Kalau bab masak benda pelik2 yang bukan makanan harian, aku selalu rujuk resepi yang dah aku copy-paste dan simpan dalam bentuk word. Sampaikan aku ada satu folder yang bertajuk, 'resepi abang paksa buat folder' lagik sebab masa tu encik suami bebel2 sebab hard disk aku bersepah2. Well, pompuan, kan... Kiranya folder tersebut dah merantau jauh dari satu pc ke satu pc dah.
Tapi selepas bertukar kepada encik epal, kesemua fail nya boleh dibuka, tapi tokleh buat grammaatical check sebab software office nya tak lengkap ke haper tah. Akibatnya, tiap kali aku bukak fail word yang dari windows punya tu, dia kuar warning pasal grammar check tu dan resepi nya tokleh dilihat sebab terlindung dek pop-up window tersebut dan tokleh nak gerak2 ke haper. Bila aku klik pangkah, dia kuar lagi laju2, selaju aku mengklik pangkah itu. Sampaikan aku nak close fail tu pun kena buat trick iaitu standby cursor kat pangkah pada templete words, kendian tekan enter dan pangkah tu cecepat. Ok, takyah faham. Buat masa ni aku malas nak pikir cemana nak selesaikan masalah office tu. So, aku cari semula resepi2 mana yang perlu dan buat fail baru. Setakat ni ok je, takde cakap pasal grammar pun. Tapi nanti buatnya besok2 dia mula2 nak menjadi grammar nazi semula, tak ke naya? Eh, tapi masa tu mungkin aku dah terel dah kot, takyah rujuk resepi dah. Mungkin. Kalau tidak? Jadi elok lah tulis kat blog ni. Lagi senang nak access. See! Niatnya bukan nak menunjuk2 pandai masak ke hape. Tapi kerana sebab di atas. Adoi... nak tulis resepi kat blog sendiri pun nak kena bagi justifikasi ker? Just in case.
Okeh, resepi pertama yang perlu ditulis di sini ialah resepi kek mentega hahaha. Senang je, kan? Tapi tiap kali buat, tiap kali tu lah lupa. Sekarang aku dah faham sikit2 bahawa untuk membuat kek, nisbah gula dan tepung+benda2 berbentuk tepung ialah 1:1. Mula2 rasa macam, eiii tak kena potong kaki ke??? Rupanya sedang2 jer.
Kek Mentega
200gm tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bicarbonate* ayak
230gm mentega - suhu bilik
4 biji telur - asingkan putih-kuning
150gm + 50gm gula
Esen vanila
Cara-cara
1. Pukul telur putih hingga kembang - terbalikkan tak jatuh. Masukkan 50gm gula dan pukul sebati.
2. Pukul mentega dan 150gm gula hingga kembang.
3. Masukkan telur kuning. Pukul sebati.
4. Masukkan esen vanila.
5. Masukkan 1/2 tepung. Pukul. Masukkan susu. Pukul. Masukkan baki tepung. Pukul.
6. Masukkan 1/2 telur putih. Pukul. Masukkan baki telur putih. Kaup balik.
7. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 40 minit.
Sungguh, banyak perkara nak cerita, tapi jatuh pada hukum 'kena fikir panjang dulu sebelum tulis'. Kalau ada, adalah.
Tuesday, 25 February 2014
Malas Nak Cari Penyelesaian
Hasil karya AyunasiA pada 5:55 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment