Dari Miyajima, kami terus ke Hiroshima untuk pergi ke muzium peringatan bom atom. Kat sana juga berdirinya sebuah bangunan yang tidak musnah selepas kejadian bom atom. Memang tempat wajib pergi lah kalau gi hiroshima ni. Dah sampai sana, tawaf 2 kali mencari parking. Rupanya parking cuma ada kat bangunan2 kedai kat sebelah bangunan dome tu. Pastu kami pun jenjalan lah di sekitar dome dan kawasan taman peringatan tersebut sebelum masuk ke dalam muzium. Alamak, lupa lah pulak berapa tiket masuk muzium tu. 500 yen kot.
|
Tugu peringatan apa tah ni. Ada beberapa tugu peringatan kat area ni. |
|
Burung merpati, simbol keamanan katanya. |
|
The A-Bomb Dome. Sila lah baca kat bawah ni kalau nak tau ceritanya ya. |
|
Asalnya bangunan ni macam trade centre la. |
|
Pada hari kejadian. |
|
Nak kekalkan sebagai peringatan, atau nak robohkan sebab meninggalkan kenangan pahit? |
|
Didaftarkan sebagai world heritage pada tahun 1996. |
|
Green dome pada asalnya. |
|
Kat sini ada guide yang boleh menceritakan peristiwa ini dengan lebih dramatik lagi. Tapi boleh je baca sendiri. |
|
Segenap sudut pandang. |
|
Origami bentuk burung. Ada kisahnya pasal sorang budak ni yang sedang suffer akibat bom ini. Dia percaya kalau dia boleh buat origami ni sebanyak berapa tah, dia akan sembuh. Errr aku dengar jihan yang citer aritu hehe. |
|
Sekarang ni ada banyak giler origami kat sini. Kotak2 ni mengikut sekolah rasanya. |
|
Tugu peringatan budak tu tadi. |
|
Kat sini pulak tugu peringatan yang ada api yang takkan dipadamkan selama dunia masih aman. |
|
Okeh, ni kat dalam muzium. Tak banyak gambar yang aku ambik kat dalam ni sebab sibuk nak membaca. Yang ni gambar yang diambil ketika kejadian. Cloud mushroom katanya bentuk asap yang terbentuk. |
|
Gambaran keadaan kanak2 ketika itu. Kisah pasal budak sekolah yang paling banyak dikisahkan dalam muzium ni sebab ketika kejadian budak2 baru masuk sekolah. |
|
Saiz bola api yang terbentuk sebaik sahaja bom itu meletup. Kalau perasan tempat ni terletak di tempat pertemuan 2 sungai. |
|
Bayangkan bola api sebesar itu. |
|
Bento box budak form one. |
|
Replika saiz sebenar bom atom itu. |
|
Jarum. |
|
Eh, dah habis? Sebelum keluar, cop paspot dulu. |
|
Guest book jangan lupa. |
|
Ada cafe jual orange juice di sini. Agak rare di situ. |
Pastu, kami pun beransur ke hotel kami di higashi-hiroshima. Agak jauh jugak lah dari pusat bandar hiroshima ni. Macam parit raja-kluang gitu jaraknya. Tak tau lah pulak jauh camtu. Tapi kat situ dekat dengan hiroshima university main campus. Dan dekat juga dengan masjid hiroshima.
|
Toyoko Inn. |
|
Kat jepun ni tak jumpa lagi hotel yang bagi shampoo, sabun mandi sumer tu dalam botol2 kecik. Tak tau lah kalau hotel mahal2 tu ada. Dan yang paling takyah risau ialah toilet dia mesti ada washlet. Kat mesia pun kekadang toilet hotel takde paip bidet, kan? |
Pas solat asar, kami keluar semula jenjalan tengok pekan higashi-hiroshima ni. Jumpa 2nd street! hehe. Pastu pusing2 sekitar hiroshima university sebelum ke masjid untuk solat maghrib.
|
Masjid dia dalam bangunan apartment ni. |
|
Baru je lagi islamic centre ni. 2012. |
Sekian kisah hari pertama kami di hiroshima. Malam tu kami dinner nasi, sambal tumis dan telur rebus/goreng sahaja. Besok dah nak balik dah pun.
0 komen:
Post a Comment