Adakah anda seorang patriot? Kalau ikut kefahaman aku, patriot tu maknanya orang yang setia pada Negara. Macamana cara menunjkukkan setia pada negara? Salah satu daripadanya ialah menggunakan minyak Petr*nas. Boleh gitu? Sebelum aku bercerita lebih lanjut mengenai kisah seorang patriot nih, mari selami cerita jalan-jalan tak habis-habis aku minggu lepas. Huh! Lega dah abis dah kelas abang kat Cia*t.
Khamis lepas, seperti dijanjikan, majlis berbuka puasa telah berlangsung dengan jayanya. Berjaya bagi aku sebab aku boleh tambah nasik tomato itu. Huhuhu. Rupa fizikal nasik tu memang ler tak begitu memberangsangkan. Tapi rasa nya, dengan ayam masak merah plak tu... pergh! Memang sodappp.
Majlis tu patutnya start 6.15pm, tapi tah cemana, kad jemputan aku dah terjatuh celah cubical nih, takleh ambik, jadik aku main lenjan je datang kul 6pm. Hek’eleh, lum ada staf pon, Bebudak je tengah susun2 makanan. Bagi nak cover malu, aku pun turun ke surau. Sempat baca Yasin seround. Kul 6.30pm baru aku naik semula. Ha... barulah ramai staf. Makanya, majlis pun bermula dengan ucapan sesikit. Kendian penyampaian cenderamata kepada budak praktikal itu dan sorang staf yang baru jadik bapak. Time tu lah pulak bateri kamera kong. Dah... takde gambo langsung pada masa kejadian. Tak lama kendian, buka lah apalagi! Pas makan, aku terus gi surau, Maghrib, Isyak dan Terawih sekaligus.
Hari Jumaat tak wajib gi seminar nafas baru tu. Perokok je wajib gi. Student lelaki bengkel kami, sumer kena gi. Ada ke patut pepagi bleh isap rokok kat toilet? Ari lain takpelah, ni ari puasa. Ari lain tu pon patut takleh gak, tapi bleh la consider lagi kan. Padan muka kena ngadap tatatertib.
Petang lepas punch, seperti biasa la... aku balik BP. Huaaa banyak lori balak kat Jemaluang. Lambat lak lori tu kuar arinih. Salu dah sampai Kluang baru jumpa lori2 nih. Makanya aku dah lambat 15 minit masa keluar dari jalan ngeri itu. Mamat penggodeh server tu laju je motong lori2 tu. Berani mati punyer orang.
Sampai rumah dah kul 7pm. Abang belikan nasi beriani, murtabak, soto, sup gear box dan air tahu serta tahu panas. Banyak nyerrr. Lepas Maghrib sempat ler aku menjahit span baju jap. Nak hantar baju tu esoknya, dah tak sempat nak anto jahit tepi. Aku jahit zigzag jek. Kendian gi terawih kat surau ekspress jek.
Balik Terawaih patut dah kena bergerak ke Nilai. Tapi aku sebagai peminat Jack Bauer, kena la kasi support kat dia. Ha... ni sorang lagi patriot, tapi bukan Mesian lah. 24 start kul 10.45pm, so kul 12am baru kami bertolak. Isi minyak penuh kat Parit Yaani. Perjalanan sangat lah lancar. Sampai rumah Ngah lebih kurang kul 2.30am. Kot? Aku pun tak ingat. Sampai2 jek, tanpa berfikir panjang, terus kebaboom tido. Seperti minggu lepas, kul 7.30am kami bergerak ke Shah Alam Bandar Anggerik.
Tidak seperti minggu lepas di mana aku terus tido sebaik sahaja abang gi kelas. Sebaliknya, aku terus pergi PO untuk mengepos kain yang dibeli oleh seseorang. Dah sampai pon kainnya semalam. First time aku masuk PO Shah Alam. Selama 7 tahun duk sana, takde sebab nak gi situ. Dalam uni pon ada PO sendirik. Apa ke he nye nak gi jejauh kan. Memula aku ambik nombor. Selepas menunggu hampir 5 minit, baru lah nombor ku dipanggil. Baru aku nak hulur bungkusan itu, dia cakap, Posl*ju kaunter 12. Hek’eleh lagi. Buang masa jek. Sibbaik tak lama. Lepas settle tu aku pon blah. Tak terus balik, aku singgah kompleks kuarkan duit kat Myfriend. Sibbaik la masih pagi, kedai2 bazaar pun tak bukak lagi. Kalo tak, maunyer melayang seploh dua.
Pastu aku terus balik Cia*t. Tidak! Aku tak tido lor... Sebaliknya aku terus menjahit. Pekerja Produktif, Negara Kompetitif. Itulah moto yang aku amalkan pada hari itu. Tapi, apakala menjelang pukul 11.30am, mataku mulai kelat. Sempatlah aku lelap setengah jam sebelum dikejutkan dengan bunyik besi. Mak ai... ari ni baru nak repair lampu. Ari lain takleh ker? Oleh sebab gangguan tersebut, terpaksa lah aku meneruskan aktviti produktif aku tuh tadik. Sempat ler complete 2 batang leher.
Dalam kul 10am gitu, aku pun berjumpa dengan seseorang untuk memberi baju yang siap ku jahit. Jumpa sekejap jek, tak sampai seminit.
Kul 3pm lebih, tetiba abang pon muncul. Ler… nape tak tefon? Bateri kong. Lagi. So, kami pon pergi ke bangunan makmal untuk mengangkat PLC. Lepas tu terus lah menuju ke selatan. Kuar tol Hi*om. Masuk tol KL*A untuk ke Nilai Squ*re. Kali ni nak belikan kawan Yayu nyer langsir la pulak. Langsir pon boleh main kirim2 ek. Penat kuar masuk, last2 beli kat kedai pertama gak. Murah sket. Kedai sama aku beli langsir aku arituh. Sebelum balik, sempat rembat tudung satu. Lega dah ada tudung untuk hari raya pertama. Takyah pikir. Susah tau carik tudung!
Pas tu kami kuar tol Nilai. Konon nak buka kat Muo. Sekalinya, dekat2 Ayer Keroh abang dah ngantuk. Maka sekali lagi, minggu ni kami buka di Melaka. Memula niat nak carik mana2 pasar ramadhan yang dijumpai. Last2 decided to pergi Tesco je lah. Rupanya memang kat situ pon pasar ramadhan paling meriah. Tak sesia. Jalan punya jalan, beli nasi tomato (pengaruh jamuan aritu) dan air tebu. Tengok2 kat belakang pasar tu ada gerai makan. So, buka kat situ je lah. Abang order nasi goreng paprik. Sementara nak buka, aku jenjalan kat area jual baju tudung. Banyak nyerrr. Jumpa gak satu tudung matching ngan baju, tapi mahal. Kisahnya, masa kat Nilai tu aku dah tawar tudung tu. Tapi tak dapat la rege yang aku mintak. Abang cakap, nape tak pergi je, nanti dia panggil balik, dapat ler rege tu. Taktik Petaling Street nih. Kisahnya, konon aku nak cuba ler kat Melaka pulak. Non ado! Apa kala aku kuar je kedai tu, dia selamba jek. Hahaha padan muka. Tapi tak kisah lah. Selamat duit aku.
Lepas buka, cepat2 pergi masjid Al-Azim. Abis Terawih, kami balik kuar tol semula. Memang lah jalan baru tu best. Tapi dari Muo nak ke BP tu yang sakit ati. Baik kuar tol jek. Di sini lah segalanya bermula. Apa tu? Ni nak masuk kisah seorang patriot lah nih.
