3 hari yang lepas, aku agak busy ngan program minggu silaturrahim. Aku jadik ajk LDK. Start kul 8 pagi, kul 11.30 malam baru abis. Pening2 kepala aku. Aktiviti semua jenis enjoy je, tapi bebudak ni, bukan cam budak uni. Tahap ?lem? nya agak kronik. Mana tak, aku tengok result SPM derang, BM pun 8, BI apatah lagi kan. Takat Maths dapat 9 tu, toksah kira lah. Tak tau lah camne JTM buat pemilihan. Tangkap muat je selagi boleh. Time pendaftaran, dalam bengkel aku, daripada 60 orang nama dihantar, 24 je yang datang. Kalau derang dapat masuk u, tu bagus lah. Kalau dah dapat masuk tapi tak mo pegi, tu tak boleh cakap lah. Borang pon mak tolong isikan, nak suh dia belajo? Buat menyesakkan dada cikgu jek.
Malam tadik, selesai aktiviti LDK ngan malam kebudayaan. Preparation 2 jam ½ jek. Takyah expext apa menarik lah kan. Tapi puas gak kami pakat gelak. Dah, dikir barat patut ramai2 sambut lah kan ngan semangatnya. Ini tak. Tukang karut je yang nyanyi. Plak tu, movement pun sama je dari mula sampai abis, tak bersemangat langsung pulak tu.
Pagi ni aku dah check website JPA. Confirm lah exam aku pada 1 Ogos ni kat bangunan Sapura, Mines. Kat mana ek? Aku rasa nak redah je Mines tu. Mesti ada signboard kat bangunan tu kan. So, sekarang ni, pulun study lah. Aku takmo ambik banyak kali!!! Tapi tengah pikir lagi nak stay kat mana. Ingat nak drive je, stay umah Ngah ke. Dekat pun dekat. Lagi pun kalau bertolak petang, sampai dah malam, tido je lah. Tambah lagi, aku nak singgah beli langsir. Yeay!
Bukan langsir raya! Lambat lagi kan. Sebenonya kami akan berpindah ke Parit Raja next month. Excited tul nak pindah. Walau pun bukan umah sendirik, tapi rumah tu rumah baru dan lum pernah didiami lagi. Kira kami rasmikan ler rumah tu. Eh, kena house warming gak ke kat rumah orang ek? Tak yah lah, aku pun takde masa nak buat apa2. Nak pindah ni pun tengah pening memikirkan nak packing barang segala. Bila masa lagi nak pack kalau bukan weekend nih. So, weekend ni akan aku duduk di rumah menyimpan pinggan mangkuk ke dalam kotak. Sibbaik fridge aku dah lama tak berisi. Yang tinggal cuma botol2 sos dan kicap. Takde barang basah. So, senang lah nak defrostkan nanti. Ala, lagi pun mana ada fros pon dalam fridge tu. Matikan je, dah boleh angkat. Eh, apa je yang nak di pack ek? Baju abang je lah kan? Baju aku dah banyak kat sini. Buku2 je lah yang tak tahan nak angkat tu. Nak suh orang sewa lori tu angkat semua sekali lah. Abang bukan boleh buat keje berat2 tu. Isnin depan ni baru nak bukak simen. Pastu nak gi urut. Katanya nak gi JB. Ada kawan abang gi urut kat situ, terus bleh main badminton. Hebat gak kan?
Erk... dah abis idea dah. Ciao!
-a.y.u-
Thursday, 19 July 2007
Minggu Silaturrahim
Hasil karya AyunasiA pada 3:30 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
selamat memilih langsir :)
Post a Comment