baby. Actually dia dah datang rumah Bukit Perdana beberapa hari yang lepas. Dia tak tau kami dah pindah. Huhahuha, lepas Maghrib derang balik. Derang on the way balik Kulai tu.
Seperti biasa, lepas Subuh tadik, aku balik Mersing, 7.45am dah sampai. Ngantuks sket sebab tido lambat. Dah, aku plan nak iron baju, derang lak datang. Dah... tergendala. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.
Ok, masuk part tajuk kat atas tuh. Rupanya ada hikmahnya kami pindah bulan lepas. Kalau ikut plan, nak pindah bulan depan. Antaranya, bulan September ada agenda yang tak memungkinkan kami berpindah-randah. Satu, konvo abang this weekend. Dua, abang telah ditugaskan untuk menggantikan kelas Dr. X di CIA*T Shah Alam selama 4 minggu mulai minggu ini. Ya! Minggu ini! Kelas ni ialah kelas untuk student SLDN. What? Macam ada kena mengena je ngan aku? Ya! Memang ada kena mengena pon. Student tu ialah staf JPK/JTM yang dihantar oleh JPK melanjutkan pelajaran dan akan menjadi pengajar SLDN. Macam tak percaya, pusing2 kat situ jugak. Asalnya kelas derang ni kat UT*M jek, tapi agaknya derang nak senang kot, takyah turun kampus, belajo kat CIA*T jek. Anyway, tak kisah ler. Janji masyukkk. Rezeki...
So, kelas abang setiap Jumaat dan Sabtu. Jumaat kan hari kerja? Ya, sebab itulah Dr. X suh abang gantikan dia sebab dia kan KJ. Mana bleh tinggalkan anak buah selalu sangat. Anak buah tinggalkan dia, takpe. Ekekek. Kalau ikut jadual, Jumaat nih dah ada kelas, tapi mungkin Sabtu je kot sebab, kan Hari Merdeka Jumaat nih? Gilo ko opo, buat kelas ari merdeka? Tapi tak tau lah kalau dia suh gak. Erk... tripple pay claim bleh ek??? So, plannya, kalau ada kelas Jumaat tu, Subuh lah baru bertolak. Kalau takde, pagi Jumaat pon ok. Nak stay mana? Untuk minggu nih, maybe umah abang TP kot. Next time, maybe leh duk hotel jek, sebab abang sensorang jek. Minggu ni aku nak ikotttttttttttttttt. Hehehe. Lagi pon kami lom open table lagi ngan abang TP. So, sedia kan perottt ek? Tak pon, abang leh tumpang je umah kawan dia kat depan CIA*T tuh. Makanya, minggu depan kena lah aku bawak Kancil. Huaaa…
Monday, 27 August 2007
SEMUA KAN ADA HIKMAHNYA...
Hasil karya AyunasiA pada 9:51 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment