Ngantuk nyer!!! Baru sampai pagi tadi. Macam biasa. Tapi sebab malam tadik tido lambat, tu yang terasa sangat ngantuknyer. Takpe, tengahari nanti balik tido jap ek.
Jumaat lepas aku balik dengan azam yang jitu untuk memandu 80km/j mengikut arahan pak polisi (walaupun ops sikap lom start). Tapi, apakan daya, lepas jek simpang Nitar, aku dah rasa rimas. Apa tak nyer. Patut nya sampai situ baru kul 5.30pm, ni dah dekat 5.45pm. Biler lak nak sampai nyer kan? So, lepas kat situ, aku bawak cam biasa lah. Mana boleh tahan. Takpe, minggu ni aku bawak 80km/j sebab cam confirm ada speed trap kan. Selama nih clear jek. Nama pon trap, mesti dia sorok2 kan. Hehehe harap2 jangan lah kena. Bukan berharap dengan pak polisi. Dia peduli ape kan... Harap kat pemandu kete tu lah, jangan bawak over limit. Kita bawak dia kan...
So, sampai rumah macam biasa juga. Ter kompius sket sebab simpang ke pasar Parit Raja tu ditutup. Mungkin bahaya sebab traffic light rosak. Tapi, kalau buat gitu lagi lah bahaya, orang kena u-turn plak nak masuk simpang tuh. Nak u-turn tuh pulak bukan sorang dua, berpuluh2 la kan (kira je lah, satu kete ada 5 orang, kalau dah 5 kete, tak 25 orang? Heheheh puluh2 la tu kan).
Malam tu aku potong baju Nurin plak. Lepas terawih abang ambik Ulin. Student da start cuti 2 minggu. Sabtu pagi ke petang aku menjaaahit jek. Lepas Asar, kami pon keluar. Memula hantar Ulin ke rumah Ila. Pastu terus ke bandar. Sebenonya abang nak belanja buka kat Cystal Inn. Tapi, tah macamana, jadi terbalik pulak. Sape belanja sape ni bang?
Jammed jalan dari BPM*ll ke masjid. Sampai sana kul 6.15pm. Awal lagi. Kawan pun tak sampai lagi. Gi The Store bekas Fajar jap. Dekat nak buka tu baru masuk. Makanan utama dia nasi dagang. Ada nasi putih, ayam, kueytiow, bubur lambuk. Tak banyak choice tapi sedap2 makanannya. Puding dia sedappp. Boleh laaa sekali – sekala.
Lepas buka, drop abang kat masjid, aku gi BPM*ll. Konon nak belikan abah2 baju. Kekdahnya, nak cucuk duit pon dah makan 30 minit. Ramai giler aweks indon (belah mana tah, lain macam je slang dia) nak cucuk duit. Pulak tu, ada sorang mamat indon ni, sesuka ati dia je potong queue. Pa’kal aku ni penakut (takut kena apa2 ka kat luar nanti). Tapi aku sound jugak la. Pastu sengih2. Hiii nak je aku debik kat situ jugak. Grrrrrrrr.
Tak sempat aku pilih baju, abang dah call, dah abis pon terawihnya. Sekejap nyer... So, aku ambik abang, pegi ADT*C ambik kek Sarawak. Kendian, patah balik shopping semula. Kekdahnya, malam tuh, Pa*ific tak tutup sampai 10 malam esok. Kira 38 jam la dia beroperasi. Kerja giler la derang nih. So, apa jadik? Penuh ler manusia kat dalam tuh. Huhuhu orang BP memang giler shopping. Raya cine, melayu shopping, raya kite, cine shopping. Tapi time ni ramai plak orang melayu. Salu cine je banyak kat BPM*ll nih. Bukan BPM*ll jek, mana2 tempat ler, banyak cine kat BP nih.
Tak lama kat situ, kami pon balik. Sampai rumah perut dah lapar balik. Sibbaik dah beli kebab kat pasar malam tadik.
Ahad sambung jahit lagi. Heee mesin ni memang nak kena nih. Saje aku sound depan2 dia, cakap nak beli baru tahun depan. Bleh dia buat hal plak time2 kritikal gini. Hangin ler aku. Apa lagi, aku pon baling ler apa jek kat tangan time tuh. Benang, gunting, kain. Apa2 je lah. Geram betul. Sibbaik malam dia dah ok sket. Petang kuar beli makanan berbuka. Sebelum tuh beli kerepek+kekacang raya. Orang kirim je lebih. Aku beli kerepek pedas jek. Huaaa ni kalo orang tak bayo segera ni, alamat pokai ler aku raya2 nih. Pas beli kerepek, pegi beli tudung plak. Kedai terakhir baru jumpa kaler yang sehsuai. Eee penat tau. Malam sempat menjahit lagi, tu yang tido lambat. Ngantukkk laaaaaa...
Rasanya ni entry terakhir sebelum raya. Esok petang aku dah balik BP. Khamis baru balik Kota. Rabu tu nak sambung jahit sket plus masak kek biasa aku. So, pada kesempatan nih aku nak memohon maaf kepada sesiapa yang baca blog aku nih, kot2 aku ada buat apa2 kesilapan kat korang. Kot ada yang terasa, kecik ati, dan sebagainya mintak maaf ek? Mohon maaf juga kat cikgu BM aku atas bahasa rojak yang aku guna dalam blog nih. Hihihi. Akhir kata, (bukan Mohd Akhir, opismet aku ni. Kat opis ni ada 2 orang biasa di panggil Awal dan Akhir. Yang awal tu nama betul dia Shahril, tapi kalau yang tak ingat tu, panggil Awal jek. Yang Akhir tu memang nama dia Akhir pon. Maaf ek Shahril & Akhir, mengata korang lak kat blog nih)
Monday, 8 October 2007
Salam Aidil Fitri
Hasil karya AyunasiA pada 12:03 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
SALAM AIDILFITRI DARI KAK SYA
Post a Comment