Minggu lepas terasa pendek. Hari Rabu, abang datang Mersing naik bas. Dari Parit Raja naik bas lompat. Kendian naik bas ekspres S&S. Untuk rekod, bas tu ada kul 10.30am ngan 3.30pm je tiap ari. Bas dari KL, singgah Kluang. Macam bas Kota gak la, biasa singgah Kluang ambik orang gi KL. Bile ek kali terakhir aku naik bas KL-Kota? Erm... sejak grad dah takde kot.
Abang sampai betul2 waktu aku abis kerja. So, lepas punch, aku terus jemput abang kat bus express stand (ada ke?) kat tepi pantai tuh. Erm.... masa rombongan gi Air Papan form 3 dulu, kitorang singgah sini gak sebelum balik. Tapi masa tu lum couple lagi hek hek. Kendian kitorang gi Giant kecik sebelum ke rumah abang Epet. Beli longan gak seploh hengget. Nape longan kat sini kecik ek? Aritu beli kat BP beso2 belaka.
Esoknya abang hantar gi keje. Terhad sikit pergerakan aku. Tapi oleh sebab ada training, makan sponsored, tumpang2 member je lah. Kalau makan sendiri2, maunya aku tak naik cafe tuh. Balik keje, terus gi rumah mak long. Memang abang Epet pun nak ke sana. Hehehe nak harap aku gi sensorang, entah bile gaknya. Balik sebelum Maghrib.
Esoknya lagi, abang hantar lagi. Sama je lah rutin aku 2 hari tu. Petang, lepas solat, tunggu abang jemput. Lambat pulak. Sempat isi minyak plak. Kul 5.15pm, kami bergerak ke BP. Kali ni lalu Jemaluang. Bagusnya lalu sini, 30 minit dah sampai. Kalau lalu Nitar 45 minit. Cuma keadaan fizikal jalan je lah yang kureng. Tapi kalo hala ke Kluang, jalannya ok sket banding hala ke Mersing.
Lebih kurang kul 7pm, kami pon sampai. Oleh sebab kak Ani dah bekal kan lauk sambal udang, aku masak nasik jek. Esok pepagi abang gi beli lauk. Udang (again?). Tengah masak2, Ulin lak datang. Ler... datang takmo cakap. Dah aku masak sikit jek. Takleh la nak makan bebanyak. Huh! Nak kena budak nih! Petang, aku keje memotong kain je sampai malam. Tapi Cuma 5 pasang je sempat dipotong. Sungguh tak produktif kan? Petang tu sambil2 tengok badminton semi final. Buat sakit perut aku je tengok game cenggitu. Tapi hampa keciwa, takde masuk final pon. Bagus gak, bleh jenjalan esok. Hehehe.
Esok pagi, time anto Ulin, abang beli sarapan. Gemuk ar aku cenggini, malas masak! Pas sarap, siap2, kami kuar ke BP. Pergi tu tanpa matlamat apa2 pon. Pergi je, sampai sana tau lah nak belanja apa. Memula gi Summit. Kononnya abang nak beli jeans. Ceh! Akhirnya aku yang membeli jeans. Kendian gi Nagoya, beli pengikat langsir. Ngan kain satin nak top up kepala langsir. Memula ingat nak masuk K-box, sekali tengok rate weekend nya tak berbaloi laks. Lain kali lah. Lenkali pegi b4 kul 2pm, murah sikit. Gian lak dah lama tak melalak. Kali terakhir masa team building arituh. Tak lah lama sangat. Hehehe. Kendian jenjalan gi One Stop, nak beli bendera, terbeli dulang ngan bakul. Masuk kedai tengok beg, terbeli baju. Boleh? Pastu dah tak mo masuk kedai mana2 lagi dah. Nahi nahi!
Akhir sekali masuk The St*re beli barang dapur sket. Dah lama rasanya tak beli barang dapur nih. Mana taknya, duk umah pun sekejap2, tak luak pon. Selesai kat Summit, kami bergerak ke K4 pulak. Tapi tak masuk K4 pun. Masuk Prim* Moda jek. Pusing punya pusing, akhirnya kami keluar dengan 4 pasang kain. Yeay! Dah ada baju raya lah ni kiranya. Suka! Bile lah nak jahitnya tuh. Setakat nih dah kumpul 7 pasang. Tu pun rasa tak puas lagi. Boros? Takde la... aku beli yang doploh hengget sepasang jek. Nak berapa pasang da... Ala, aku beli baju bukan selalu. Baju raya sekejap jek, pastu jadik baju keje. Eh, bukan masa nak start keje aritu aku dah buat 4 pasang ke? Ekekek.
Pas tu konon nak makan beriani Super, sekalinya tutup pulak kedainya sebab derang buat katering. Cuti sekolah kan... So, balik makan kat mamak je lah. Beli longan lagi. Beso2. Sambil tengok badminton final, Lin Dan menewaskan Sony. Tak suka Lin Dan, tapi sebab Sony dah kalahkan Malaysian, sokong Lin Dan lah. Kata Taufik, Lin Dan nih kerek sikit orangnya. Memang pon. Muka takde ekspresi. Suka2 aku je ngata orang. Hihihi.
Sampai rumah dah kul 5pm lebih. Malam tido awal. Kul 11pm awal tak? Boleh lah... Bangun kul 5am, bertolak kul 6am. Sampai simpang Nitar dah 7.15am. Kalo masuk Nitar confirm mencecet aku nak kejo punch card. So, aku terus ke Jemaluang. Takpe lah jalan mencabar sket, janji sampai awal. Punch kul 7.45am. Ini sudah bagus! Kul 10am, ikut derang gi site survey. Sempat lah masuk T*nas Manja ngan lunch sekali. Tengahari dah takyah makan lagi, bleh tido. Tapi hari ni taklah ngantuk sangat macam last week. Sekarang pun masih segar lagi.
Monday, 20 August 2007
SHOPPING SKET....
Hasil karya AyunasiA pada 3:41 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment