Kehidupan di ofis pada waktu ini adalah tidak menentu seperti cuaca. Macam2 lah benda nak kena buat. Sampaikan waktu kerja yang 9 jam tu pun rasa macam 2 jam jek. Tau2, eh, dah azan zohor. Sedar2, eh, dah azan asar (giler sopan punya kesedaran ek?). Maksudnya, tau2 dah lunch time, sedar2 dah nak balik.
Aku rindu pada AH ku. Selama 2 minggu aku ditinggalkan olehnya, baru lah terasa kebestan nya. Selama ni rasa macam nak tukar teana je dah hahaha. Bila dah rasa kehilangannya sekejap barulah rasa lebih menghargai. Oh, bestnya bila dapat motong lori dalam masa 5 saat. Oh, bestnya dapat tekan minyak kuat2 kalau dah terlambat. Bukan lah maksudnya kancil tu tak bagus. Ada gak bagusnya tang errr warna dia kot huhuhu. Tapi terdapat beberapa kelemahan yang bila sampai rumah tengok pintu pagar masih belum terbuka tu, rasa nak kunci balik pagar tu lepas masuk, siap kunci pintu rumah sekali (sebab orang tu balik lambat. bila nak pasang pagar auto nih???) Ada kaitan tak? Maksudnya perjalanan dengan kancil tu kekadang menyesakkan dada, tu yang sampai rumah panas je tinger tengok pagar tak bukak lagi.
Satunya, dia bukan power stereng. Penat tau nak pulas stereng tu. Keras giler. Dua, minyak dia sikit. Kalau isi penuh, hari khamis sebelum balik tu kena isi lah untuk hari jumaat. Leceh kot nak isi2 minyak tengah2 minggu. Kalau AH, seminggu sampai rabu depan baru kena isi. Dari segi penggunaan minyak, sama je kancil ngan AH ni. Ke AH lagi jimat kot.
Tiga, enjin dia macam berkahak. Kalau kat jalan biasa, ko tekan minyak sampai jejak lantai pun dia macam sembelit. Grrr grrr tak mo pergi. Geram tau. Rasa macam nak bagi makan ubat batuk je bagi kuar kahak dia tu. Empat, gegaran nya yang umpama gempa bumi kekdahnya. Dah lah jalan pergi balik keje aku ni banyak jalan lompat2. Bergegar otak i tau.
Tiba2 jadi entry mengutuk kancil pulak ya. Kalau masuk peraduan kisah perodua anda ni, komfem direject awal2. Hakikatnya kancil itu lah yang aku lenjan setiap weekend. Tapi tu sebab encik suami yang drive, lantak lah nak keras stereng ke haper ke kan.
Tapi memang sedap bawak kete yang dah habis bayar, kan? hehe.
* tune blogging dah lari ar. tak geti dah nak menulis.
Monday, 2 July 2012
Serabut
Hasil karya AyunasiA pada 11:30 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
hahahahha...syian cik kanc tau
sian kan? padahal dia yang paling berjasa selama 10 tahun. gini lah manusia, tak tau menghargai. siapalah manusia tu.
Post a Comment