Dah hujung2 ni makin teruk prestasi review geli2 aku ni. Janji ada je ni. Tak sempat dah nak buat research ke haper. Apa yang terlintas je aku tulis ni ha. Ni pun dah terakru seminggu. Minggu keenam ni aku dapat tengok secara live. Tah, sekejap boleh sekejap tak boleh channel tu. Minggu ketujuh tak boleh semula. Aritu dia cakap channel tu akan off bila lebih 2k pengunjung. Masa live tu tak sampai pun 2k, ratus2 je. Tetiba dah takde terus. Hari2 lain pun kekadang boleh kekadang tak. Eh, lantak dia lah. Takde sponsor barangkali. Ko pulak madang nak free je kan. Tak dapat dek!
Haiza - Patahnya Sayap Malam
Lagu ni antara lagu yang paling selalu kedengaran di radio sinar dulu2. Sekarang tak tau lah kan. Dah 2 tahun aku tak dapat dengar sinar. Tapi lagu ni memang kuakui sedap. Kalau tak salah lagu ni keluar masa aku darjah 6 sebab bila dengar je lagu ni pada bila2 masa, aku mesti terbayangkan kelas aku masa darjah 6 merah. Ala... kan masa sekolah2 dulu kan kite suka buat buku lirik lagu kan. Aku rasa ada la lirik lagu ni dalam buku lirik aku kot.
Persembahan haiza kali ni aku rasa agak kureng sikit. Entah kenapa makin lama aku makin tak suka plak suara haiza. Ko dah kenapa? Rasa biasa2 je suara dia. Pastu bunyi tarik nafas dia kuat sangat masa nyanyi lagu ni. Macam kepenatan gitu.
Acong - Benci Tapi Rindu
Ada 2 lagu malam tu yang pernah dinyanyikan oleh mila masa af dulu. Lagu ni ngan lagu nana. Untuk lagu ni aku rasa acong nyanyi lagi sedap. Lagi pun dia nyanyi versi saleem so agak fresh ar. Tak boleh tahan tang tapi tapi tapi tapi aku rindu tu hikhik. So basically, ok2 jer performance heols malam tu. Kalau tak mendapat kecaman dari aku tu maknanya ok lah hehe.
Azian Mazwan Sapuwan - Layu Sebelum Berkembang
Bila dengar kakyan nyanyi, terus aku rasa macam tak pernah dengar lagu ni. Maksudnya dia berjaya lah nyanyi cara dia sendiri ek? Tapi sebenarnya aku pernah je dengar. Satu yang aku perasan, kakyan ni ada style menyebut perkataan yang ada huruf A yang aku tak berapa gemor. Macam besar sangat suara dia jadinya bila sebut tu. Dari segi nyanyian aku rasa ok, tapi lagu ni yang tak ok huhuhu.
Nassier Wahab - I'll Be There
Please lah! Aku macam dah tak sanggup nak dengar dia ni nyanyi. Bosan seh... Dia ni pun ada satu style sebutan tapi bukan jadi tak sedap ke hape, tapi style tu yang menjadikan semua lagu yang dia nyanyi jadi lagu balada. Ni kalau ikut pada komen awirafael tahun lepas, suara dia ni dah tak relevan ar dengan zaman sekarang.
Farahdhiya - Di Manakan Ku Cari Ganti
Setiap kali farahdhiya nak nyanyi, aku yang neves sebab aku rasa lagu yang dia dapat/pilih selalunya lari dari genre dia. Boleh ke dia bawak lagu2 camni? Tapi sebenarnya aku tak perlu risau pun sebab dia memang boleh nyanyi pun. Dan bila dia nyanyi lagu lelaki, macam lagi sedap daripada lagu pompuan.
Nizam Laksamana - Rindu Serindu-rindunya
Nak tak nak memang terpaksa diakui bahawa nyanyian beliau agak ke laut untuk lagu sudu ni. Awal2 lagi dah kedengaran pelik. Aku ingat persembahan adik along masa final gv tahun lepas dah cukup hauk dah. Rupanya ni lagi teruk. Lagu ni banyak lengguk sebab lagu meleweh, kan. So bila salah lengguk dia tu, terus jadi sumbang. Rasanya dia pun dah tau yang dia akan tersingkir malam tu. Terima je lah uols.
Siti Nordiana - Ku Takkan Bersuara
Paling risau nana akan terkucil part 'ku PINta darimu' macam mila pernah terkucil dulu. Tapi knowing nana yang memang terer bab teknik nyanyian, takkan lah boleh terkucil pulak kan... Eh, tapi suara itik tu bila2 pun boleh menyerang ok. Overall seperti biasa, nana masih maintain setakat ni. Nombor 1-2-3 dalam tangan punye lah.
Ezad - Melankolia
Bestnyer!!!!!! Walau pun kecewa tak dapat dengar part terpekik terlolong tu kan, tapi aku puas hati dengan performance ezad yang agak berusaha kali ni. Tak dapat aku bayangkan cemana orang nyanyi sampai tekak berdarah. Aku nampak gambar anak tekak macam dalam iklan strepsil tu jek. Belah mana yang berdarah tu tak tau lah aku.
Eh, tapi sebelum2 ni aku ingat lagu ni lagu roy tau.
Boleh tak kalau takde closing? Boleh tak boleh lah. Itu je.
Sekian.
Friday, 4 December 2015
Review Geli2 Gegar Vaganza 2015 Minggu Keenam
Hasil karya AyunasiA pada 6:47 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment