Minggu lepas, selepas exam, aku mula tune untuk start buat SKM. Pengajar tu kata, takyah buat amali, buat test ngan exam je nanti. Ngan buat report. Kelmarin, aku mintak kertas assignment untuk dibuat supaya aku boleh penuhkan portfolio aku nanti. Dah siap, tinggal nak hantar jek. Dan dia tanda.
Hujung minggu lepas, aktiviti agak padat. Still, mengemas rumah. Sabtu pagi pagi lagi, kami dah ke bandar, hantar servis kete baru 1000km. Mujur ada voucher. Appointment pukul 9am, tapi pukul 1 baru siap. Tu pun puas lah kami mengukur BP Mall tu. Juga sempat beli kabinet dapur. Aik? Kami berjalan kaki ke kedai perabot di depan Projet, sebelah Al-Ikhsan. Masa tengah jalan tu, sempat lah bernostalgia, terasa macam jenjalan kat KL zaman bercinta dulu lak. Berlari-lari melintas jalan. Hihihi puas dah berdating dulu. Naik bas dari Bangkok Bank ke Lot 10. Jalan kaki dari bus stand Klang ke Sogo tu dah biasa sangat dah. Dulu mana ada lagi LRT. Time zaman LRT, kami dah duk Shah Alam. Pernah sekali kami pergi KL naik bas 222, tinggalkan motor kat umah kawan kat seksyen 2. Sebabnya, aku teringin naik bas tu sebab dah lama asik naik motor jek. Motor yang abang eksiden arituh lah, motor mana lagi. Banyak jasa motor tu. Selalu hantar aku g kelas kat INTE*MA Resort, kat stadium. Sebenarnya patut lebih berterima kasih pada jasa abang yang membawak motor tu. Bukan motor tu bleh jalan sendiri kan? Time kasih abang! ( Walau pun abang selalu lupa nak anto ayang gi kelas, sebalik nya pegi Alam Sentral main boling) Eh, apa aku merepek bernostalgia lak nih?
Balik ke hari Sabtu lepas. Lepas kete siap, kami gi makan. Sekali lagi makan beriani super. Kolesterol kolesterol. Abis, abang cakap, kalau nak makan apa2, cakap jek. Tak macam dulu lagi. Nak makan yang best2, kena kira bajet dulu. Tak lah mahal sangat macam makan kat TCRS tuh. Daripada makan situ, baik makan kat P. Lagi sedap dan mengenyangkan, siap bleh tapau2 lagi dengan harga yang sama. Oh, kami kalau nak makan kat fast food restaurant, cukup menyebut pangkal huruf je, dah faham dah. Contoh, macam P, M, K, S. Oh, S tu bukan Sushi, tapi Sup Sitam! Bukan fast food tapi kira makan luar ler tu.
Lepas makan, kami gi card sale di TS Jalan Rogayah. Ramai giler. Dan banyak barang yang nak dibeli dah habis. Tu lah! Lambat lagi. Sebelum balik, singgah kedai benang, beli alat jahitan. Eh, terbalik. Kedai alat jahitan, beli benang. Balik, tengah solat, tuan-puan rumah datang ngan tukang ukur rel. Aku sempat ngintai, tak nampak lak feremfuan itu. Nampak laki dia je. Berjambang. Aku siap solat, dia pun dah balik. Bagus. Malas aku nak jumpa. Impression terhadap dia dan reputasi dia dah zero.
Kemudian, tido. Ya, tido. Penat betul berjalan dari pagi. Lepas Isyak, kuar makan kat kedai berhampiran. Boleh lah tahan. Balik tu mula menjahit. Oh, lupa, hari Jumaat malam tu aku dah potong langsir. Balik malam tu tak kuar makan sebab aku dah tapau banyak sempena meraikan perpisahan staf. Roti jala dan mihun singapore. TV masih lum ada estero channel. Maka, aku menjahit, abang tengok LOTR. Untuk kali ke berapa tah.
Ahad pagi kemas rumah jek. Petang, balik Mersing, terus ke rumah abang Epet. Nak isi minyak, stesen minyak pun kontang macam tangki kete ku jua. Esok pagi nak isi, lori tangki minyak masih lum sampai. Semalam petang, terpaksa gi bandar semata-mata nak isi minyak. Huh!
Lanjutan dari kisah makcik ’gersang’ itu. Semalam abang bagi SMS mengatakan ketidak selesaan aku terhadap panggilan dan SMS nya tak kira masa itu. Sebelum itu, banyak call dan SMS dia tak berjawab oleh abang. Merajuk ke? Dah mula keje ke? Gi mana? Hello! Akupun tak busy body cenggitu ngan suamiku itu. Sukati lah dia nak gi mana kan? Dah tentu lah banyak keje kalau bekerja. Bukan cam suami akak. Tau lah laki dia tak keje, dan dia takleh nak tanya semua tu (soalan sedemikian) kat laki dia. So, what? Nak tanya2 suami orang pulak? Jaga tepi kain sendiri sudah lah makcik... Hehehe Jahat tak aku, nak panggil dia makcik. Hehehe. Biar dia terasa tua sket.
Selepas itu, dah takde dah dia call dan SMS. Kata abang. Kalau ada pun, mesti abang dah delete, tak kasi aku baca. Kalo aku baca, harus macam2 spekulasi yang aku buat. Kalau suh aku yang sound, nak aje aku cakap gini,
” Tuan rumah lama saya baru je meninggal tiba-tiba. Dan isteri dia maintain jek, takde pun call2 atau SMS suami saya mintak simpati. Laki akak tu masih idup sihat walafiat lagi, jaga la bebaik. Takyah nak mengadu domba pada suami orang kalau tak dapat...”
”Huh! Brutal nya isteri ku,” kata abang.
Wednesday, 8 August 2007
TIADA
Hasil karya AyunasiA pada 12:37 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment