Benci! Benci! Benci!
Petang semalam aku bukak pintu belakang kete. Konon nak carik barang yang aku rasa aku bawak, tapi takde pon? Dalam aku membelek2 tu, tak jumpa pon. Tapi apakala aku tengok seat belakang sekali tuh, darah aku tiba-tiba menyirap. Nak nangis pon ada. Kelihatan tompok2 coklat atas seat tuh. Mesti kesan tumpah air milo nih, sebab masa balik aritu nampak derang bawak berkotak2 air kotak milo. Sebelum tutup pintu tu, baru la perasan barang yang aku carik tu dalam poket tepi pintu tuh.
Serata merta, aku pon menelefon abang. Tak angkat pulak. Sampai aku masuk dalam rumah pon tak angkat gak. Aku cuba2 dari kul 5.15pm sampai kul 6pm pon tak angkat. Pikiran dah pikir macam2 dah. Akhirnya, abang pon angkat. Silent kan tefon time Asar tadik, lupa on kan semula. Ye lah tuh. 23 missed call katanya. Penat aku membebel suh abang tefon adik2 dia yang duk seat belakang tuh. Huh! Geram ya amats nih. Weekend nih abang kena basuh ler sarung tuh. Tak kira!
Pagi tadi pulak, lepas punch, aku pun terus menuju ke kereta, nak turun bengkel plak, macam biasa. Pastu nampak ada kesan terlanggar sesuatu kat belakang. Terus tefon abang. Yang lebih mengharukan, abang cakap ada lagi, derang tergesel kete time jammed kat KL. Huaaaaaa. Aku pun tengok la. Huaaaaaaaa ada dekat ngan tayar. Marah nyer!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Pastu aku pon turun bengkel. Ati masih rasa sebal nih. Turun je kete, aku tengok lagi tempat calar tu. Nipis je calar nya, sebab tu tak perasan. Tapiiiiiiiiiii ada satu bahagian tu terkopek sampai nampak kaler hitam. Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Moral of the story :
1. NO PINJAM2 AFTER THIS
2. NO ENTRY KEPADA REMAJA DI BAWAH 21 TAHUN
3. NO EATING AND DRINKING ALLOWED (akan berkuatkuasa serta-merta. Nak melantak, sila keluar, ok???)
Aku nak jadik kejam dan kedekut lepas nih. Cakap lah apa pon. Janji kete aku elok, cantik dan cun.
Ok abis bab tuh. Kemungkinan besar aku akan stay kat sini sampai 6hb Januari 2008. nampaknya, kena jadik AJK LDK lagi la semester depan. Bengang betulll! Dan akhir sekali, aku nak gi open house Ahad nih. Yeay! Akhirnya ada gak open house yang boleh aku pegi. Open house aku biler??? Jangan berharap sangat. Tak de masa lorrr. Minggu depan pulak, nak gi KL, kenduri kawin anak KJ abang. Memula cam malas nak gi. Tapi biler abang cakap dia nak gi ngan kengkawan kalau aku takmo gi, errrrr mesti lah aku nak ikot. Ingat nak gi kite kite je, tak best ah. Kalau reramai baru best. Sambil tu, boleh la shopping errrr apa ek? Dah ler komfem takde bonus. Lagi nak shopping. Tapi kan, bulan depan abis bayo kancil, kata nak shopping balas dendam kan? Nak handbag, kasut, baju, suar, tudung liplapliplap dll. Boleh?
Ok, kite tengok gambo lah pulak…
Eee Nurin tak malu eh berkemban?
Oh ibu... damailah engkau di sana, ku taburi doa mewangi, hadiah dari anakmu
Tomei nyer dierrrrrr!!!!
Sekuntum bunga
Thursday, 25 October 2007
Jangan Kau Mimpi
Hasil karya AyunasiA pada 2:17 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment