Selepas 4 bulan lebih berada di sini, baru lah muncul beberapa masaelah dengan urusan2 di tanahair. Mula2 aritu encik suami dengan telefonnya. Dah kena potong sebab tak topup 3 bulan. Kemudian awal bulan ini, aku mendapat sms yang mengatakan personal loan aku ada tunggakan 2 bulan. Haishooo apa cer nih???
Maknanya standing instruction yang aku buat aritu tak berkesan lah, kan? Ko tengok ayu, penat2 kiter pergi bsn hari jumaat aritu, dia boleh tak buat pape??? Kalau nak diikutkan, masa awal2 dulu, pihak bsn memang buat potongan extra 2 bulan untuk kes2 lambat bayar. Ye lah, misalnya dalam satu2 bulan aku terbayar lambat dari tarikh biasa ke, ada lah lagi back up 2 bulan tu. Dan untuk kes aku ni, sepatutnya dia start potong akaun aku bulan november lagi. Tapi oleh kerana bulan oktober gaji aku masih masuk (ok, nanti balik aku bekerja takyah bayar gaji aku sebulan), kiranya installment bulan november tu dah dibayar melalui potongan gaji lah kan. So, kiranya sekarang ni yang tertunggak tu ialah untuk bulan disember dan januari lah. Atau secara ringkasnya boleh lah dikatakan bahawa arahan tetap itu tidak berlaku langsung.
Nak dipendekkan cerita, aku yang dah cuak ni pun segera menghubungi encik yang aku deal with masa sebelum cuti aritu. Dia ni pegawai bahagian kredit batupahat. Memula aku email je, suh semakkan status sebenar. Memang betul, ada tunggakan 2 bulan. Aku pun suh dia check kan akaun aku, dan katanya duit takde terusik apa2. Arahan tetap juga tiada rekod. Kendian dia suh aku bagi salinan borang yang aku buat arahan tetap tu. Hello, apa ke hey sampai nak nak kena cari salinan borang bagai??? Kalau aku ada salinan tu, tidakkah bank juga ada salinan yang sama? Bukan ada 3 copy ke borang tu? Takkan tak boleh trace melalui tarikh transaksi, kot? ke Bank tak simpan salinan2 bertimbun tu ek? Tapi aku rasa dalam satu hari, tidak lah ramai orang buat arahan tetap kot. Lain lah deposit dan withdrawal ke, logik la dah banyak sangat dan derang pun tak koser nak simpan kot. Eh, tak tau lah aku.
Ok, aku pun faham, mamat tu bahagian kredit, takde kena mengena dengan bahagian kaunter. Tapi aku kan penghutang? Tah berapa kali aku terpaksa telefon dia sebab setiap kali call, dia akan cakap, 'nanti saya check, petang nanti saya email' dan petang itu, petang besoknya, dan petang minggu depan malah aku rasa petang tahun depan pun aku rasa dia takkan email. Last2 dia kata, dia nakkan salinan borang tu jugak, baru boleh bertindak lebih lanjut. Ok lah, sapit ada kat parit raja dan punyai akses ke dalam rumah ku. Tapi, nak suruh dia carik borang tu? Tak ker menyusahkan tuh namanya?
Pastu, tiba2, hari selasa lepas kot, aku call lagi dan encik tu kata 7 februari aritu tiba2 ada bayaran masuk entah dari mana dia pun tak tau. Aku takde bayar pun? Tapi cuma bayaran untuk sebulan jer. Yang lagi sebulan tu dia suh aku bayar cash jer, for the time being. Dah satu hal pulak... So, aku mintak tolong kakak ku bayarkan. Asal nya dia transfer jer dari akaun cimb, tapi tak masuk2 jugak. Sibbaik duit tu bounce balik huhuhu. Maka, terpaksa jugak pergi kaunter/cash deposit. Hehe sebenarnya aku dah fikir dah, kat batang berjuntai tu memang ada bsn dan cimb yang dekat dengan sekolah eita. Tu yang senang mintak tolong eita jek hehe. Ok, settle bab tunggakan, sekarang ni, bab arahan tetap pulak. Oh, dan selepas semua ini, baru lah aku tau bahawa bsn rupanya ada online banking jugak hahaha. Kalau tau, takde lah aku susah2 buat arahan tetap bagai. Isy, nak kena balik mesia lah kot kalau nak aktifkan online banking ni, ek? Dah lah aku takde kad atm. Pakai buku je macam zaman sekolah2 dulu. Punya lah kedekut rm10 nak buat kad kihkihkih. Masa tu mana lah aku tau aku akan berurusan lagi dengan akaun i-giro tuh. Ingat dah dapat duit, terus abaikan je akaun simpanan tu. So, apa nak buat sekarang? Suruh sapit cari salinan borang. Feh.
