Friday, 4 December 2015

Masa Untuk Shopping!





Diam tak diam, sekarang ni dah masuk bulan cinta hehe. Rasa macam baru je lagi aku masak pulut kuning bentuk nombor 10, rupanya hampir setahun dah berlalu. Dah 2 kali kami sambut anniversary tanpa cuti. Bosan tol ar jepon ni tau. Kalau tengok kat shopping complex kemain lagi deko2 bagai nak rak, gaya macam nak celebrate krismas. Tapi hakikatnya, tak cuti pun pada hari krismas tu. Tapi memang kat sini takde cuti keagamaan pun. 


TAPI, itu tak bermakna hujung tahun dan awal tahun kat sini tak happening. Malah new year tu dah macam hari raya bagi derang. Time tu lah derang akan cuti panjang dan shopping mopping tak hengat! Krismas tak krismas, yang penting, sale tetap sale! 

Kalau kat UK ada boxing day on 26th of December, kat Jepun ni pulak derang ada fukubukuro semasa new year, yeay! Fukubukuro atau lucky bag ni mengandungi pelbagai item dalam satu beg yang harganya jauh lebih rendah dari harga asalnya. Sesetengah kedai akan display apa yang ada kat dalam beg tu, tapi sesetengahnya pulak tidak. Tapi kalau pakaian biasanya dia akan nyatakan saiz, so takde lah rugi ke hape. 

Okeh, kalau kat mesia pulak biasanya sekarang ni sedang berlangsung YES - year end sale, kan? Bukan shopping complex jer ada YES ni, di alam maya ni pun ada sale online tau. Antara yang mengadakan sale online ni ialah zalora. Ini lah masanya nak merasa pakai baju rekaan artis atau designer terkenal dengan harga lebih murah kan. 

Well, acara membeli-belah yang terbesar di negara ini yang dinamakan sebagai Online Revolution Malaysia – Black Friday versi zalora, bakal menjelma tidak lama lagi. Sekarang ni kira dah masuk mood untuk membeli-belah sempena holiday la. Ini kerana mengikut kata kebanyakan online retailers, hampir 70% pembeli online sudah bersedia untuk mendapatkan promosi sempena Hari Raya. Persiapan awal katanya.

So hari ni aku nak share sikit tips shopping sales online. Baca jangan tak baca! 

  • Scan for deals – anda harus tahu laman sesawang atau butik fesyen online yang manakah mempunyai tawaran terbaik. Buat senarai anda sendiri untuk memudahkan pembelian anda, dengan ini anda tidak perlu membazir masa untuk mencari website online shopping yang terbaik di internet. Sebaliknya, ikut sahaja senarai butik online kegemaran yang anda sudah anda. 
  • Jangan bazirkan baucar online anda – apabila ianya tentang kod baucar online, gunakan! Pilih apa sahaja barang yang anda mahukan dan pergi ke halaman membeli dan pastikan ruang promosi itu tidak dibiarkan kosong. 
  • Sentiasa lihat calendar – ini adalah antara trick membeli-belah online yang telah saya pelajari sejak beberapa tahun yang lalu. Kebanyakan butik online Malaysia akan mengadakan jualan murah pada awal dan penghujung bulan sekitar tarikh 26-28. Oleh itu plan your shopping accordingly dan dengan hemah.
  • Rajinkan diri anda untuk membuat perbandingan – sentiasa fikir di luar kotak dan kadang-kala anda harus stray away daripada online retailer yang anda sudah terbiasa kerana ada masanya dua laman sesawang yang berbeza mungkin menawarkan kasut yang sama tetapi dengan harga yan berbeza! 

Haaa sape lagi ada tips shopping yang berguna untuk online sale? Meh share kat ruangan komen.


0 komen: