Orang lain update cite raya awal2, bleh la cite detail2. Aku nak update ni pon kena rewind otak laju2. Macam2 benda berlaku sepanjang cuti raya nih. So, aku akan cite start dari hari cuti aku lah ek.
Rabu, 10 Oktober 2007
Petang semalam aku balik dengan memandu secara berhemah. Mana taknya. Baru aku nak tekan minyak kuat sikit lepas simpang Nitar tu, nah kau! Banner sikit punya besar JKR letak kat tepi jalan. Awas Perangkap Halaju. Berhati-hati Semasa Memandu. (kot, gitu lah ayat dia lebih kurang). Maka, terpaksa lah aku memperlahankan pemanduan. Sambil2 tuh tengok gak kiri kanan. Macam takde je speed trap. Abang cakap, polis bukan ada banyak kamera tuh. Satu daerah agaknya ada lah satu atau dua bijik. Takkan dia wat speed trap sepanjang jalan kan? Hehehe tapi lebih baik mencegah daripada membayo saman. Rugi ooo kalau kena saman. Bleh beli handbag, kasut, baju dll ngan duit tuh.
Oleh sebab abang lum cuti hari nih, aku meneruskan kerja menjahit yang macam tiada kesudahan itu selepas siap mengemas rumah. Erm... cantik gak umah ni bile dah letak karpet ngan tikar buluh baru tuh.
Petang, selesailah kerja menjahit menggunakan mesin. Tinggal jahitan tangan jek. So, aku pun mula pulak operasi membakar kek coklat. Aler... melekat plak kek nih. Dah tak cantik kek aku. Tapi lepas di salut topping dan coklat rice dan kaler-kali rice, menarik gak. So aku kasik kek tu nama; kek coklat Tsunami Berhari Raya sebab dia sompek ala2 dilanda Tsunami gitu. Senang sikit aku nak jawab soalan orang. Salu tanya kek apa ni? Kek Coklat. Tak best sangat kan nama nya? Kalau kek coklat moist ke, kek coklat lembap ke bunyik cam menyelerakan gitu. So dengan nama baru kek nih, harap laku lah kek sompek ku itu. Malamnya masak lagi satu kek. Kali nih tak dilanda Tsunami. Elok je dia kuar dari loyang itu.
Waktu buka, makan bubur lambuk sedap ya amat. Abang bawak balik 2 bungkus dari masjid ito. Memula tengok cam banyak sebab makan 3 orang jek (ngan Ila). Sekalinyer, malam tu dah abis. Aiyooo manyak syiok ooo ini bubur. Memang masjid tu buat bubur lambuk setiap Rabu. Kebetulan Rabu ni je aku ada kat sini. Tahun depan buat lagi ek? Buat ari Jumaat plak ok?
Malam tido lambat gak mengemas baju. Fuiyooo macam nak balik sebulan je gaya begnya. Aler, baru ni lah aku nak bawak beg banyak sket sebab kete dah beso. Salu tu bajet2 je bawak barang. Siap ada yang tak jadik bawak lagi sebab tak muat. Kali ni, bawak sumer. Tilam bantal sumer bawak. Hehehe takde le gitu. Bawak toto je sekeping.
Khamis, 11 Oktober 2007
Pagi2 lagi, dalam kesamaran mata yang sayang nak dibukak, nampak abang dah bersiap. Tapi aku? Huargh!!! Ngantuk lerrr. Takyah ler balik cecepat. Bukan bleh makan pon. So, kami bertolak dalam kul 10.30 am gitu lebih kurang. Singgah bazaar carik kerepek lagi, tapi tak jumpa. So straight je la balik lalu Kluang. Tetiba lak teringin makan lemang. Ikutkan aku bukan la suka beno sebab pulut kan. Wat sakit perut jek. Punya lah banyak orang jual lemang sepanjang jalan, lastly beli kat simpang air terjun jek. Beli 2 batang saiz ’ganal’. Mahal ek lemang ni ropanya. Sebatang RM10.
Dah tiba kota, tetiba teringat, mesti mak buat sup tulang petang nih. Confirm tak dapat merasa. So, kami pon singgah pasar kota, beli tulang. Cari rempah sup, tak jumpa. Dalam perjalanan, singgah 2 buah kedai kat Sg. Seluyut, pon tadak. Last2 aku cakap, salu mak masak guna rempah, tak guna bunjut, mesti kedai kat AT5 ada. Masuk AT5, wah wah, sesak2 manja gitu kampung ku itu. Tengok kedai Rahmat, tutup la pulak. Tengah nak u turn, ternampak kedai Wak Rabu. Ler... bukak lagi kedai wak nih rupanya. Ala2 hidup segan mati tak mahu je rupa kedai dia. Teringat kat anak dia, Siti Khadijah, sekelas ngan aku. Mana tah dia agaknya. Dulu dengar gi belajo kat fadang fasir. Entah lah. Menengok pada keadaan kedai tu yang agak daif, aku pun ala2 tak sampai ati nak singgah, tapi abang suh jugak. Hehehe don’t judge the kedai by its cover. Kat situ jugak lah yang ada nya rempah sup tu tau. Huhuhu. Kendian, kami pon balik Semenchu.
Sampai rumah, tak dan wat apa2, aku terus membasuh tulang itu dan merebusnya. Bio rebus e’awal, nanti time buka, sedang elok, empuk sedap ler dia. Hehehe. Pastu apa ek? Erm… tak berapa nak ingat ler pulak. Rasanya petang tu kami bukak nasi ngan sup tulang ngan ayam goreng ler kot.
Malam nyer tunggu2 pengumuman raya, tak juga muncul, so aku ikut MIL gi surau sembahyang terawih. Confirm ler tak raya. Ngantuk nyer time solat tu. Apa taknya, lampu belah pempuan tu liplapliplap, jadi derang padam je. So, bila dah gelap, ngantuk ler, apa lagi. Mujur ler sekejap jek. Balik tu, aku siapkan baju raya Yayu n Nurin. Tengah malam gak baru siap. Enough! Tinggal baju aku je yang tak siap lagi selai. Tapi tak siap pun dah ada 3 pasang. Kalau siap, kira bonus la, bleh gitu?
Jumaat, 12 Oktober 2007
Hari terakhir puasa tahun ini! Pagi2 lagi abang dah mengisi beras dalam ketupat. Siap tersengguk2 lagi. Hihihi. Baru nak merajinkan diri, Kak Shila call, suh carik ikan Uji Rashid, nak buat laksa Johor. Tanya mak, camane ropanya? Macam ikan selar, tapi mata dia besooo. Ajak abang gi kedai. Memula gi kedai dekat sekolah menengah. Non ado. Nyaris2 nak beli ikan kembung. Kak Shila cakap, kalau takde, beli je ikan kembung. Kendian gi kedai lagi satu. Hehehe tengok muka ikan selar, tapi mata macam Uji Rashid. Ye lah ni kot. Camne nak confirm ni bang? Abang pon buat2 la tanya, ikan ni berapa sekilo? Sambil tu tanya sekali, apa nama ikan nih? Ikan Uji Rashid! Yes! Ada pon. Kami pon ambik je berapa yang ada. Sekilo RM4, dapat ngam2 3 kilo seperti yang dikehendaki.
Balik tu, tanya abang, nak hantar cemana nih? Pucuk dicita ulam mendatang. Abang nak anto aku ngan ikan sekali satu pakej.So, aku pun kemas2 dan balik AT5 yeay! Tak lama kat rumah, abang pon balik semula Semenchu. Banyak kerje kekdahnya kat situ. Aku pulak, ditugaskan merebus ikan dan mengasingkan isinya selepas itu. Hehehe tak pepasal dapat skip dari rumah Semenchu.
Petang sebelum buka, semua beradik dah sampai. Penuh ler laman Pak Sepan ngan kete baru anak2nya. Myvi dan AH ku. Selain tuh, 3 Wira dan 1 Kenari yang dah tak baru lagi dah. Arinih berbuka kat ruang depan, memanjang sampai ke depan. 6 anak, 6 menantu dan 13 cucu. Meriahnyer. Ni kira first time la kami beraya ’semuaannyak’ balik. Tapi tahun depan? Hmmm...
Lepas buka, lepak2, mula operasi memasak. Sebagai satu2nya pasangan yang masih honeymoon, aku ler yang lebih lama di dapur. Yang lain sumer melayan anak yang menciak2 macam burung murai. Burung apa? Burung murai... burung apa? Bapak, kata orang, bio tak hensem, jangan pekak. Burung murai tu pak, burung murai...
Sabtu, 13 Oktober 2007
Selamat Hari Raya Aidilfitri! Tema kami tahun ini ialah hijau. Cukuplah 3 tahun kami beraya dengan baju hadiah kawin dulu. Tahun depan beli warna kegemaran sendiri pulak la ek? Lepas abang balik solat raya, aku, Yayu, Eita dan Kak Uni join ’baraan’ blok. Hm... derang ni nak kutip duit raya anak2 benonya. Aku tukang teman kan Memel. Jadik, di setiap rumah, aku suh dia salam tuan rumah. Dapat ler dia banyak duit raya. Last2, tinggal aku ngan Kak Uni je yang sampai rumah kami. Yang lain dah cabut ngan anak yang meragam. Lepas rumah kami, aku dah stop. Kak Uni continue sampai abis. Dekat kul 2 baru abis tuh...
Lepas Zuhur, tiba lah masa untuk pulang ke rumah mertua. Aler... abis dah rendang. Kari ayam je yang banyak lagi. Sampai Semenchu, derang tengah siap2 nak balik kampung. Lerrr baru sampai dah nak blah. Selepas berdiskusi, abah cakap balik kampung esok jek. Hihihi. Kalau derang balik gak malam tu, alamat aku cabut AT5 balik ler. Lepas Maghrib, berduyun2 pergi beraya ke AT1. Rumah yang sama tahun lepas. Balik tu, derang nak singgah AT5. Singgah lah.
Ahad, 14 Oktober 2007
Pagi2 semua bersiap2 nak balik kampung. Aku pun bersiap gak nak balik Mersing. Kul 9.30 am, gi jemput Yayu sambil beraya ke Sg. Mas. Dekat 10.30 am, kami bergerak ke tanah perkuburan. Derang sumer dah tunggu. Pas selesai semua, kami pon bergerak beramai2 ke Mersing. Eh? Macam baru je pergi tempat nih? Memula ingat nak singgah umah Mak Cik Ba’ie (adik abah), sekalinya takde orang. Terus je ke rumah Mak Long. Sampai2 je, terus makan ketupat, lemang. Kak Zai takde, balik Perak. So, kami la conquer rumah dia.
Petang tu, sempatlah berehat2 sambil melelapkan mata sekejap. Kul 4.30 pm, kami pon bergerak beraya. Beriya-iya betul beraya ini tahun. Memula pegi rumah nenek tepi sungai aka nenek urut, adik beradik atuk (mak abah). Kendian gi kuburan. Kendian gi umah Cik Adul sepupu abah. Kendian gi umah arwah kak Sarimah, sepupu kami. Tak abis2 agaknya cite otromen kat tv nih. Kompius aku. Sedapnya dapat makan tapai dalam daun getah. Dah pukul 6.30 pm, kami pon balik. Malam, plan beraya terpaksa dibatalkan atas alasan kepenatan.
Isnin, 15 Oktober 2007
Pagi, siap2 nak balik semula. Lebih kurang pukul 9.30, kami pun bergerak ke rumah abang Epet. Terpengaruh la nih, aku pon beli teh Seri Songket nih. Perisa mango. Sedap.
Pastu pegi rumah mak Kak Ani. Pastu gi rumah Mak Cik Ba’ie. Pastu balik Kota. Bau keropok satu kereta. Borong keropok lekor tak hengat. Tak balik terus. On the way tu, singgah ILP, saje nak tunjuk kuarters tempat aku tinggal. Sembahyang Zuhur sekali. Sunyi sepi ILP. Langsung takde orang. Kendian, kami gi Bukit Besar pulak, rumah Pak Cik (abang arwah mak). Abah jumpa kawan sekolah, 50 tahun tak jumpa. Tora namanya hehehe. Abang kepada wife pak cik.
Balik AT5, tinggal Farah je kat rumah. Mak lum balik lagik. Aku pulak, lepas Maghrib balik Semenchu. Ceh! Takde orang kekdahnya. Derang gi beraya ke Bukit Besar pulak. So, balik AT5 semula.
Selasa, 16 Oktober 2007
Pepagi balik Semenchu. Baru nak lepak2, derang nak gi Pasir Gudang pulak. Adei la... tak penat ke derang nih ha??? Sampai umah Kak Zela, terus masak. Derang ni memang suka masak kat umah orang la kan? Memang terbukti.
Petang sikit, keluar lagi, beraya umah Pak Andak (adik abah). Cam tahun lepas, makan rendang sedap dia. Tapi kali ni rendang tetel. Layannn. Balik, dah Maghrib. Anto Kak Zela, kendian terus balik Semenchu. Macam nak demam je?
Rabu, 17 Oktober 2007
Hari ni cuti dari ber ’raya’. Tak gi memana. Masak mee bandung sambil baring2. Pening!!!
Khamis, 18 Oktober 2007
Lepas sarap, kami pon balik BP. Penat nyer raya kali nih. Sampai BP lebih kurang kul 1.30 pm. Rehat2 jap, basuh baju sket, dan kami terus beraya lagi! Huargh!!! Penat laaaaaa. Pegi rumah nenek + busu. Ada lagi bakal2 menantu derang. Dah nak balik pon. Derang ni lah yang mak pertikaikan tuh. Belum apa2 dah lepak umah sampai seminggu lebih. Sebelum raya dah lepak seminggu cat2 rumah. Dah raya, lepak lagi layan tetamu. Dah jadik menantu sok, jangan malas pulok. Hihihi.
Pas raya umah nenek tanpa layanan (sibuk menyiapkan anak menantu nak balik), kami ke rumah mak long pulak. Takde orang dah. Lepas makan2 mee goreng, tetiba pulak nak gi umah Ngah Udin kat Muo. Layan je lah. So, lepas Maghrib, kami bawak mak long dan pak long sekali. Sampai2 je, terus layan diri. Tetamu tak putus2. Layan la Senario Yamashita sekejap. Dah agak malam kami pon mintak diri. Sampai rumah, terus tido. zzzZZZzzz.
Jumaat, 19 Oktober 2007
Kemas rumah, mak nak datang. Petang, abang gi beli udang, Tengah masak, mak sampai. Oh, derang nak pinjam AH gi KL. Nak gi meminang untuk In. Kena pinjam kete ek? Kena gi reramai ek?
Sabtu, 20 Oktober 2007
Teringin nak makan P la pulak. Lepas Zuhur keluar ke BP. Lengang je BPM*ll raya2 gini. Kali ni bleh makan sampai habis, makan sambil rehat2. Lepas makan, shopping sket. Balik dekat kul 6 pm. Malam, abang gi rewang. Jiran selang sebelah rumah ni nak ’mantu’. Sampai kul 2 am aku tunggu, tak balik2 lagi. Sempat aku tengok cite Berbagi Suami kat estero Ria. Panjang cite nyer.
Ahad 21 Oktober 2007
Tidooo jek ari nih. Tengahari gi makan kenduri kawin. Nasik himpit ngan nasik putih. Jenguk pengantin lalu depan rumah. Abang cakap orang nama Hairul hensem? Tak hensem pon? Nama dia Khairul kot...
Tuesday, 23 October 2007
Segalanya Tentang Raya
Hasil karya AyunasiA pada 8:21 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment