Friday, 20 November 2015

Review Geli2 Gegar Vaganza 2015 Minggu Kelima

Huaaawawawa... apa nak cakap lagi. Dah takde rezeki encik amir nak meneruskan gegaran beliau. Sempat menyanyi 5 buah lagu yang rata2nya lagu yang tak sedap huhuhu. Lagu yang tak popular pun iyer jugak. Kecewa sungguh aku. Tapi takpe lah. Ada je lagi penyanyi yang best2 nak ditengok. Pasni nak sokong ezad pulak lah. Go ezad go! Eceh.

Hari isnin aritu aku berkabung dari menonton gv. Satu hari tu aku pasang album 24 hits ukays/uk's. Nak bagi sedap hati punya pasal hukhukhuk.

Selepas aku menonton semula gv minggu lepas, akhirnya aku dapat membuat kesimpulan bahawa, persembahan terbaik malam tu sebenarnya menjadi milik jamal abdillah uols! Best sangat persembahan heols terutamanya dalam lagu kau lupa janji yang dislowkan itu. Sedap sangat! Intro azura pun best. Fefeeling nostalgia sangat. Pendek kata, tokmal menang ah malam tu!

Amir  Ukays - Yank

Orang kalau dah tak suka, nyanyi sedap cemana pun, tetap lah kata tak sedap. Begitu juga sebaliknya hikhik. Aku dengar takde lah teruk mana nyanyian heols dalam lagu ini. Takde kesumbangan ke hape. Tapi bila baca komen2 kat forum, boleh buat robek hatiku. Rata2 forumer tak suka amir sejak dari mula gv lagi. Ate...

Azian Mazwan Sapuwan - Wajah Siapa Di hatimu

Rasanya kalau diberi pilihan lagu sendiri, kakyan pasti akan pilih lagu di zaman 80-an kot. Padahal masa tu dia masih budak2 lagi. Jadi bila dengar lagu tu, terus orang ingat dia sebaya dengan penyanyi asal tu. Macam komen jamal, dia cakap pada usia ini suara kakyan masih power... macam tak kena ar kan? Padahal dia lagi muda dari zianazain pun. Cuma dia datang awal, hilang pun awal jek.

Lagu ni kira zaman aku sekolah rendah tahap satu. Jenis pernah dengar, tapi takde rasa apa. Pernah lah kot tengok azlina aziz kat tv. Eh, masa tu zaman funfair segala tu kan. Azlina aziz pun pernah datang kat funfair eto5 tau. Ingat lagi, selain azlina aziz, zalehahamid ngan mazwinhamzah pun pernah datang. Tah tahun berapa tah funfair tu. Kecik sangat aku masa tu. Funfair yang aku dah besar sikit masa form 3 tu aku ingat lah. Aku masuk funfair tu masa kumpulan terrarosa datang. Itu lah kali pertama dan terakhir aku naik ferris wheel. Walau pun rendah je benda alah tu, tapi sejak tu aku berjanji pada diri sendiri bahawa aku takkan naik ferris wheel lagi dah sampai bebila. Trauma terus. Tobat lahom kata ko. Masa tu aku baru sedar yang aku gayat kot. Jadi, sampai sekarang, toksah lah ajak aku pergi ke taman tema ke haper tempat yang ada roller coaster watsoeve. Memang takkan aku ikut punya. Kalau orang nak belanja dipersilakan, tapi jangan nyesal lah kalau aku tak naik semua benda2 tu. Aritu kat tottori naik benda apa tu yang kerusi kabel tu pun, aku keras kejung je atas tu. Eh, dah melalut2 pulak dah ni.

Persembahan kakyan kali ni biasa2 jer. Dia patut diberi atau pilih lagu2 baru sikit kot. Kalau lagu olskool jek, langsung menyerlahkan imej kakyan gomen tu. Dia taklah tua mana, tapi orang ingat dia dah tua. Minggu ni lagi lah, lagu broery marantika. Balik jpa terus pencen la ko kakyan...

Acong - Memburu Rindu

Entah kenapa sejak hattan nyanyi lagu gadisjelobu aku terus tak suka dia, merangkap lagu2 dia. Lagu ni sedap sebenarnya, dulu, tapi bila dengar sekarang je, aku terbayang lagu gadisjelobu. Acaner? Acong pulak bawak lagu ni secara tergesa2. Hujung2 tu tempo huru hara sket dan penyampaian sama jer dari minggu pertama sampai sekarang. Dia ni jenis tak berani mencuba. Kalau melodi lagu tu macam tu, macam tu jugak lah dia nyanyi. Ad lib kalau ada pun kat hujung2 ayat je. Tapi vocal dia agak konsisten ar, jarang terkucil.

Haiza - Rela

Tak dapat tidak, bila dengar lagu ni, mesti akan ingat stacy. Oleh kerana kita dah tak dapat tengok tila ni menyanyi lagi, nyanyian stacy boleh lah dikatakan sebagai benchmark untuk sesiapa yang akan menyanyikan lagu ni selepas2 ni. Bukan lah maksudnya stacy tu bagus sangat, tapi kalau macam aku, memang tak pernah tengok tila nyanyi live, so memang takde perbandingan boleh dibuat dengan beliau. Kalau pernah tengok pun langsung tak ingat ar.

Untuk persembahan haiza ni, aku bagi bawah sikit dari stacy dari sudut nyanyian. Bab persembahan kipas2 tu tokleh lawan lah kan. Dia ni macam ifaraziah ar last year. Suara tak berapa nak pergi tapi drama kena lebih. Dah tentu2 dapat markah penuh dari tokkat.

Siti Nordiana - Nirmala

You go girl! Sedap sangat intro dia. Ada lain sikit dari tokti. Walau tak banyak berbezaan dari nyanyian tokti, tapi masih sedap. Suara dia memang sesuai untuk lagu tradisional. Lembut jek. Sebab tu dulu dia nyanyi lagu semua meleweh jek. Halus sangat suara tu. Sekarang suara dia dah matang dan pecah sikit. Alah... suara tokti pun dah pecah jugak. Tapi pecah yang sedap ar kan. Aku rasa nana akan masuk final.


Nassier Wahab - Di Pintu Syurga

Kasi lah lagu apa pun, semua di hiburan minggu ini kan. Ni lagu sorang sama macam acong. Takde perubahan langsung dalam penyampaian. Semua lagu jadi lagu balada. Dengar 1st verse je pun dah tau dah, sampai habis akan macam tu lah juga. Bosan seh. Dah lah aku memang tak suka lagu ni. Hmmm...

Ezad - Gerhana Cinta Luka

Aku suka lagu ni!!! Eh, minggu lepas pun aku suka lagu yang ezad nyanyi jugak. Untung arrr dapat lagu sedap2 setiap minggu. Errr lagu mengerti pun aku suka ok hihihi. Iklim ada banyak lagu sedap2 sebenarnya.

Masa aku form 2, aku pernah pinjam kaset iklim dari kawan aku (thidziana namanya). Album budi (1992). Aku suka lagu budi tu. Eh, tapi lagu gerhana cinta luka ni dari album sebelum tu. Tapi  nak kata yang aku suka banyak lagu2 iklim.

Lagu ni kira lagu makanan ezad ar. Spesis2 lagu spring aritu gak ar kan. Silap dia cuma termenari sikit time music bridge. Bukan dia joget2 hepi ke haper, lebih kepada penghayatan terhadap muzik tu kot. Fefeeling gitu. Selain tu ok je. Tokmal pun mengaku, admire dengan kemerduan suara ezad. Aku apatah lagi, kan? Lagi satu, dia betul2 ambil nasihat tokram minggu lepas. Kali ni takde lambat panas punya. Start je dia terus bagi. Low note dia sangat lah bagus. Tak macam bercakap pun. Macam menyanyi jugak. Alaaa kan kalau budak2 af susah nak nyanyi low note cikgu2 derang cakap buat macam bercakap haha. Tapi ezad betul2 menyanyi hehe. Semoga dia diberi kesihatan yang baik sepanjang gv ni supaya suara dia maintain sedap. Kolesterol tinggi sangat tau suara ezad ni.

Nizam Laksamana - Misteri Mimpi Syakila

Sayang la suara dia bukan jenis serak. Jadi lagu ni tak berapa rock dibuatnya. Tapi masih sedap kedengaran. Bab ekspresi muka tu, anggap je lah dia nyanyi dalam radio... tak nampak. Air muka memang dah macam tu kan, nak buat cemana. Tapi dalam suara kecik2 tu pun, high note semua dia sampai.

Farahdhiya - Mencintaimu

Alaaa kenapa aku rasa persembahan minggu ni macam biasa2 je? Sebab lagu ni kot? Dia ni terlalu bergantung kepada persembahan vokal la. Memang lah bagus, tapi persembahan pentas pun kena ada effort jugak sepatutnya. Suara dia memang dah sedap dah, cuma kurang agresif je. Mesti kurang markah dari tokram nih. Apa2 pun aku jamin dia akan masuk final.

So, setakat ni yang aku jangka akan masuk final ialah ezad, nana, farahdhiya, haiza. Empat ni kalau terkeluar aku rasa dato' vida takkan teragak2 nak gunakan imuniti dia. Hari ahad ni, kebanyakan lagu aku suka. Hopefully semua pun menyanyi dengan sedap.

Akhir sekali, aku nak ulang sekali lagi, persembahan terbaik aku berikan kepada jamal abdillah lagu kau lupa janji yaw!

Dan kepada amir ukays, walau pun dah terkeluar dan nyanyian mu agak hauk di masa kini, aku masih meminati suara dan lagu2 mu yang dulu. Sebaknyaaa... (sebutan YANG dalam lagu2 dulu memang sedap).



2 komen:

Anonymous said...

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

Unknown said...

hehe, suka pulak baca review ko pasal GV ni Asia. Kak yus sokong Nana dan Ezad...