Pada mulanya perjalanan sangat lah lancar. Tapi perasan tak, sepanjang cite aku tu, ada satu perkara yang aku lum buat? Cuba teka... Haaa salah. Perkara tersebut ialah isi minyak. Waktu kuar tol tu minyak banyak lagi. Tiba hentian Pagoh, abang pon masuk, nak isi minyak. Time tu signal dah nyala. Kalo ikut kira2 aku, boleh jalan dalam 10-20km gitu. Sampai je stesen minyak, tengok2, Mo*il/Es*o. Di sini lah abang cuba membuktikan semangat patriotiknya dengan keluar dari stesen itu dengan penuh harapan, sempat lagi isi kat Parit Yaani tanpa memikirkan bahawa jarak antara Pagoh ke Yong Peng itu agak jauh jugak. Lebih 30km. 5km dari susur keluar ke Yong Peng, kelihatan papan tanda susur tersebut. Ala lagi 5km je, kata aku dalam ati. Tapi, siapa lah aku untuk menelah penggunaan fuel AH ku itu pada usinya baru mencecah 2 bulan. Maka, di kilometer 102.6 Lebuh Raya Utara-Selatan, AH ku telah memperlahankan pemanduannya. Aku tengok abang, abang tengok aku. Kami berenti betul2 di belakang sebuah rumah. At least kalo kena apa2, leh jerit mintak tolong.
Memula datang sorang cine, kendian datang sorang lagi. Sibbaik ada alasan. Kendian telefon Toy*ta 24 Seven. Dia pass kat Pl*s. Pl*s pun sampai dari Pagoh. Apa yang datang? Sebuah kenderaan 4x4. Minyak spare tak bawak. Tarik, takleh sebab takde roda. Kete auto mana leh tarik gitu je ma... Huhahuha tefon Toyolta lagi. Last2 ikut Pl*s gi Yong Peng, beli minyak, kendian tumpang mana2 bas gi KL (Yong Peng kan salu jadik tempat bas berehat) isi minyak dan selesai. Dan itu lah yang berlaku. Aku tunggu kat surau, abang gi buat sumer tu. Risau gak abang gi sensorang. Karang kena kidnap ker kan. Naya jer.tapi aku pikir, dekat jek, tak sampai 2km. dah nampak pon lampu susur kuar. Kira2 15 minit kemudian, sedang aku membaca Yasin (untuk keselamatan abang) barulah aku teringat, abang ada dalam RM20 je duit cash. Mesti cukup untuk beli minyak je kan. So, aku pun bergegas menelefon abang. Remember? Bateri tefon abang kong sebelum balik tadik? Ya, abang guna tefon aku. Huh! Abis kredit aku tefon Toyolta. Sudahnya, time kami dah settle tu, dia baru nak anto agen dia dari Yong Peng. Nak kena komplen nih. So, time aku tefon tuh, abang dah nak kuar tol. Jadi, aku pon tunggu lah kat tol tu. Keluar tol, terus target nak isi minyak kat Parit Yaani. Tadi dapat isi RM 8 jek. Minyak Mob*l.
Kepada abang, ayang berbangga abang setia pada negara dengan bersemangat patriotik yang tinggi. Tapi, dalam keadaan tertentu atau darurat, kita bole isi minyak jenama lain gak apa. Harap abang ambil iktibar dari kejadian ini. Walau apa pun, abang memang seorang patriot!
Tuesday, 25 September 2007
Kisah Seorang Patriot
Hasil karya AyunasiA pada 10:28 am
Label: JJCM, Laporan Mingguan, Puasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
asalamualaikum...
jalan2 jumpa blog ni...
seronok baca blog ni sebab buat saya teringat semula tempat2 lama saya semasa kerja di JB dan belaja di muo dulu...rindu sgt nak kesana lagi...
sungguh la mencabarnya ek...saya dulu pernah terlibat dgn accident kat yong peng tu...tgh mlm lak tu...
waalaikumussalam nawal,
terima kasih yea. nanti kiter gi ronda2 blog nawal lak ek...
Post a Comment