Pertamanya nak memaklumkan bahawa sesiapa yang bagi komen tu, sila rujuk komen haloscan untuk baca respon dari saya sebab blogger kena blog sekali ngan komen blogger sekali. Harap maklum.
Lega rasanya bila dah selesai exam. Punya lah lama tak ambik exam. Selalu jaga exam je. Ni kena rasa debaran cam dolu2 lagi. Memang keje gomen banyak exam la kan...
Ari Selasa, aku bertolak dari sini kul 11.45am. Lepas punch, aku terus berderas balik cau cin cau. Sampai umah lebih kurang kul 2pm, abang lum sampai. Aku ada kunci mangga pagar je lak tu. Tak lama abang pun balik. Abang gi hospital wat fisioterapi ngan buat macam2 urusan bank lah.
Lepas solat semua, kami pun bertolak, lebih kurang kul 3pm gitu lah. Gi makan dulu kat Beriani Super. Yummy! Sedap nya. Rasanya antara 3 kedai yang aku try, (Md Shah, Power ngan Super) Super ni yang paling kena ngan tekak aku. Yang lain sedap tapi ni yang superb la. Harga dia pun tengah2 antara 3 tuh. Tengah makan, jumpa kawan2 abang makan kat situ. Kawan Bukit Perdana ngan kawan UTHM. Dapat jemputan kawin lagi 19hb ni. Best2. Kawan UTHM tu kawan abang masa buat master tapi dia Mechy. Mesti geng husband Kak Ajzie.
Masa kami nak kuar kedai tu, kawan ni siap leh tanya abang, bile majlis? Erk... Selalu gak dapat soalan cepu emas cenggini. Abis, orang tengok abang macam budak2 jek.
Pas tu gi singgah Poslaju jap, pos kain. Kendian kami terus jalan lalu Tongkang Pecah-Pagoh. Kuar tol Pagoh, berenti solat kat R&R Seremban. Sebelum singgah tu tuan rumah call, mengingatkan suh solat. Dalam hati, bagus nyer... Tapi,... (aku cite nanti)
Lepas solat, kaki abang sakit lak. Mana taknya, dah lama tak bengkok kaki. Konon nak rilex la bawak kete auto kan. Dah aku yang kena sambung drive. Tapi tak jauh dah. Masuk tol Nilai, memula nak ambik Ngah, sekali dia tak abis keje lagi. Terus gi Nilai 3 sebelum sampai umah Ngah.
Sempat masuk 2-3 kedai je, dah kul 7.30pm. Postponed la pembelian. Sampai2 je, terus solat dan mandi. Tak lama Ngah balik. Pastu kami kuar makan. Pegi Kajang sebab kak Ngah lum balik keje lagi. Closing arinih, banyak lah keje...
Kami makan kat Restoran Malee Seafood. Order set RM76 untuk 7 orang. Macam2 ada. Siakap sweet sour, kerabu mangga, kailan, daging merah, tomyam dll termasuk satu menu yang tak tau namanya tapi sedap banget! Sangat berbaloi dan boleh makan untuk 10 orang sebenonya. Balik terus tido.
Eh, sebelum tido. Masa abang tengah mandi, dapat SMS dari tuan (puan sebenarnya) rumah. SMS kepada henfon abang ler. Dia takde nombor aku. SMS itu telah membawa masalah kepada aku dan most probably kami dan menyebabkan aku diselubungi misteri. Ngeri pun ada.
Ok, gini lebih kurang bunyi SMS nya:
”hirul, bila saya memerlukan *** dia tak beri, pegang tak boleh, peluk tak boleh, apa lah nasib saya hirul”
Dan apa yang mampu aku buat? Aku terus berlari mengetuk pintu bilik air.
Abang!!! Apa ni???
Selesai mandi, aku pun tanya abang, apa sebenarnya. Mengikut cite abang yang aku faham dan tafsirkan:
Sejak pindah 2-3 hari ni, akak tak sedo diri tu selalu call abang. Dia cite masalah rumah tangga dia. Husband dia ada gelfren, pastu cam kena guna2. Dah berubat bagai, tapi masih gitu. Nak kata dia nak kawin ngan pempuan tu pun, tak jugak. Masaelahnya, yang dia pegi cite kat laki aku tu apa kejadahnya??? Dah takde ke pempuan ke, sedara mara ke, kakak ke, jiran sebelah rumah ke?
Ok, kenapa dia luahkan pada abang? Dia cakap, dia tengok abang ni jenis baik, berilmu. Kepala hotak dia! FYI, akak ni laki bini jenis pakai tudung labuh pakai kopiah. Bila abang tak balas SMS, dia call. Gilo ko opo pempuan nih? Psycho giler...
Persoalannya ialah, apa haarus kami buat? Dah lah baru pindah umah dia, takkan nak pindah lagik??? Huargh!!!
Dah malam sikt, dia bagi SMS lagi, lebih kurang gini:
”maaf hirul sebab bagitau macam ni. tapi dah marah sangat hati ni.”
Eee loya tekak aku mengingatkan.
Esoknya, aku bangun kul 6.15am. Siap2 segala, kul 7am dah bertolak. Awalnya... awal sebab dah janji ngan Kak Sya kul 8am. Yeay! Aku order chicken pie ngan fruit tart ngan Kak Sya. Dah lama teringin nak cuba, akhirnya dapat gak. Memula ingat nak lalu dalam je. Sekali masa nak belok ke Bangi tu, banyak lak kete belok ke sana, jadi kami belok kiri, ke tol Bukit Mahkota. Kuar tol Bangi, terus ke Serdang. Berenti kat BHP depan Minlon. Tak lama Kak Sya pun sampai. Huhahuha (pendek je huha sebab sekejap je jumpa tu) kami pun terus ke bangunan Sapura. Sampai situ baru kul 8.30am. Awal bebeno. Sempat makan chicken pie itu. Nyum nyum...
Pastu aku pun pegi exam. Gedebuk gedebak, aku kuar awal gak la, kul 11.45am. Patut 12.30pm. Pastu terus gi Putrajaya, anto kain kat Yayasan Kepimpinan Perdana. Maka, harini aku jumpa 2 orang baru (tak termasuk ramai orang dalam dewan exam la). Dan kedua-duanya mengucapkan ayat yang sama iaitu
”Oh, kecik je orangnya”
Sebenonya aku dah lama musykil.Tapi sejak dari kursus team building, kursus SLDN semua cakap aku paling kecik sekali dalam group tu. Padahal aku tengok ada sorang tu lagi kecik dan kurus. Aku selalu sambil jalan tu, tengok bawah, memang lah rasa dekat je kaki tu. Tapi, takkan lah kecik sangat. Hmmm sukati lah...
Ok, lepas anto kain tu, kami terus ke Nilai lalu KLIA. Dah lama tak lalu situ, abang pun ingat2 lupa. Terus pegi Nilai Square. Masuk 2 kedai je. Kedai pertama tu memang baaaaanyak day curtain yang ikut spec aku. So, kami gi carik night curtain dulu. Gi kedai lagi satu. Huhahuha, kami pun beli night curtain yang cantikkk (bagi aku lah) dengan konsep English style colour purple. Cite punya cite, rupanya kedai tu cawangan dari Batu Pahat, depan The Store Rogayah, sebelah kedai kek hujung tu. La… lain kali dia suh gi kedai kat BP mintak diskaun ngan abang dia kat sana, tunjuk kad dia. Menurut cite dia, harga kedai dia memang murah. Kalau orang datang tanya, selalunya mesti datang betul2 nak beli sebab harga dia leh turun banyak sangat sebab kedai tu abang dia punya. Kalau kedai lain selalunya supervisor yang jaga, so harga tauke beso dah tetapkan. Supervisor tu ikut je. Kata dia... Kedai tu pun baru bukak 2 bulan. Before, dia ada kedai kat Semerah, tapi
dah terbakar. Bagi aku cantik la langsir tu. Tunggu dah siap pasang nanti baru aku ambik gambonye ek. Kendian patah balik kedai pertama untuk beli day curtain. Suka!
Pastu kami pun balik. Kuar tol Nilai, masuk tol Yong Peng. Singgah solat kat R&R Seremban. Lalu Parit Yaani-Seri Bengkal. Dekat jek lalu situ. Lain kali boleh la lalu situ jek. Sampai rumah dekat2 kul 6pm gitu. Lepak2 kejap, kendian aku sapu dan mop lagi seround. Lepas maghrib pergi ambik baju abang. Baju konvo dan baju raya! Very the advance. Saje aku suh buat awal2, takyah pikir tak siap lak nanti. Kebetulan kainnya dah ada. Itulah kain pasang terakhir hasil dari hadiah kawin kami. Ingat tahun depan dah takyah buat sepasang, buat baju je, sekali aritu Kak Jamilah kasik lagi sepasang. Buat baju raya tahun depan le jawabnya.
Pastu gi kedai henfon. Entah kenapa, baru beli henfon ari Sabtu, dah takleh dengar guna earpiece. Rupanya ada trick sket. Ok je benonya. Kebetulan ada kedai makan lak dekat kedai henfon tu, terus singgah makan situ. Aku makan mi goreng, abang kuetiaw goreng. Boleh tahan, sedap. Ni kedai makan Parit Raja pertama yang kami pergi malam2. Pasni memang selalu lah. At least setiap Jumaat, hari aku balik. Tak larat ar nak masak...
Balik makan dah kul 10 lebih. Selongkar2 stor, carik pemijak mesin jahit, tak jumpa pon. Camne nak mula jahit nih? Weekend ni lah carik lagi. Plan nak potong je dulu. Langsir pulak nak jahit sliding door ngan tingkap bilik kami dulu je. Yang lain boleh pakai yang lama dulu. Raya sok boleh lah tukar yang baru.
Pagi tadik, bangun kul 5am, sahur chicken pie Kak Sya pulak. Kul 6.10am aku pun gerak. Kalau ikut biasa/logik memang tak sempat sampai sebelum kul 8. Tapi aku berjaya sampai dan punch tepat jam 8am! Bravo!!!
Opsss! Cite puan rumah ku itu tidak tamat di situ. Masa abang tunggu aku exam, dia SMS dengan menggunakan kata ganti nama ”SAYANG” kat suami ku itu. Memang gilo meroyan la pempuan nih. Kemudian masa kami on the way ke Nilai, dia tefon berkali2, akhirnya abang angkat dan dia memanggil suami ku itu ”SAYANG” juga!!! Memang dah buang tebiat agaknya!!! Tolong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bantuan khidmat nasihat sangat dialu-alukan!!!
____________________________________________________________________________________
Thursday, 2 August 2007
MISTERI DAN MACAM-MACAM LAGI
Hasil karya AyunasiA pada 4:02 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment