Bengang betul aku ngan tempat kerja aku nih. Semua nak block. Takat YM kena block tu aku rasa, biasa lah... Ni blogger pun kena block gak. Ini sudah lebey. Tau lah pejabat gomen, tapi nape tempat ber’jenama’ sama ok je? Huhuhu tak puas ati tul. Tapi nak buat camane? Nama pun attachment. Menumpang. So, shut up!
Tamat dah kursus 7 hari aku. Atau lebih tepat lagi 6 hari. Hari last tu, tetiba black out, maka course pun di tangguhkan. Last2 terus tamat gitu je. Tak tau nak cite macamana pasal kursus tu sebab aku update pun dah lambat, jadi dah tak best. Dah basi kata orang. Anyway, aku cite sikit2 je lah.
Hari pertama tu kami diperkenalkan kepada sistem telefon di Mesia terchenta ni. Senang cite sistem Telekom la. Kami di bawak membuka manhole a.k.a. lorang (lubang orang) dan di suruh masuk merasainya. Ala2 penjelajahan alam kubur pun ada. Hehehe besar gak manhole tu, kalau sardin boleh masuk 10 orang. Kalau nak bernafas, masuk 6 orang still idup aku rasa. Masa bukak tu kira perasmian la. Derang belum pernah bukak lagi sebelum ni. Makanya banyak lah air dalam tu. Memula kena pam air dulu. Aku rasa kalau aku campai anak ikan keli dalam tu, harus tak yah beli kat pasar dah. Pulak tu memang tempat tu kat depan kuaters, lagi lah senang nak sauk buat lauk kan...
Pastu kami pergi ke bilik MDF kat bangunan admin. Belek2 kat dalam tu, belek2 earthing system dia, buat test segala. Kendian tu baru lah aku tahu, selain PABX, ada satu lagi sistem yang digunakan untuk sistem telefon ber’extension’, iaitu Syntrex (spelling tak ingat). Kalau biasa tu guna PABX, bila kite nak tambah satu lagi line, bebudak ofis tu je bleh sambungkan jumper, pastu dah boleh dapat satu nombor tefon baru. Tak yah gi Telekom. Tapi untuk Syntrex ni, satu nombor tefon kat ofis tu dah fixed untuk satu tefon tu. Kalau nak tambah, kena panggil orang tefon buat. Ala2 tefon rumah gitu. Tapi yang penting Telekom buat gitu for the sake of money la kot. Sebab kalau nak tambah line baru, kena bayo ke hapa la. Kot lah. Aku pun belajo tak habes. Hehehe. Oh, dan tempat ni gunakan sistem Syntrex tu. Dan derang kat sini pun entah2 tak tau pun. Hehehe.
Esoknya tu, kami dibawak ke Taman Wawasan, antara taman yang ada kat Mersing ni lah. Kami pergi tengok tiang tefon, kabinet tefon dll. Masa tu lah doktor pakar aku tefon, suh datang Jumaat tu. Adeh! Aku baru keje dan baru je ambik cuti. Cam tak logik je nak mintak cuti lagi. Maka aku mintak postponed bulan depan. Tak lama tu dia tefon lagi. Bulan 8 appointment dah penuh. Kena postponed lagi bulan 9. Lantak lah.
Kendian kami diajar baca plan, belajo lukis plan dan buat assignment. Dah lama tak buat assignment. Best ar student sini, belajo pakai alat yang best2. Jeles aku.
Esoknya kami belajo install tefon kat rumah. Seronok gak buat benda tu. Yang tambah seronok tu, bile di test, ada line dan boleh tefon. Suka! Suka! Masa tu baru tau yang wiring tefon kat rumah aku telah dibuat sambil lewa je oleh kontraktor. Sungguh tak cantik. Dah lah kena bayo RM50 kalau takde wiring kat rumah, buat pun tak semenggah. Takde casing segala. Dia main ketuk2 je wire tu macam wiring estero. Nak kena ni…
Esoknya, kami buat installation kat bangunan bertingkat plak. Yang ni senang jek sebab rumah tu dah siap wiring, tinggal punch2 jumper kat bilik MDF je. Pastu masa wat test tefon tu pulak macam budak2 je. Tak padan mak bapak budak semua tu.
Esoknya kami buat jointing. Part ni aku suka sebab kami kena buat bunga manggar. Pagi tu kami diberi satu cabel 100 pairs dan di suruh asingkan. Seronok tau buat benda tu. Petang tu baru kami buat jointing kat tiang. Wah... ganas gak la keje tu. Siap bakar2 segala. Masa tu kami buat 2 jenis joint. Straight n T-joint. Tapi masa bakar T-joint tu aku dah cabut sebab dah kul 5.30pm. Aku nak balik BP!!!
Last sekali kami tanam tiang. Part ni memang penat giler lah walau pun yang korek tu para jejaka. Kami pempuan ni tukang bawak kuar tanah je. Tu pun tak larat jugak. Yang susahnya lubang yang nak dikorek tu kecik je. Dan bertingkat. Kena ikut mesaurement plak tu. Tapi bile dapat dirikan tiang tu, rasa happy sangat.
Lepas tiang dah berdiri, satu keje lagi, nak pasang aksessori pulak. Masa ni, sorang je yang naik. Memang dia pun yang nak ngajo aku buat SKM ni nanti. Lepas tu kami disuruh naik sorang2. Huhuhu ramai yang mengundurkan diri, termasuk lah lelaki! Alasan gayat. Huh! Aku, terpaksa buat2 berani. Tapi baru panjat tangga, lum sempat pijak step tiang yang tinggi 2 meter lebih tu, aku dah turun. Gayat!!! Penat je pakai tali keselamatan yang macam nak terjun payung tu. Kenapa aku turun? Sebabnya masa tu aku pikir, aku naik tu tanpa sempat cangkukkan tali pada tiang tu. Buatnya aku jatuh? Pastu setiap step, aku kena bukak balik cangkuk tu, dan pindahkan ke step seterusnya. Kalau aku jatuh time bukak tu? Huhuhu sungguh tak positif kan? Nak wat camne kan...
Gitu lah serba sedikit tentang kursus aku. Patutnya lepas tu kami kena turunkan balik tiang tu, tapi dah tak sempat. Ari Selasa tu kursus dah tamat. Cikgu pun dah balik pagi tu. Tapi makanan ada sampai minum petang. Maka aku lah yang tukang perabiskan. Hehehe.
Lepas abis kursus tu aku duk je kat ofis. Study sesikit untuk exam 1 Ogos ni. Dah nampak lah sket ideanya tu. Insya Allah lulus lah tu. Amin...
Jumaat lepas, aku balik BP cam biasa. Ikut kan kul 6.30pm dah sampai Kluang dah. Patut b4 7.30pm dah sampai. Tapi aku singgah isi minyak 2 kali sebab satu stesen reject CC. Last2 sampai waktu biasa gak, 7.45pm. Tak lama tu In sampai. Dia nak kasi pinjam kete dia. Iswara dia dah ambik semalam. Pas mandi kami gi makan Sup Sitam. Kenyang betul. Alhamdulillah. Esoknya, lepas kemas umah segala, kami kuar anto In ke bus stand, pastu gi BP Mall. Jumpa plak ngan Siti Rodiahana a.k.a. Yana. Dia ni kawan sekampung dan sekelas aku masa sekolah rendah. Sempat gak sekelas masa form 1 n form 4 sekejap. Jumpa dia kat Pizza Hut, terus duduk makan sama. Dah jimat tax dia. Rupanya kalau kite duk satu meja ngan orang, kena tax sekali je. Tapi duk ngan kengkawan lah. Kalau ngan stranger, susah pulak sebab dia kasi resit satu jek. Kang tak pepasal gaduh2 sape nak bayo tax. Hehehe.
Yana ni baru je dapat KPLI kat maktab BP tu, bidang pemulihan ke hape tah. Special intake ni, bulan Julai. Dah 4-5 kali gak dia mintak KPLI, ni baru dapat. Dia baru pindah barang2 dari Pasir Gudang, tu pun nak balik PG balik tu. Dia daftar semalam (Ahad) (kot? ke Isnin tah). Borak punya borak, tak sedar pun sampai pukul 5.30pm. Punya lah lama. Pastu balik, kawan abang lak datang nak betulkan PC ke hape tah. Malam tu Cik Man datang anto nasi beriani dari surau. Baru aku malas2 nak masak. Rezeki...
Ahad sepatutnya kami gi Parit Raja tengok rumah yang nak disewa. Sekali orang tu bagitau dah ada orang book, dah bagitau kat email. Tengok email, tarak pon? Hmmm... nak ubat rasa sedih, kami gi Parit Raja gak, tapi sebabnya nak anto rice cooker kat Ila. Sambil tu gi round tengok rumah gak. Lalu Taman Wira gak, sambil tu tengok2, mana satu lah rumah Ajzie agaknya. Carik gak kot2 ada Merz depan umah ke kan. Maklum lah, balik obersi, selalunya bawak kete. Lalu umah yg kami nak tengok tu, sedey ooo. Takde rezeki. Tapi dah jumpa satu lagi rumah. Lagi baru, takde orang duduk. Dia baru nak pasang grill segala kalau ada orang nak sewa. Huhahuha, dia nak diskas laki-bini dulu sebab kami mintak rate yg sama ngan rumah yg tak jadik tu. Memang situ standard rate dia gitu ma...
Sebelum balik, singgah lunch kat line clear (depan Petronas). Sampai rumah, kemas2 segala, kul 4 aku pun balik ke sini semula. Sampai2 tengok umah gelap. Kete Tengku ada. Ann memang balik JB pun. Ah, balik umah abang Epet je lah senang. Sampai2 tu, kebetulan abang Epet baru balik. Dia nak gi spital, Kak Ani dah nak bersalin. Lepas mandi segala, aku pun tido. Tak lama tu abang Epet ketuk pintu. Kak Ani dah bersalin, baby girl. Alhamdulillah.
-a.y.u.-
Monday, 16 July 2007
Semua Tak Boleh
Hasil karya AyunasiA pada 10:31 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
Hihihi nak tergelak baca tang.. nak cari kot2 ada Merz.. Tak de makna nya. Kereta lama ku masih cun hihihi.
Kami tak sewa kontena pun.. semua sumbat cargo kapalterbang aje..hihihi. Kereta di German pun tak tercapai akalku sebab lefthanded lah adik.
Post a Comment