Tuesday, 10 July 2012

Dia Yang Dilimpahi Kasih Sayang


Alah, jangan lah kata aku berlagak, kutuk2 kancil. Aku ni jari je kutuk, tapi hakikatnya si kancil itu lah yang paling mendapat limpahan kasih sayang dari ku. Percaya tak?

Betul apa? Tahun lepas, time nak raya, kulit saper yang aku tukar baju baru? Saper lagi kalau bukan si kancil? Pastu, yang radio kasetnya rosak, aku tukar dengan cd player sejurus selepas ditukar bajunya, tu siapa, kalau bukan si kancil juga? Ni, semalam. Semalam yang dapat kaki, stokin dan kasut (sila imagine, apakah analogi nya) baru tu saper? Siapaaa???

Eh, emo pulak. Sajer je kan, nak mengatakan buat pertama kali dalam hidup, aku beli sport rim hihihi. Kata encik suami, orang kalau beli kete baru, benda pertama yang dibuat biasanya tukar sport rim. Tapi, kita tak pernah pun. Sebab aku kata, bukannya kita nampak sport rim tu pun time duduk dalam kete. Pasang la sport rim yang berkilau2 camana pon, orang kat luar je yang dapat tengok. Time dia tak bergerak, mana nak nampak cantik ke tidak. Tu pendapat aku lah. Sebab bagi aku, sport rim yang cantik ialah yang berkilau2 semasa dipandu laju hehehe.

Dia telah lama berjasa kepada ku. Sudah lah aku tak perlu bersusah payah untuk mendapatkannya. Tinggal sambung bayar jer, takde down payment bagai. Cuma ada lah sikit sumbangan aku dalam proses pembeliannya. Masa tu aku baru dapat ptptpu. Selain ambik lesen memandu, aku juga bagi pinjam duit pinjaman itu kepada eita untuk top up down payment kancil itu. Hehehe tiap2 semester nak masuk, tuntut duit tu sebab nak bayar yuran hahaha. Lama2 habis lah jugak.

Teringat aku, pada hari kancil itu diambil di kedai... (eh, macam kete aku pulak ek? sebenarnya masa tu aku tengah belajar memandu kat tangkak, so aku duduk dengan eita lah kat tangkak, sekaligus menjadi saksi pembelian kete itu). Hari Selasa, aku ingat lagi. Aku yang suruh eita ambik kaler hijau tu sebab tetiap hari aku balik dari uitm ke seksyen 2 lalu pak guard sebelah hotel tu, nampak sebiji kete kancil hijau milik mak guard di situ.

Bila dibawa balik je kete itu, kami terus pergi ke pasar malam hahaha. Yang bestnya, kemain eksaited sampai lupa lepas hand brake. Patut lah berat semacam jek. Dah lah kena lintas jalan besar. Sibbaik lepas. Eita pun baru dapat lesen hehe.

Malam nya pulak, kami terus bercadang nak pergi melaka. Mahkota Parade kononnya. Tapi, tak tau jalan. Tapi eita kata dia selalu pergi. Maka, kami pun pergi melalui jalan jasin. Dalam hujan, kami meredah malam itu menuju ke melaka mengikut papan tanda jalan. Tapi, tak sampai2. Sampai chinchin kot, dah takde papan tanda. Ikut batu jalan jek. Makin lama makin jauh entah ke mana. Tau2, tengok batu jalan, eh, apasal dia tak tulis melaka, sebaliknya tangkak/muar (tak ingat)? Tup tup, kami tiba di satu simpang yang eh, macam pernah tengok. Rupanya kami dah balik ke tangkak hahaha. Maka tergendala lah rancangan ke mahkota parade. Over jek.

Okeh, mari melihat proses membedah kaki encik kancil itu. Selepas ini aku takkan mengata dia yang buruk2 lagi dah. Sebab dia dah best!


Potong kaki


Memula dah hepi masa ayu cakap rege absorber ni seratus dua jek. Sekali???  
Benda alah ni memang la seratus dua

Tapi kalau dah tukar depan belakang, tak dapat de seratus dua dah
Tayar sedang diimbangkan
Aku ingat dia saje2 tampal benda alah tu. Rupanya benda tu pemberat ek? 
Check dulu, ada angin kuar tak dicelah2 tayar

Ok, itu je ceritanya. Maka hari ini aku telah miskin beberapa ribu hukhukhuk. Ayat penyedap hati, takper, f3lda bayar. 

Kan aritu kemain tak sabar nak tukar kete kan. Sekali semalam, sendiri yang mintak nak pakai kancil sebab nak test selekoh bukit kelicap hehehe. Best best best! Dah tak membuang dah. Jom drift!

p/s aku memang tak suka menunjuk, sebab tu tak tunjuk gambar rim sukan hahaha (sukan lah sangat) :p

7 komen:

ayzaqaysukashah... said...

hmmmm x pasan la smlam

Irfa said...

aku adalah fail bab keta
samada sport rim @ apa2pun
aku tahu isi mnyak dan drive je

spyz said...

kereta inilah dulu 1st bwk lepas dpt lesen. bwk balik ipoh mlm2 cuak2 aje..
masa bljr amik lesen, kereta kancil 4 gear. so balik ipoh guna 4 gear aje..dah siang baru nmpk..ehh ada 5 gear rupanya ha ha..kalo gearbox rosak lepas ni dah tau lah sbbnya..

AyunasiA said...

ayu: maknanya tak berkilau sgt la sampai tak pasan

AyunasiA said...

irfa: aku kalau suh tukar tayar pun boleh ok, cuma tak kuat je nak bukak skru. ms bujang2 dulu, bila nak servis aku beli minyak hitam ngan oil filter kat kedai, kendian baru bawak gi bengkel. mentol lampu sumer bahagian aku pernah ganti sendiri. siap adjust lampu tinggi rendah pun pernah. skrg je tak kosser nak ambik tau.

AyunasiA said...

spyz: a'ah, kan? cikgu memandu tak pernah bagitau pun bahawa wujud gear lebih dari 4.

gear tak pernah problem setakat ni. tapi rim pernah bengkok. kancil ni belah penumpang je tak pernah kena langgar. depan belakang kanan sumer pernah kena hentam.

Yayu said...

tak tunjuk pun gambar bila dah siap pasang sumer..