Saper yang tengok persembahan nana berulang2 kali? Saya3! Tak cukup persembahan dengan lan, godeh2 pulak utube cari video2 lama dengan achik. Plus ada bonus persembahan dengan ezad time sound check pulak tu. Kenapa ek? Padahal dulu sebelah mata pun tak pandang.
Acong - Misha Omar : Baldu Biru
Feklah! Kata tokram. Acong ni macam rahmatmega last year kot. Konsisten, selalu kena puji, tapi akhirnya, hado! Ye lah, benda ni kan 100% markah dari juri, tapi kenapa kata2 tak seiring dengan markah yang diberi?
Persembahan malam tu ok, tapi samihah tu macam over plak, nak dekat2 kan muka dengan acong.
Haiza - Ronnie : Bintang Kehidupan
Sejak dulu lagi aku dah terfikir, ronnie yang nyanyi lagu ni sama ke tak dengan ronnie hyperact. Rupanya betul sama.
Asalnya aku suka suara haiza ni, tapi entah kenapa aku tak suka suara dia dalam lagu ni. Lagi suka dia nyanyi lagu rock sebab suara dia serak kan. Tapi persembahan dia ok je sebenarnya.
Sheeda - Aweera : Tiada Lagi
Berjaya jugak dia menyanyi tak sengau. Tapi tak sedap la pulak huhuhu. Aweera dah nyanyi beriya2 dah. Nampak sangat dia fokus pada nyanyian tu, cuma setakat tu je lah. Sampai je part tinggi2 tu, tapi kedengaran seksa. Teruskan berdangdut je lah makcik...
Azian Mazwan Sapuwan - Jac : Cinta
Betul ke komen ac tu? Tak tau lah dia maksudkan at par tu dari aspek apa. Takde cacat celanya persembahan dia, tapi tak jugak outstanding sangat.
Ezad - Adira : Di sebalik Rahsia Cinta
Aku sukaaa lagu ni. Salah satu lagu nostalgia yang pernah aku kongsikan dalam entry ni. Lagu ni mengingatkan aku pada zaman aku belum paham apa2 lagi. Kecik sangat lagi kot.
Bila dengar pertama kali, memang rasa kurang umph! Dua kali adira salah lirik. Dan aku tak berapa suka cara adira melontarkan suara dia. Lebih kurang ezlynn ar, bukak mulut besar2 dan sebutan yang over. Kalau boleh nak kasi keluar anak tekak tu.
Asalnya lagu ni ala2 sweet, harmoni, petang2, sepoi2, tapi bila dengar adira nyanyi terus jadi macam petir, kilat sabung menyabung dan ombak ganas. Ezad pulak macam tenggelam. Orang kata adira ni jenis pasangan duet yang tak membantu sangat. Dah selalu dia dipasanglan dalam pertandingan, tapi dia yang up sorang2 tanpa mempedulikan siapa yang bertanding. Bukan sebab pasangan tu yang tak bagus, tapi dia yang overshadow. Orang kata hehe. Tapi tokram kata ok. Salah lirik pun ok.
Amir Ukays - Haleeda : Mendung Tak Bererti Hujan
Eh, ok lah dia nyanyi kali ni. Tak over sangat. Dan macam kedengaran suara asal heols. Tapi lagu ni tetap jenis yang tiba2 tinggi. Sibbaik kali ni dia agak relaks. Pasangannya pulak sangat membantu. Pendek kata, best lah! Tapi imej, tetappp belit mafla kat leher huhuhu. Bila la derang boleh nyanyi lagu sendiri lagi...
Nizam Laksamana - Nurul : Kita Insan Biasa
Tak perasan pulak persembahan derang ni. Sebab macam biasa2 sangat. Tak tau lah kenapa aku tak berapa suka lagu2 minggu ni. Banyak lagu 80-an kot.
Farahdhiya - Alif Satar : Aku dan Dirimu
Sweet je dengar. Betul lah kot suara derang blend in sesama sendiri dan dengan muzik. Baju pun cantik. Walau pun lagu ni tak berapa ngetop tapi tetap sedap didengar. Ke sebab aku suka suara bcl eh?
Nassier Wahab - Rohana Jalil : Jangan Ada Dusta Di Antara Kita
Very the hiburan minggu ini. Kalau ikut gaya tokram, dia cakap nassier wahab ni berada pada tempat teratas di mana peserta lain sedang mengejar. Tak best nyer!
Siti Nordiana - Lan Kristal : Memori Berkasih
Sebaknya! Aku boleh ulang2 tengok video persembahan derang berkali2 tanpa hilang rasa sebak tu. Tak payah panggil feel tu pun memang dah sedia ada dalam diri nana. Rasanya dia naikkan key lagu ni kot. Makin lama makin tinggi pulak. Cuma lan kadang kala kedengaran flat part tinggi2 tu. Agak berusaha di situ. Tapi part putusnya ikaTAN tu memang menjadi la.
Fuh! Makin lama makin susah nak mengomen. Minggu ni banyak lagu2 best. Harap2 best jugak la performance derang, sekaligus best jugak la review aku nanti huhuhu.
Saturday, 14 November 2015
Review Geli2 Gegar Vaganza 2015 Minggu Keempat
Hasil karya AyunasiA pada 10:24 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment