Lepas abis mendobi tu, aku tido awal malam tu. Lepas Isyak dah tido. Paginya, kain semalam pun dah kering. Panas terik tul. Tengahari, aku pun siap2 kemas dan terus bertolak ke Melaka. Singgah KFC jejantas Ayer Keroh beli Zinger Burger. Sampai Seri Malaysia lebih kurang kul 3 pm. Jumpa abang dan terus naik bilik. Petang abang balik lambat. Kul 8.30 pm dah sambung bengkel. Aku kuar ke McD Taman Buaya, beli Mc Chicken. Sedap. Esoknya, pagi abang berbengkel lagi. Tengahari dah check out. Pergi Jusco, makan McD lagi. Abang dah siap makan kat hotel. Kali ni makan Big Mac pulak. Pastu jalan2, shopping sket.
Pastu terus gi umah Ngah. Ngah takde, balik Kuantan anto Ain. Malam kuar makan kat Taman Semarak. Takleh bawak belanja kedai la bebudak tu. Tak pernahnya abis makan. Rugi aje.
Esoknya baang anto gi keje. Petang abang jemput, terus gi komuter Batu 3. Abang balik BP. Minggu ni aku berkursus berkenaan Coaching SLDN. SLDN ni satu projek kerajaan yang agak besar lah juga. Kan salah satu misi nasional kan nak melahirkan K-Workers kan. Kira ni salah satu langkahnya lah. Kursus ni 2 minggu, bermakna, selama sebulan kerja ni aku makan free je lah. Suka!
Jumaatnya konon takmo balik BP, last2 balik gak. Oh, patut lah banag suh balik. Duit tesis yang aku antokan aritu dah masuk. Yey! Hari Sabtu, kami berjalan sakan. Shopping2, makan2, macam takde halangan. ABang beli baju baru, aku beli handbag baru. Pastu beli kek birthday aku. Oh, lupa lak, aku sambut birthday sensorang je kat ofis. Takat derang nyanyi hepi besdei jek. Baru ni beli kek. Tu pun beli 2 potong jek, buat ada2. Eh, lupa lak, ari tu paginya aku ikut abang gi ofis. Ada convo program INSEP. Makan nasi beriani. Balik tu gi kenduri kawin kawan abang kat Parit Raja kot. Makan sikit je sebab baru lepas makan nasi beriani yang sedap giler kat ito. Time ni aku dah sakit tekak dan batuk. Tapi boleh kawal lagi.
Minggu terakhir aku di Putrajaya, aku batuk giler2, sampai tahap mengganggu perjalanan kursus tu la. Rasa bersalah lak sebab dalam video presentation pun banyak bunyi batuk aku. Ari Rabu tu aku gi klinik kesihatan Putrajaya kat Presint 9. Memula aku register, dia bagi barcode, suh aku tunggu depan pintu 5 atau6, nanti doktor panggil la. Tunggu punya tunggu punya tunggu, dekat 2 jam gak, baru kedengaran nama ku di udara. Glemer sekejap aku. Dia suh gi kaunter triage. La... aku patutnya gi kaunter tu awal2 lagi. Huh! Buang masa tul. Salahkan budak jaga kaunter pendaftaran tadi! Lepas dia scan nama aku, aku tengok nama aku kat skrin, scan dan hilanglah nama aku. Tak lama tu aku pun masuk jumpa doktor. Huhahuha, aku pun gi ambil ubat. Kul 10.45 am baru aku masuk keje.
Minggu lepas, weekend kami jenjalan, tapi window shopping je. Sedar tak sedar, balik tu lenggang kangkung jek. Pencapaian terbaik lah tu. Petang Sabtu, makan kat Sup Sitam. Nyum nyum.
Ahad petang, lebih kurang kul 3 pm, kami pun bertolak ke Mersing. ABang bawak motor, nak letak kat ito. Kononnya ari Isnin balik naik bas, turunk at ito je. Aku jalan belakang sikit. Tiba traffic light Parit Besar, ada orang call.
"Saya kawan suami awak. Dia accident ni, kat Taman Pacific. Dah bawak ke spital. Awak gi lah tengok. Jatuh sikit jek."
Blur sekejap aku. Taman Pacific cuma 100 meter je di depan aku. Patut la jammed sket. Ropanya abang dah tergolek kat situ. Cepat2 aku u turn kat traffic light tu, terus gi spital. Sepanjang jalan aku macam tak caya. Ikutkan abang nak singgah kedai buah depan Sharp, jadiknya dia lak yang akan dapat buah kat spital. Sampai spital aku terus gi tempat kecemasan. Tengok2 abang tengah di check. Alahai, blur je aku tengok abang duk kat wheel chair tu. Siap hilang ingatan sket lak tu. Suspen jek.
Pas di check, tunggu giliran rawatan dekat sejam gak. ABang dah nenong nenong je aku tengok. Bila dipanggil masuk, memula dia check2, pastu dia suh salin suar. Pastu dia kata nak jahit sikit kat lutut. Doktor suh aku kuar je kalau tak berani tengok. Aku pun tunggu kat luar. Pastu dia anto abang x-ray tangan. Lari pulak tulang wrist nyer. Patut dia sesiri ngan sendi lesung tu kan? Ni dia selari pulak. Pastu doktor nak tarik tangan tu, aku pun kuar. Abang cakap dia tido time prosedur tu. Time cuci luka pun doktor tu buat slow jek. Kalau mat rempit harus dia tak bius tak hape. Ni dia tau abang keje gomen, dia kasik bius la semua.
Lepas tarik tangan tu, dia simen tangan abang. Memula dia cakap kalau ok bleh terus balik. Ni tak berapa nak ok, dia tahan wad. Lebih kurang kul 7 gitu abang dibawa ke wad 7. GL tak de lagi, maka duk la beramai2. Pastu aku balik umah ambik barang2 sket. Lepas Isyak aku datang balik. Malam tu aku tido wad.
Pagi kul 4 aku balik rumah. Mandi2, siap2, kul 5 am, aku bertolak ke Mersing. Senoneng kepala aku. Aku lalu Jemaluang. Ngeri jek jalan tu. Lenkali takmo lalu situ lagi. Biar lah jauh sket lalu Nitar, janji ada rumah orang. Sampai ILP kul 7.45 am. Jumpa Pengarah, mintak cuti. Diakasik satu hari, esok. Pastu aku diserah kepada ketua unit Telekomunikasi. Tengok netball sekejap. ILP Mersing lawan ADTEC Melaka. Menang! Ada sukan ILJTM zon selatan. Satu hari aku duk je kat bengkel. Ada PC tapi takde internet.
Petang, punch card, terus aku balik BP. Sampai umah kul 7.45 pm, mandi, solat dan terus gi spital. MIL n FIL ada. Tapau nasi goreng paprik kat Kenangan.
Sunday, 1 July 2007
Sambungan Kisah Sebulan Yang Lalu
Hasil karya AyunasiA pada 11:03 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment