Monday, 16 November 2015

Shikizakura di Obara, Toyota


Ok, rehat seketika dari gegar vaganza sebab hari ni aku mogok takmo tengok ulangan. Faham2 lah sebab apa ya.

Kita kembali ke realiti hidup aku di bumi sakura. Sekarang ni sedang berlangsung nya musim luruh. Boleh gitu? Dan sama seperti musim bunga, masa ni lah paling seronok untuk mencuci mata. Kalau keluar rumah la kan. Kalau ko dok merap kat rumah, sama je lah. Yang best nya lagi, suhu waktu ni sangat lah best. Bukan best bagi manusia, tetapi juga bagi poket manusia. Kat rumah takyah pasang heater atau ekon waima kipas sekali pun. Dah ada ekon semula jadi dah. Cuma time mandi je lah wajib guna air panas. Aritu dah sejuk jugak tahap aku bukak heater, tapi tetiba jadi panas balik. Teori aku sama macam musim bunga, suhu panas ni membantu proses pertukaran warna dedaunan pada musim luruh ni. Kalau time musim bunga dia nak bagi sakura tu kembang. Itu aku punya teori la. Memandai nama lainnya.

Kalau tahun lepas time2 camni lah aku balik mesia dan balik ke sini semula menyaksikan daun di tepi jalan mula memerahkan diri dan kemudian femli in law datang. Ini tahun aku berhibernasi je kat rumah. Kalau bangun pagi tu, paling cepat 30 minit ar aku berjaya bangun dan berdiri. Selalunya lebih sejam dok bergulung dalam gebor tu. Bagi aku, waktu musim sejuk2 begini, 2 je saat yang paling best dan selesa iaitu satu ketika mandi dan dua ketika tido. Dua2 melibatkan suhu yang panas. Kalau mandi tu, rasa macam takmo matikan air panas tu dan terus mandi je sampai besok. Begitu juga ketika tido, rasa takmo keluar dari gebor. Namun hidup perlu diteruskan...

Okeh, nak dijadikan cerita, pada hari sabtu 2 minggu lepas (8 November), kami seberataan telah pergi ke satu tempat baru untuk melihat pemandangan musim luruh. Kami tumpang kereta rody. Kali ni kami dapat melihat sejenis spesis sakura yang berbunga 2 kali setahun iaitu pada musim bunga dan musim luruh. Shikizakura nama diberi. Sakura ni boleh dilihat sekali sekala di tepi2 hutan sepanjang highway, tapi yang terdapat di sini merupakan yang terbanyak sekali sebab memang sengaja ditanam sebagai simbol utama daerah kecil Obara ini. Tapi agak kurang bernasib baik, minggu itu bunga sakura nya belum kembang betul dan momiji pun belum merah sangat. Minggu depannya baru betul2 cantik katanya. Takpe lah kan. Takde rezeki. Tahun depan ada lagi, insya Allah. Jap aku tampalkan sejarah dia. Kang aku kasi link bukan korang nak klik pun kan.

It is said that in the early 19th century, a physician, Genseki Fujimoto brought a seedling from Nagoya that became a parent tree and spread widely. In 1978 this tree became the official tree of Obara District.

While ordinary cherry trees only bloom once in spring, the Obara shikizakura blooms once in spring, and again from October to December. The small five-petaled blossoms are thought to indicate a cross between the mamezakura and edohigan species of cherry trees.

The flowers begin to blossom at the end of October, and are at their peak from mid November through early December. The peak period varies somewhat from year to year.

Growing in all parts of the district, the trees number approximately 10,000. Among them, the Maehora Shikizakura, aged more than 100 years, has been designated a natural monument by Aichi Prefecture and is carefully protected.

Okeh, macam biasa lah ya... tengok gambo2 saje.

Ranting2 pokok masih togel. Nampak sikit2 je putih2 bunga shikizakura tu.



Sampai2 je, terus selamba bukak bento atas meja yang disediakan hehe. Untung tak kena halau.

Di tapak pesta yang belum ada orang. Harus minggu ni sampai jem2 agaknya.

Ada jualan cenderamata produk setempat.






Warna merah daun tu tersangat lah cantik. Menangkap!

Geng bapak2.




Geng mak2.










Terpesona melihat warna2 ini. Subhanallah...





Bayangkan je lah belakang tu penuh dengan bunga putih2.











Nyum!


























The sakura.






Ok dah... sebelum maghrib, kami pun balik. Eh cop! Kami tak terus balik. Kami terus ke TPO. Toki Premium Outlet hehe. Sebab dah dekat dah. Alang2 kan. Tapi tak beli pape pun. Cuci2 mata jek.

2 komen:

Mak Wardah said...

Cantiknya scenery kat sini...terima kasih berkongsi

AyunasiA said...

welcome mak wardah...