Sayang Lagi Tak?
Hahaha, ini lah salah satu benda baru dalam hidup ku yang aku war-war kan minggu lepas. Yayu mesti bengkek ngan aku sebab tak bagitau dia dari mula. Huhuhu. Sebenonya 2 minggu lepas, Yayu ada call aku, bagitau Toyota ada promosi merdeka. Bleh dapat TV 32 inci kalo beli benda alah ni, atau rebet downpayment. Masa tu kononnya kami takmo lah pikir lagi pasal beli kete sebab In dah kasik pinjam kete dia. Tapi, dalam pada takmo pegi tu, kami gi jugak lah. Ngah pon cakap, downpayment 3+++ je. Kalo gitu, sekarang jugak kami bleh beli. Ropanya 3+++ tu kalo loan Bank Rakyat, bank pilihan anda!
So, hari Sabtu yang kami jumpa Yana kat BP Mall tu, sebenonya lepas anto In ke bus stand, kami terus ke Wisma Supreme. Jumpa ngan Sean, yang dah lama asik SMS, tanya dah beli kete lum. Hehehe sejak test drive lamaaaaaaaaaa dulu tu. Huhahuha, akhirnya kami ambik keputusan untuk booking. Dan kami akan ’dapat’ TV Plasma 32 inci Sharp in 2 months time, yeay! Opsss tu lain citenya. Ada cite gak tu. Tapi biarlah rahsia. Orang terdekat jek leh tau. Hihihi.
Masa kat situ, jumpa ngan manager dia, orang Bukit Perdana gak. So, abang kenal lah. Sape ke nama dia... ermmm Encik Ibrahim kot. (He bang?) . Masa ambik kete tu, manager ni melahirkan rasa terkilannya sebab kami tak deal ngan salesman Melayu dia, ada 2 orang. Abis, masa kitorang datang, takde pun mamat Melayu tuh? Lagi pun kalo ada promotion ke hape, kat BP Mall ke, Summit ke, mesti mamat Sean tu yang ada. Setahu aku benda2 tu (promotion kat shopping complex) inisiatif salesman sendiri kan? Ke, branch tu yang hantar? Kalo branch tu nyer promotion, nape dia sebagai manager tak hantar bangsa dia sendiri, kan? Tapi kalau salesman nyer inisiatif, maknanya yang Melayu tu takmo melabur la...
Sepatutnya Jumaat minggu lepas-lepas kami dah boleh ambik kete. Tapi bila pikir2 balik, kalau boleh nak bayar installment tu lepas tarikh gaji lah kan. Takyah kena interest ke hape kalo lambat. So, kami suh Sean uruskan slow and steady jek. 25hb baru gi register pon takpe. Isnin tu, Maybank dah call, tanya referee bagai. Insya Allah senang je sebab abang lum ada apa2 loan bank dan credit card clear.
Dalam masa seminggu tu, kami masih duk memikir, samada nak beli nombor ke, atau nak mintak tolong Kak Pah (sepupu abang nyer wife yang keje JPJ Muo) dapatkan running number. Bila pikir2, setakat nih, Ngah je yang yo yo o nak pilih nombor ni. Sanggup datang Muo semata2 nak nombor cantik. Memula beli motor sendiri, pastu baru2 ni Ngah beli motor lagi untuk taska dia, siap tukar ngan AB dia lagi. Yang jadik persoalannya, adik beradik sepupu tu, takde lah pulak sibuk2 nak ambik nombor segala. Tapi kan derang jarang beli kenderaan. Pastu, pikir lagi, Ngah memang la rapat ngan sepupu tu sebab masa kecik derang berkawan, baya2 gitu la. Segan benonya. Ngah lak cakap, takyah pikir apa orang nak cakap. Hehehe. Akhirnya, kami decided (pada waktu tu) untuk pasrah pada apa juga nombor yang kami dapat. Boleh gitu? Hihihi macam buat keputusan apa jek ek...
Tetiba, hari Khamis, abang bitau, loan dah approved, tinggal nak sign agreement dan register JPJ. Time tu dah jadik lalang balik dah. Tetiba dah tak segan lak nak mintak tolong Kak Pah (tah pa pe lah abang tu kan?). So, abang pon tefon Kak Pah and dia pass ke kawan dia yang keje JPJ BP lak. Kisah selepas tu, takyah cite lah. Macam2 la suami ku itu..
Selasa lepas, selesai lah semua urusan. Petang tu Sean dah call, suh ambik kete. Wah! Excited? Excited! Pastu abang tanya, dah tinted lum? Aiyaaa! dia buat2 lupa la pulak. Dia dah janji nak tinted, lagi buat2 terkejut. Hihihi. So, pagi Rabu baru boleh ambik kete itu. Oh, sebelum tu abang saje tak tanya Sean pasal nombor plat sebab nak kasik aku takleh tido malam. Boleh? Anyway, aku tido nyenyak jek… Dan nombor plat tu… oh sungguh kuciwa. Tak cantik dan takde kena mengena langsung. Lantak ler...
Eh, apa kaitannya tajuk tu ngan cite ni ek? Ha... tu cite lain. Sebenonya, semalam Isnin lepas juga, abang dah bukak simen. Esonya lak, dia gi fisioterapi. Yang macam tak caya nye ialah, abang dapat MC lagi sebulan! Masa Dr. buat check up tu, dia cakap mungkin tangan abang takleh kembali cam asal. Dan tajuk di atas adalah soalan abang kepada aku. Huhuhu terharu siot! Apalah abang ni. Sedangkan abang tak berharta pun ayang sayang, ini kan pulak dah berharta satu. (Hihihi borang isytihar harta abang selalu kosong) Eh, aku pon dah kompius nih. Tadi cakap pasal tangan, ni dah benda lain pulak. Ok lah... walau pon tangan mu tak boleh menggenggam kuat buat masa ni, nanti kite gi urut ek, mesti ok nanti. Hihihi kalo tak kuat camane nak wiring water heater, wiring estero, pasang rel, pasang ampai sumer? Memang la ayang dah kursus wiring tefon aritu, tapi ayang gayat la panjat2 nih. Eh, dah jadik surat terbuka untuk suami lak blog nih.
Semalam, abang dah terminate line tefon n Streamyx ke rumah baru. Ceh! Kata takut bosan duk umah takde internet. Ari ni, abang gi ambik kunci dan boleh la basuh. Oh, rumah sewa baru adalah benda baru kedua dalam list ku itu. So, sekian saje press conference kite hari ni. Yang saya suruh off record tu, jangan sampai kuar lak, saya saman nanti, baru tau. Ok, cau cin cau bandung!
Eh, cop cop cop! Nak sambung pasal weekend yang lepas. Baik aku bagi abstrak dulu.
PENAT!
Ya, itu lah abstraknya. Huhuhu. Mana tak penat. Dari aku balik, sampai lah semalam, aku tak berehat langsung. Hiyargh!!! Baru ni sempat nak mengeliat.
Petang Jumaat tu aku balik baru lepas hujan. Sampai quite awal sebab jalan clear jek, takde lori balak cam selalu. Oleh kerana sejuk, kami makan Sup Sitam. Ni bukan syarat, tapi memang best ar kalau pekena sup tengah sejuk2 gitu. Lepas makan, kemas2 sket. Oh! Aritu aku dengar Era topiknya pasal mulut masin ke hape, tak ingat. Tapi ada salah sorang caller tu cakap, dia ada cakap dalam kete dia, nak beli kete baru, dan-dan tu, kete dia rosak, buat perangai. Kata orang kalo nak cakap cenggitu jangan cakap depan dia. Kete boleh dengar dan cepat kecik ati. Aku bukan lah nak percaya sangat. Bagi aku benda tu kebetulan jek. Pointnya di sini ialah, masa kitorang nak kuar makan tu, aku start la Kancil, nak ketepikan sket, bagi AH lalu. Dan yang mengezzzut kan ialah, Kancil tu takleh start!!! Sebabnya aku tahu, bateri dah kong. Tapi...pikir sendiri la ek. Balik makan, tengok 24. Malam semalam aku dah tido lambat sebab tengok 24 dan Lost kat channel 17. I miss you too Jack. Plan, pepagi nak settlekan mengemas tuh.
Esok pagi, kami sarap dulu kat kedai kuning. Aku makan lontong, abang makan nasik goreng kampung. Balik2 tu, call Daud. Alamak, dia dah on the way! Kelibang kelibut aku dibuatnya. Area dapur tak abis kemas lagi. Adeh!
Lebih kurang kul 9.30 am, gitu, lori pun sampai. Mula2 bawak turun barang tingkat atas. Almari pun aku bukak sendiri dan-dan tu jugak. Abang jadi director je. Man pun datang tolong. Cik Man ngan anak dia pun tolong. Kak Yana tolong buatkan air.
Huhahuha akhirnya selesai (tak semua lah) upload barang dalam lori, van Man, Waja dan AH, kami pun jalan. Aku bawak Waja, abang bawak AH. Kancil tinggal. Kesian dia...
Sampai rumah baru, download pulak. Rumah kiri kanan kosong, so senang lah nak parking sumer. Kawan abang yang dekat2 rumah tu datang tolong simpan barang yang turun lori ke bilik stor. Ila pun datang time baru sampai tuh. Pas turun barang sumer, aku pun mula dari dapur. Memang takleh siap dapur ni sebab dari rumah lama pun memang macam tak siap.
Lebih kurang kul 2 pm, lepas solat, kami kuar makan kat Line Clear. Memula gi ambik Ulin dulu. Ambik dia nih bukan expect dia leh mempercepatkan keje ar... Pegi kedai perabot, survey kabinet pinggan. Tak beli pun. Pastu gi umah Mahyuzie, ambik tangga. Balik tu, aku sapu, mop, basuh toilet2. Mana datang tenaga tu, tak tau lah. Dekat nak malam, In lak sampai. Lepas Maghrib, kami gi BP. Singgah beli makanan kat pasar malam Pesta, kendian balik rumah lama. Tengah makan2, kak Jamilah (tuan rumah tu) datang. Huhahuha, sebelum balik, dia kasik kain pasang untuk kami. Kebetulan lagi, kain tu kaler hijau! Yeay!!!
Tugas malam tu, bukak tikar getah, sapu, bukak water heater, water filter, antena estero n aluminium dinding dapur. Kul 11 pm lebih baru kami balik. Oh, masa Cik Man bukak aluminium tu, tangan dia terluka. Kami semua menyaksikannya. Adoiii!!! Terasa2 ngilu sakitnya.
Balik tu singgah isi minyak Kancil. Oh, lupa, Kancil terpaksa ditolak malam tu. Kendian kami singgah Petronas Parit Raja pulak. Family in-law datang!!! Ramainya! Nape lah datang waktu tak sesuai cenggini. Bukan aku tak bagi derang datang. Memanglah salah satu sebab pindah ni pun sebab nak kasi derang selesa bila datang. Niat derang memang la baik, nak ’meraikan’ perpindahan kami tu, tapi, tapi, tapi, tunggu lah minggu depan ke, masa dah siap kemas. Adeh la... Pastu bleh main masak2 pulak kat dapur yang tengah berselerak tu. Patut beli je lah kan. Takkan tak paham orang tengah mengemas. Time tu lah nak pasang dapur, pasang aluminium, basah2 lantai. Pastu banyak lalat, komplen lak... Sendiri mau ingat la. Elok2 aku dah siap kemas, mop segala, dot dot dot. Erm… positif Asia! Tetamu datang bawak rezeki kan…
AH cedera! Hmph! Bila dah reramai tu, tau je lah. Bumper kena ’langgar’ pintu pagar dan tempat letak botol belakang calar sikit terkena tangga (yang ambik kat umah Mahyuzie). Salahkan Ulin!!! Kesian AH…Sibbaik very minor dan tak nampak sangat (besor taik lalat jek). Eh, pagi tu, In dah beli bateri Kancil RM90. Tapi abang dah terlajak kata, kasik aku bawak AH petang nih...Hihihi Petang, lepas Asar, aku pun balik Mersing. Seronoknya, bawak AH!
____________________________________________________________________________________
Shape Yahoo! in your own image. Join our Network Research Panel today! http://surveylink.yahoo.com/gmrs/yahoo_panel_invite.asp?a=7
Monday, 30 July 2007
Press Conference
Hasil karya AyunasiA pada 11:10 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
wah... dah tengeuk keta ni for real.. memang cantik patutlah masih ada plastik lagik he hehe
wah...keta baru :) tahniah tahniah ...
Post a Comment