Tiba2, tengah mandi tadi, aku mendapat idea. Ting! Biasa lah, isteri cerdik yang solehah memang macam ni. Pui!
Ideanya berasal dari ingatan yang muncul tiba2 di mana, pada awal2 bulan 10 itu ari, aku ada mendapat panggilan dari bsn. Satu dari bp, satu dari jb. Masa tu aku tak tau lagi nak guna skype untuk call landline nih. So, aku suh yayu call kan dan tanya apa yang diorang nak. Tapi macam takde pape lah pulak, kan, yayu? So, aku assume semuanya ok lah kan. Jadi hari ni, aku mendapat idea untuk call semula ke nombor yang memanggil aku itu hari untuk mendapatkan pencerahan. Peduli lah siapa pun orang tu. So, memula aku call bsn bp dulu. Bling bling bling bla bla bla (dah macam tajuk lagu nih), dia kata dia kena check buku akaun dulu, baru boleh tau apakah benar tohmahan ku ini. Ok, skip. Kalau tak boleh? Kalau tak boleh, aku kena call bahagian SI di jb. SI tu standing instruction la. Dia pun bagi nombor dan aku pun call lah.
Memula cakap ngan mesin, kendian ngan operator, kendian ngan mamat bahagian SI, kendian dia pass ke manusia yang paling benar, betul, tepat, the one, orangnya, iaitu encik m*****a yang bukan sahaja terlibat dalam urusan SI, tetapi juga lebih khusus kepada SI dari akaun simpanan bsn ke akaun loan bsn. Bling bling bling bla bla bla lagi, akhirnya semua nya selesai.
Dah terlanjur tu, aku tanya lah sekali pasal bayaran installment sebulan yang tiba2 masuk pada 7hb tu. Rupa2nya, telah menjadi polisi mereka kot, kalau ada tunggakan dari penghutang tegar yang sampai tahap mereka tak boleh tahan sampai rasa nak simbah cat kat pagar rumah kot, maka mereka akan check lah kot2 kiter ada akaun yang berduit dan dia akan potong directly dari akaun tersebut. Dalam kes ini, dia potong secara manual, katanya. Tapi kenapa potong sebulan jek? Dia kata memang gitu. Ye lah, ikut logik, mana lah tau empunya akaun tu tengah nak pakai duit tu ke, tiba2 dia tolak sekaligus, tak ker lagi memburukkan hubungan bank dengan pelanggan? Padahal bukan kiter takmo bayar, malah aku yang berhutang ni yang dok kejar2 derang. Cuma mis-entahtaktaunakpanggilapa. Misunderstanding? Whatever.
Jadi, setakat ni dah selesai lah kot. Kalau tak jugak, harus ada satu lagi entry untuk aku komplen dengan lebih giat lagi. Alhamdulillah. Syukur di atas ilham yang diberi ketika mandi itu tadi. Hiks.
Hah kau! Sekali mendapat idea, terus mencurah2, kan? Aku bab komplen memang kuat! Adios amigos sayounara...
p/s oh, hari ni dapat sms, kad kredit pulak ada tunggakan. sibbaik rm41.61 jek.
p/s dah citer tak aku dapat cek rm35+ lebihan deposit dari telekommesia? kiranya urusan ngan telekon selesai lah.
Monday, 17 February 2014
Siapa Penghutang, Siapa Pemiutang? Edisi Keluh Kesah, Komplen Dan Membebel
Hasil karya AyunasiA pada 10:31 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
EMM, HAPPY ENDING AKHIRNYA ;)
tahnye...pnat okey pg tgah panas...hahhaha
Post a Comment