BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 31 July 2012

Ramadhan Ini







Besok dah raya ker? Belum kan? Tengok lah! Betapa lamanya tak update. Sampai dah masuk 10 hari berpuasa pun tak nampak sepatah kata. Entah, kenapa aku rasa aku begitu sibuk kebelakangan ini ya? Nak kata dapat kelas sampai 24 jam seminggu, separuh daripada tu pun tak sampai? Oh ya, mungkin sebab adanya student april intake yang tiba2 time orang cuti sem dia tengah exam lalu membuatkan hidupku tunggang langgang. Tak sempat nak tanda kertas pekse dia pulak, student baru dan lama dah masuk semula. Ni pun baru je aku abis siapkan markah derang. Tak submit pun lagik. Kelas baru dah start juga. Subjek baru lagi. Disusuli pula oleh audit pertama kali 5s yang akan menjelma sedikit hari lagi. Memang tak dan lah nak mengadap benda alah ni. Bulan puasa pulak, mana ada masa rehat. Tengahari yang sepatutnya waktu rehat tu lah masa untuk mengqadakkan tidur yang terakru sebanyak 1 jam sehari itu, kan. Kalau tak diqadak, haruslah menguap2 lah mulut seorang pempuan itu di khalayak ramai di malam hari nanti. Kena jaga gak kesopanan dan kesusilaan di hadapan makcik2 bertaraf ibu mertua tu kan. Hiks. 

Ok, dah habis merepek.

Betul lah, orang kata, pergi buat umrah ni macam recharge bateri. Bila balik tu, semangat, kerajinan dalam ibadat tu memang berkobar2. Makin lama, bateri semakin lemah. Nak cas balik, time puasa cenggini lah.

Tahun ni aku tak buat skt ramadhan yang baru. Copy paste je skt tahun lepas. Takdelah berat sangay. Cuma tahun ni aku rasa fokus terlari sikit sebab aku belum siap menjahit baju raya. Saper suruh buat baju banyak? Aku tak sedar pun yang baju aku akan sebanyak itu. Aku tersedar pun bila dah siap cantum semua sekali. Tergezut i! Korang takyah tanya lah tahun ni berapa pasang baju raya aku. Karang buat sakit hati je hihi. Cuma hintnya, lebih dari tahun lepas hahahahahahahahaha (cukup untuk aku pakai baju lain2 untuk beraya selama sebulan, mengambil kira ada hari2 yang kita tak pergi beraya ke mana2, so pakai tiset ngan suar senam je).

Tapi, kan, aku dah kira dah. Kalau lah aku bayar upah jahit baju ni kat 'aku', 'aku' akan lebih kaya dalam 500 hengget jugak lah. Fuh! Macamana kekdahnya aku nak bayar pada 'aku' tu ek? Boleh tak kita guna kan peruntukan nafkah pakaian dari encik suami? Hmmm menarik tu. Hello, encik suami. Take note eh? Ehhh kira untung orang tak mintak kos bahan mentah tu tau. Kalau kira purata harga baju siap di pasaran bazaar raya yang kita pergi malam kemarin tu, ermmm mau cecah riban juga tu. $$$$$$. Kenapa ku tak terpikir kekdah ini sebelum ni eh? Rugi2.

Cakap pasal bazaar raya, hari sabtu lepas, aku sempat pergi ke bazaar raya paghit ghaja. Eh, macam first time pergi jek? Memang pun. Pernah lah, sekali, aku pergi siang. Tah, tahun biler tah. Haaa tahun yang baju raya aku kaler pink kelabu, sebab masa tu aku nak carik tudung kaler kelabu. Macam nak pitam. Panas sangat. Ni aku pergi malam. Tak sangka, ramai orang ek? Tak pernah pulak aku pergi bazaar raya memalam cenggitu. Ye lah, orang pergi situ biasanya nak beli baju raya. Aku, kalau pergi pun untuk cari tudung je kot. Itu pun aku prefer cari kat kota je sebab lagi banyak pilihan, up-to-date dan murah. Yang kat bazaar tu pun aku dengar dia cakap bahse kemboja. Tah2 dari kota jugak tu. Saya bangga menjadi anak kota tinggi! Tiba2.

Ermmm ingat tadi nak tulis diari ramadhan tahun ini, tapi ni pun dah panjang dah. Sambung nanti je lah. Nampak banyak sikit entry hehe. Sehingga itu, selamat malam!

0 komen: