Minggu lepas aku tersangat la asyik (preoccupied ek?) menjahit langsir rumah sewa baruku. Asal ada masa terluang jek, aku mengadap mesin tu. Sampai ada satu hari tu, malam2 kul 10pm pon aku menjahit, Memula mesin tu berbuyik nyaring ya ampun. Lelama dia slow jek. Ok lah, aku dah tanya jiran bawah umah, dia kata takde dengar eʼapa pon. Memula aku tanya dia, ada bunyik bising tak malam tadik? Dia dah saspen je, ingat ada ʼgangguanʼ ke hape. Ropanya bunyik bising mesin jahit jek. So, lega lah, tak ganggu jiran2. Housemate pon tak cakap apa. Kalau dia cakap pon, aku dah beritau eʼaawal, aku tengah menjahit. Hopefully dia paham ler sebab pasni aku nak menjahit baju laks. Hua!!! Nak nangis rasanya. Setakat nih ada 8 pasang nak kena jahit. Baju aku nak pakai konvo abang pon lum potong lagi. Huargh!!! Tolong! Gaya macam malam raya lak, dah tak sempat nak jahit. Padahal puasa pon belum. Masaelahnya yang menempah tu ada yang nak pakai sebelum raya. Camno?
Opsss! Ini rumah kuarters kat Mersing
Hari Jumaat, aku balik BP cam biasa. Derang ajak gi lawatan ke PC Fair JB esok tu. Siap ugut tak nak terampil kan aku sebab lawatan tu salah satu dalam silibus SKM, kena wat report lagik. Ah! Persetankan semua tuh. Chewah! Yang penting aku ada tanggungjawab kepada suami ku itu. Sian dia, makan pakai tak terurus. Hihihi macam bagus je. Padahal baju yang aku bawak balik tu pun dia yang tolong masukkan dalam mesin. Hihihi. Thank you abang...
Sampai kul 7.10pm. Lepas Maghrib, gi kuar makan kat kompleks. Hehehe ingat Shah Alam je ada kompleks, Parit Raja pon ada. Tapi yang ni kompleks niaga, tempat makan2 dan ada kedai jahit dan macam2 lah. Malam tu jugak memasang langsir baru. Semangat tul. Tu pon singkat sikit, kurang 2 inci kat bawah. Tapi bleh kasik labuh kalau nak sebab aku lipat bawah tu dekat 5 inci. Tapi buat masa ni aku tengok ok jek, tak lah tergantung ke hape. Tapi day curtain tak siap lagi time tuh. Ok lah, kalau ikut mata aku, memang cantik ler. Sape lagi nak puji kan...
Ini ler langsir yang aku kerjakan tuh
Esok pepagi, abang dah gi ADTE* Batu Pahat, ada kursus solat anjuran kawan Bukit Perdana. Lawyer cum businessman. Oleh sebab bayarannya RM80 seorang, aku suh abang gi sorang. Balik nanti abang ajar lah ayang pulak ek? Free je kan? Memang tu pun tugas seorang suami kan? Hehehe ayat alasan takmo gi. Pepagi cenggitu, aku baru nak rilex hujung minggu. Lagi pun nak kemas pinggan mangkuk dalam kabinet baru. Yeay!
Lepas abang pegi, aku pun siap2, nak gi pos kain. Sebelum sampai pejabat pos tu, aku singgah kedai jap, nak beli lauk. Maka aku singgah Rahim Segar dan beli udang yang besar dan murah! Beli kailan ngan bebawang sekali. Lada kering pun kena beli yang baru sebab aritu aku beli, terus tak duk rumah (baca:tak masak). Dah rasa pahit kata mak.
Pas pos kain, aku terus balik. Bermula lah kerja menyusun gelas2 dan cawan2 ke dalam almari tuh. Rimas aku tengok kotak2 tu dalam stor. Dah duk dalam lemari baru lapang pandangan ku. Banyak gak set cawan ngan gelas aku. Tu pun aku ada kuarkan sikit time open house tahun lepas. Tak masuk yang aku dah sedekah kan tu. Eh, best lak mengingatkan open house tahun lepas. Tahun nih nak buat lagi lah, kalau sempat. Kena mintak cuti Jumaat ngan Isnin tu kalau nak buat weekend. Bukan jemput kawan aku pon. Kawan abang je pon. Tak tau ler kalau kawan2 aku nak datang ker. Mana aku ada kawan kat BP tuh? Kawan blogger ada lah. Hehehe tu pun tak pernah jumpa. Tapi kalau nak tau, aku bukan geti masak pon. Main hantam je. Tu pun berani bagi orang makan. Hihihi. Apa rasa tah kan? Yang penting niat kan? Hihihi puasa pon lum dah cite raya laks.
Kabinet ni ler. Aku kenan yang 6 kaki nyer, simetri design nyer. Aku suka benda yang simetri. Tapi ruang lak tak muat, terpaksa beli yang 5 kakinyer jek
Siap kemas kat dapur, aku sapu, mop segala, dah pukul 3pm. Hah! Makan pun tidak, hape pon tidak, pre occupied sangat. Hehe mimpi apa aku terpengaruh ngan iklan yang dah lama nih?
Siap semua, akupon melepak depan tv tengok ulangan FFM20, sambil kopek udang. Puas ati tul dapat udang beso2 camnih. Tapi tak lah sama ngan udang yang abang Epet tangkap kat laut tuh. Lagi besooo...
Tetiba ada orang ketuk pintu. Aiyok? Aku tak mangga pagar ke? Pagi tadik ada orang datang gak, nak betulkan tombol pintu toilet. Tapi aku tak kasik masuk, dia pon balik. Bulan depan baru dia leh datang lagi. Ropanya In datang ngan Ila. Dia panjat pagar. Ooo baru ingat, abang cakap In nak datang urusan motor yang accident tuh. Al-maklum ler, motor tu pon nama In.
Petang tu jugak aku masak udang sambal. Nyum nyum sedapnya. Elok ler sangat, aku pon beli udang tu dekat sekilo. Bleh terus perabis. Dekat kul 7pm baru abang abis kursus tuh. Kul 8 baru abang sampai. Sempat Maghrib kat masjid dulu tu. Pas abang mandi, kami pun makan. Memang best sebab dah lama tak makan masakan ku. Lebih tepat lagi dah lama tak makan udang. Kafe kat sini asik masak ayam jek. Ikan pun jarang ada. Kalau ada pon ikan kembung beso tapak kaki bayi umur 1 ari. Malam tu aku sambung jahit day curtain lak. Yang nih elok rap-rap je panjang dia. So, dah tau lah, lain kali jahit panjang dia 110 inci, bukan 108 inci, okeh?
Esok pepagi dah siap2 nak gi bandar. Mula ingat, mana ada bank bukak ari Ahad kan? Ropanya Amb*nk bukak ari ni, Sabtu dia off. Sebelum tu kami kuar sarap dulu kat kompleks lagi. Kata abang kat situ lontong paling fofular kat sini. Boleh la. Dia ada macam2 lauk. Aku makan yang campur punya. Ada hati, limpa, sotong, daging rendang (sedap!). Tapi sedap lagi lontong kat simpang rantai tuh.
Sampai kat bank, ya ampun!!! Ramainya mat bang dan yang sewaktu dengannya. Derang baru gaji kot. Berduyun2 duk kat koridor tu macam mat bang. Eh, memang mat bang pon kan? Hehehe. Huhahuha, takleh settle pon, Membazir je In datang. Huh! Pastu singgah kedai barang plastik kat sebelah tu. Masa baru2 kawin dulu, aku gi sini lah beli barang dapur; lesung, tudung saji, tapis pinggan, bakul kain, tong air dan macam2 lagi lah. Kali ni beli baldi, gayung dll.
Pastu singgah Cosplus (ek? ke tak ingat nama dia, tapi kedai aksessori kete la) survey cermin reverse ngan kangaroo bar. Takde lak cermin tu kaler hijau. Kalau nak kena sembur dan harga nya jadik double. Gilo ko opo? Kangaroo bar lak dia kata tak sesuai kalau pasang kat AH baru sebab AH dah ada skirting. Tak cantik kalau letak bar tuh. Masaelahnya bukan cantik ke tak cantik. Masaelah nya nak melindungi skirt tu dari disagat divider atau eʼapa lah. Nampak gayanya aku kena berhati2 extra di jalan raya. Opsss kat jalan raya tak bahaya sangat. Yang bahaya kat parking lot kuarters nih. Banyak sangat dividernya. Huargh!!!. Ada tak cermin depan lak cam kat bas tu? Boleh nampak depan pulak.
Pastu gi Brothers pulak. Pun takde benda yang di carik. Takde jual ke benda tuh? Aku nak sun screen untuk cermin depan AH yang macam kancil aku punya tu. Ramai yang cemburu dengan screen aku tuh tau. Screen tu materialnya cam payung color silver. Sangat melindungi cermin dan dalaman kete anda dari terik mentari.
Pas gagal mendapat apa yang dicari, kami pon pergi BP Mall. Ada promo Pengguna Bijak. Dapat T-shirt. Ada Fara Wahida, nyanyi dangdut lagi! Pas shopping barang sket, kami makan P. Kenyang sungguh. Pas makan, balik. Sampai umah dah dekat kul 4pm. Oh ya, aku tak balik Mersing petang tu. Balik esok pepagi. Lepas Maghrib, Ila n In balik. Kami kuar makan lagi. Ikut kan perut aku masih full, tapi abang lak lapo. Pas makan, sempat aku menyiapkan langsir. Kul 12 gak aku tido. Esok pepagi nak bangun kul 5 tuh.
Kul 5.35 aku dah bergerak dari rumah. Alhmdulillah, tak banyak kenderaan. Cuma jalan agak berkabus. Dah le fog lamp pun aku tak geti nka on kan. Aritu baca manual, tapi abaikan je, konon tak guna lah lampu tu. Siap kena pasang high beam lagi. Klao tak memang tak nampak jalan. Sampai ILP baru kul 7.20am. Office pun tak bukak lagi. Tunggu jap kat luar sebab aku takde access card. Pas punch, balik umah jap, anto barang, kendian sempat tengok TV lagi. Tepat kul 8am baru aku menapak ke bengkel. Ngantukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!
Office ku di bengkel telekomunikasi
Wednesday, 15 August 2007
PRE-OCCUPIED
Hasil karya AyunasiA pada 8:59 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
gagah sungguh.. tidur kul 12++, kul 5am dah bangun n drive balik Mersing.....
Wahhhh dah banyak tempahan eik.. Kesian Asiah.. Harap sempat siap semuanya..
Post a Comment