Friday, 18 March 2011
Gambo Makanan
Thursday, 17 March 2011
Mazhab, Cuci Harta atau Fatwa Kebangsaan vs Negeri?
Aduhaiii keliru gegel. Tadi kami pergi ke pejabat agama. Niat di hati nak bayar zakat kwspi. Sebelum ni aku ingat, asal keluarkan je, kena tunaikan zakat.
Sampai di sana, aku cakap kat encik suami, kalau kiter artis ni, mesti besok kuar berita, kiter pegi pejabat agama, masalah rumahtangga ek? Hihihi macam saper aritu? Vanidah kot.
Masuk je pejabat tu, kami cakap ler tujuan kami ni. Puan tu cakap la, mengenai cukup haul, cukup nisab bla bla bla. Dia kata, kalau ikutkan, negeri johor ni memang follow la syarat cukup haul (setahun) dan cukup nisab (negeri johor +- 11k) tuh. Negeri lain mungkin lain, katanya. TAPI, kalau rasa nak bayar jugak dengan niat nak menyucikan harta, pon boleh bayar sekarang.
Ah sudah! Caner nih? Kang tak bayar, dia ingat kami ni berkira. Kalau aku bayar, memang lah bagus kan. Tapi, kenapa dia bagi pilihan begini? Haiyooo. Dahlah puan tu macam ustazah gitu kan.
So, balik je dari situ, aku pun menggugel.
Ini dapatan dari e-fatwa jakim. Dan turut digunapakai oleh majlis agama wilayah.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran - Satu Alternatif. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Mazhab Syafie menetapkan bahawa zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan tempoh haulnya. Wang KWSP adalah harta simpanan. Wang KWSP apabila dikeluarkan adalah diwajibkan zakat apabila sempurna kedua-dua syarat iaitu cukup nisab dan haul yang ditetapkan. Walau bagaimanapun Jumhur Ulama' berpandangan bahawa zakat harta boleh dikeluarkan lebih awal daripada waktu yang sepatutnya dengan syarat harta tersebut telah mencukupi nisabnya.
- Berdasarkan pandangan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali Ke-5 pada 16-17 November 1982 dipinda seperti berikut "Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun".
S- Adakah wang simpanan di kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) wajib dikeluarkan zakat oleh pemiliknya?
J- Wang yang terdapat di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak wajib zakat ke atasnya sehinggalah dikeluarkan oleh pemiliknya dan disimpan selama setahun (genap haul dan cukup nisab). Sekiranya dalam tempoh haul telah habis digunakan maka tidak wajib zakat.
Itu je yang aku nak share :)
Deko Deco Dekorasi
Tetiba member balik dari buat soalan, tengok, dia ingat kb yang suruh buat. Sebab katanya macam corak bunga kat lantai yang orang buat guna beras warna warni tu. Choi!
*************************************************************************************
Akhirnya kini aku sudah memiliki sebuah external hard disk hehehe. Tapi tak tau nak simpan apa sebenarnya. Yang kat dalam laptop ni 320GB pun tak penuh, inikan pulak 1TB ek? Takpe, pasni aku download movie banyak2. Eh, tapi apa kaitannya dengan deko tah?
*************************************************************************************
Tadaaa!!! Masa gi ganu itu ari, aku dah menambah stok tembaga. Nak dapat pattern yang rumit2 ni memang terpaksa beli yang made in siam. Sebab orang tempatan buat pakai tangan. Derang pakai mesin. Konon nak la simpan benda2 ni dalam kabinet ikeaa yang konon jualan murah tu. Sekali takde stok pulak dia. Tipu ah.
Dan yang terakhir, koleksi r0mantika, ikeaa dan kk.
Dah.

Wednesday, 16 March 2011
Kawen Lagik

Tuesday, 15 March 2011
Awal Juz Dua Surah Al-Baqarah
Masa kecik2, bila dah baca sayakulussufaha... taulah maknanya dah masuk juz dua. Masa kecik2 juga, masa sekolah ugama darjah 2 ke 3 tah, aku pernah join kelas mengaji pada hari sabtu. Yang mengajar nyer ialah seorang qariah di tempat kami.
Pada suatu hari, pihak sekolah ingin mengadakan pertandingan musabaqah (apa ek beza tilawah ngan musabaqah?) al-quran peringkat sekolah bagi memilih calon mewakili sekolah. Jadi, pada masa kelas mengaji itu, cikgu mengaji telah memilih calon2 musabaqah tersebut. Kalau tak silap aku musabaqah tu dibuat sekali dengan sambutan maulud nabi kot.
Semasa kelas mengaji itu, cikgu mengaji telah mengajar kami kekdah bacaan sekali ngan taranum. Ayat yang dibaca diambil dari surah al baqarah. Ayat berapa entah ek, tapi dalam awal2 juzuk ke dua lah. Antara ayat yang aku ingat sangat ialah ini (sebab part ni kena tarik tinggi sikit hihihi) :
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم
Tengah aku membaca blog berkaitan umrah tadi, aku terbaca lah amalan sunat yang boleh dilakukan semasa saie. Antaranya ialah membaca sebaris ayat di atas semasa berada di atas bukit marwah. Patut lah ada bunyi safa wal marwah dalam tu.
Eh, berbalik kepada kisah musabaqah tadi. Selepas dilakukan ujian, aku adalah salah seorang daripada yang terpilih untuk menyertai musabaqah tersebut. Selain sidah (geng sweetheart ku hihi).
Tiba2, dalam masa yang sama, ustazah sekolah ugama juga sedang membuat pemilihan untuk nasyid semasa majlis tersebut. Pun aku terjoin jugak. Tapi, masalahnya ustazah takut peserta musabaqah tak sempat bersiap sedia untuk nasyid. Sebab peserta musabaqah kena pakai kain songket kot. Ke gitu lah. Takut kelam kabut pula. Jadi, dengan sesuka hati, ustazah telah menggugurkan nama aku dari peserta musabaqah untuk masuk nasyid. Sedih aku. Padahal cikgu mengaji (bukan ustazah sekolah ugama) yang pilih aku. Sidah dapat masuk pulak, tapi dia tak masuk nasyid.
Kecewa betul rasanya. Sebab itulah, sekarang ni, bila mengaji dan tiba kat ayat tu, aku akan baca dengan beriya2. Lepas gian hihihi.
Monday, 14 March 2011
PTPTN=PTPTPU (Tiada dakwa dakwi lagi!!!)
Aku ni bukan nya nak mintak duit dia. Aku nak bagi duit. Itu pun susah ker? Dusy! Dusy! Dusy! Kebabom! Eee marah sungguh la. Kali ni aku betul2 terasa yang dia memang ptptpu. Buang karan betul. Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...
Wednesday, 9 March 2011
Penangan Rentas Desa (Betul Punya)


