Nak wat cemana, dah itu je kot lagu yang ada tajuk salju huhuhu.
Alhamdulillah... pada hari sabtu, 8 Februari yang lalu hujan salji telah pun menimpa bumi nagoya ini dengan jayanya. Jaya tu maksudnya lebat lah jugak. Actually tu ari, 26 disember dah pernah turun salji dah, tapi tu ala2 malu2 gitu. Tak sempat jatuh ke tanah, dah cair. Sekejap je pulak tu. Tapi untuk kali ini, dia turun kasar2 dan melitupi permukaan tanah dan dedaunan. Ni baru lah real!
Malam sebelum tu, aku menonton bola jdt vs pahang dan final maharaja lawak mega. Sambil2 tu kami turut teruja menantikan hari esok yang diramalkan salji akan turun. Sebelum tidur pun sempat jengah ke luar, kot2 lah salji dah turun ke.
Bangun subuh, cecepat singkap langsir pintu. Waaa dah putih!!! Subhanallah... jakun sangat! Tapi masa tu dia tak turun lagi. Dah berenti kot. Tah pukul berapa dia start turun agaknya.
Selepas membuat pertimbangan bahawa perkara ini berlaku setahun sekali jer kot, maka kami terus bersiap2 untuk pergi ke padang depan toyoda auditorium dekat uni. Kang pergi lambat, ramai orang, dah tak cantik pulak. Ye lah, nanti banyak kesan tapak kasut pulak, kan. Tak menyempat, tak sabar2 nak pegang salji. Macam tak pernah je. Padahal pernah jer tahun lepas jumpa salji kat beijing. Tapi time tu tak dapat rasa dia jatuh atas badan. Dapat tengok je dari dalam bas.
Bila kami keluar dari bilik, salji mula turun semula. Kena bawak payung lah nampaknya. Sempat tapau kek dan roti lagi. Ko ingat nak berkelah ke haper asia oi!!!
|
Unfortunately, aku tai geti nak setting apa kat kemre ni supaya gambar ni jadi cantik. Realitinya sangat sangat cantik. |
|
Pemandangan di luar jendela. |
|
Macam gegula kapas. |
|
Mari menikmati salji! Waktu ni lebih kurang pukul 7.30 pagi. |
|
Tengok je pun dah rasa sejuk. |
|
Hanya kami berdua yang turun pepagi ni. |
|
Sunyi sepi je. Kereta pun sekali sekala je lalu. Cuti kan... ke pagi sangat eh? |
|
Cantik lah ranting pokok ni. |
|
Bergambar dengan our future house hehe. |
|
Belum nampak padang lagi. |
|
Yeay! Takde orang langsung... Leh conquer! |
|
Alasan: sejuk sangat, susah nak balance. |
|
Bajet kebal la tu! |
|
Payung ada 1 jek. Maka terpaksa lah selamatkan kemre lebih daripada diri sendiri. |
|
Memang kena gaya mendepangkan tangan ek? Kengkonon bebas ar gitu. |
|
Like! |
|
Berehat seketika. Dah lapo sangat. |
|
Sambung balik. Selfie lebih baik daripada selfish. |
|
Errr... |
|
Till we meet again, encik salji! |
Balik tu baru lah aku sambung balik tido hahaha. Actually ni gambar2 tanpa 'jdt'. Pasni aku taruk gambar kami sebagai penyokong jdt di perantauan yang macam takde perasaan je malam tadi dah kalah lawan pahang. Tapi memang dari tahun lepas pun, aku keluar stadium macam takde perasaan jek, menang ke kalah. Masa tengok kemain lagi terkinja2 hihihi.
Stay tune!
2 komen:
bestnye...brp suhu masa tu?
seronoknya dpt menikmati musim salji.
Post a Comment