Antara konsert yang lagu2nya paling tak best bagi aku. Eh, bukan aku suka dangdut ke? Tapi lagu dangdut ni semua tak best. Dangdut indo kan...
Ezad - Nakal
Sekali dengar intro dah macam intro sheeda masa lagu angkat kaki hihi. Bezanya sheeda panas dingin, ezad panas panas. Lagu ni pun aku agak kureng. Sebab pernah sekali aku tengok performance gigi nyanyi lagu ni dalam satu acara anugerah... tak ingat anugerah apa. Tapi sejak tu aku macam, kenapa dia nyanyi sampai macam tu? Gitu. Tapi persembahan ezad ok je, cuma lagu je aku tak suka. Suka plak tengok dia gelek kat tengah2 tu hihi.
Azian Mazwan Sapuwan - Ini Rindu
Lenggok dangdut takde ar kakyan. Lagu ni sangat lama. Zaman kecik2 dulu. Dengar lagu ni aku teringat jiran sebelah rumah kami. Zaman tu aku selalu tumpang tengok tv kat rumah jiran tu. Mungkin lah pernah dengar/tengok lagu ni kat rumah derang. Pastu dalam af bila tah, sape tah pernah nyanyi lagu ni. Alaaa pompuan yang masuk group ruffedge tu. Lupe plak. Baru2 ni dia ada kuar lagu baru.
Nassier Wahab - Kamelia 2
Amat malang sekali sebab hazama pernah nyanyi lagu ni entah bila tak ingat. Nasib ar, asal hazama nyanyi je aku tak suka. Kejam betul. Tapi lagu ni sedap sebenarnya. Cuma bila nassier wahab yang nyanyi, terus jadi balada. Bukan aku tak suka lagu balada, tapi kalau dah tiap2 minggu lagu balada, bosan kot. Tapi tak dinafikan la... vokal beliau konsisten, takde terkucil.
Haiza - Kopi Dangdut
Bagus! Best ar jugak persembahan haiza minggu ni. Kombinasi rock dan dangdut dalam satu lagu.
Acong - Hilang Naluri
Teringat masa mula2 dengar lagu ni dulu, pelik je dengar. Lagu maki hahaha. Straight je dia pergi matikan awek tu. Pegi mampos ar kau! Tak cukup mati, disuruh masuk dalam dasar laut lagi pulak. Betul2 kecewa nampaknya hihi.
Ekspresi acong sangat bagus dalam lagi ni. Cuma dari sudut nyanyian la kot tak berapa sampai katanya. Tapi aku suka je. Kedengaran elok je aku dengar.
Siti Nordiana - Secangkir Madu Merah
Seram pulak aku bila nana dapat lagu ni, takut tetiba sheeda masuk featuring ke hape ke kan. Sibbaik takde. Eh, kenapa selama ni aku rasa lagu ni macam amelina duet ngan sheeda ek? Tapi kenapa tetiba sekarang cuma amelina? Tah apa yang aku ingat tah. Lagu ni mengingatkan aku pada suasana di dalam bas kilang vs, kilang pertama yang aku bekerja lepas abis spm dulu. Masa tu dangdut amelina tengah meletup2 dan lagu ni pun selalu kedengaran dalam bas tu.
Sopan je nana punya dangdut. Intro tu dah macam lagu hindustan dah. Gaya jari jemari pun macam tarian india. Cuma nyanyian macam dangdut indo kot.
Farahdhiya - Enter Sandman
Sejujurnya aku tak begitu into lagu2 oramputih cenggini. Nirvana ke metallica ke hape aku tak tau. Masa sekolah asrama la baru aku tau pasal rock metal ke entah apa aku pun tak tau lah. Itu pun setakat tau nama je la, lagu satu hapah aku tak tau. Tau lah satu lagu, the man who sold the world kot, pernah la kitorang nyanyi dengan petikan gitar masa hari guru. Itu pun aku main ikut je, tak tau nak nyanyi. Apa motip tah nyanyi lagu tu time hari guru. Kompius aku. Pastu masa form 4 juga sorang mamat ni satu group mentor mentee ngan aku yang pindah sekolah biasa dan aku dicadangkan membeli kaset rancid sebagai hadiah perpisahan dari kumpulan kami. Aku ada lah no idea. Ikutkan je lah. Motip aku yang kena pergi beli kat kedai kaset? Huh.
Jadi nak kata kat sini yang aku sepatah haram tak paham lagu enter sandman ni. Pernah la dengar. Aku kan layan lagu oramputih ala2 goodbye, 25 minutes dan yang sewaktu dengannya je. Jenis lagu yang kuar dalam pilihan bersama kekdahnya.
Maka, apa yang farahdhiya ni nyanyi aku pun tak tau apa. Bunyi muzik yang kuat tu berjaya la menyembunyikan suara dia yang sakit tu. Tapi cemana boleh duduk carta nombor 1, tu aku tak tau cemana. Whatever.
Okeh, settle hutang review minggu ke-7. Tinggal final je. Entah bila nak tulis tu? Tunggu je lah. Cuma nak bagitau yang final aritu aku tengok live kat henfon. Sebab kalau bukak kat laptop asik kuar iklan tak abis2.
Sunday, 13 December 2015
Review Geli2 Gegar Vaganza Minggu Ketujuh
Hasil karya AyunasiA pada 6:10 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment