Boleh? Cuba mengaitkan diriku dengan orang sehebat al- fateh? Ko ado?
Aku sebenarnya heran pelik dan confuse dengan orang yang mesti nak kaitkan dirinya dengan apa sahaja yang orang perkatakan. Semua topik, mesti ada kaitan dengan dia. Kalau tak dengan diri sendiri, anak dia. Kalau tak anak, laki. kalau tak laki, kawan. Kalau tak kawan, sedara mara, jiran tetangga, dan entah sesiapa lah. Pendek kata, takde satu perkara dalam dunia ni yang tak berkaitan dengan nya. Pelik, kan? Sampai kan benda yang dia tak sertai pun dia boleh kaitkan juga. Contohnya pasal al-fateh ni lah. Gini ceritanya...
Semalam, kami diberi ceramah motivasi dan agama. Asing2. Ceramah motivasi ni derang panggil consultant. Ceramah agama, cam biasa lah, panggil ustaz2, imam2. Tapi consultant tu pun ustaz jugak. Maka ceramah motivasi tu pun bercirikan keagamaan jua.
Antara kedua2 ceramah ni, kami lebih enjoy dengan ceramah motivasi. Sesuai lah kan. Bayar pun dengan LO hahaha. Imam tu bayar pakai tabung surau kot huhuhu.
Topik ceramah motivasi tu ialah kepimpinan al-fateh. Siapa kah encik al-fateh ini? Woi, sultan muhammad al-fateh la. Sukati ko je panggil encik.
Sebelum tu, ni yang aku nak kaitkan dengan diri aku ni hihihi (nak jugak, tapi aku takde lah sampai semua perkara pun nak aku kaitkan).
Tak berapa lama dahulu, kalau sesiapa ingat aku ada cerita pasal aku tengok forum perdana kat tv1 sampai tak tengok pelangi kasih yang tayang pukul 9.30 sebab panelnya ialah ustazkazim. Ok, takyah ingat. Baiklah korang berzikir, mengingati Allah swt. (mode menjelang Ramadhan memang camnih hihi).
Ok, pasal forum perdana tu tadi. Sebenarnya tajuk forum pada masa itu ialah berkaitan kepimpinan al-fateh ni lah. Forum tu dibuat di upnm kalau tak salah. Maka audiennya masa tu ialah para tentera. Masa tu baru lah aku dengar kisah kehebatan al-fateh ni. Tapi, masa tu aku tau gitu je lah. Tau lah, dia jadi sultan masa umur 18 tahun, dia hafaz al-Quran masa umur 8 tahun, dia tak pernah tinggal solat tahajjud sejak baligh, dan dialah orangnya yang berjaya membuka kota rom (konstantinopel) (semalam baru tau umur dia masa tu 21 tahun). Setakat tu je lah. Sebab tak de kena mengena dengan aku. Bukannya aku tentera pun kan. Setakat masuk ko-kurikulum kesatria je hihihi.
Dan baru2 ni aku tengok nama masjid paghitraja yang baru siap direnovate tu ialah masjid al-fateh. Errr faham tak maksud aku yang aku ada kaitan dengan al-fateh? Takde kaitan ek? Ah, lantak lah.
#pembetulan, nama masjid tu ialah al-faqeh, ya. Keliru huruf ta ngan kop ada 2 titik hihi. Eh, tapi isu solusi bulan lepas kan memilih al-fatih, ek? Sempena nak pru kot.
So, bila dapat tau je yang tajuk ceramah motivasi tu berkaitan dengan al-fateh, aku adalah teruja dan perasan hebat sebab dah tau sikit2 hahaha. Aku takkan cerita pasal kisah tu kat sini. Korang cari lah sendiri kalau nak tau, ya? Tapi memang la. Bila dengar cerita ni, terus rasa macam nak pergi turki. Tiba2.
Apa pula kaitannya kisah ini dengan kisah orang yang sentiasa mengaitkan dirinya dengan semua perkara tu? Ok, orang yang aku maksudkan ni tak dengar ceramah ni sampai habis. So, dia tak dengar lah cerita pasal al-fateh ni. Bila kami dok sibuk2 bercerita pasal al-fateh ni, dia boleh kata...
"saya ada sepupu yang namanya muhammad al-fatah." AL-FATAH ok, bukan aku salah eja. Ok, mungkin lah makna nama tu sama kot. Tapi??? Faham tak kenapa aku heran pelik dan confuse?
p/s ayza ukasyah sila jangan tanya siapa orang itu.
Thursday, 5 July 2012
Al-Fateh, Konstantinopel dan Diriku
Hasil karya AyunasiA pada 8:57 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 komen:
hahahaha...nak jugak tanya...sila la bagitau...sila2...tolong la...eh wajib la bagitau...ah tak kira nak tau gak...(tapi cam tau je sapa) wakakakakaka
eh, macamana boleh macam tau pulak? ko tak kenal la. ni mak mertua sepupu angkat jiran belakang rumah mak sedara aku huhuhu
ah tak kira...macam tau gak
Post a Comment