Aku selalu berharap moga2 aku takkan mendapat student dari kalangan orang yang aku kenal. Sedara mara, keluarga kepada sesiapa yang aku kenal atau sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan orang yang aku kenal lah. Kekok lah. Nanti mesti aku akan diperkatakan oleh mereka. Biarlah kalau nak mengata pun, orang tak kenal. Boleh?
Tapi minggu ini, tetiba seorang kawan sekolah semejay (kenal gitu je, tak kawan rapat) mengepost di dinding fb ku, mengatakan dia ada adik yang belajar kat sini. Aku pun tanya lah, course apa? Dia kata, mekatoronikusu! (bahasa jepun nya). Aiyok! Siapa pulak? Aku ingat, maybe budak semester 1 kot. Terlupa lah pulak aku yang budak semester 1 yang baru masuk ni semua budak bp dan semester 1 yang lagi satu ramai budak utara.
Pagi rabu (kemarin), member tu belum reply. So, aku belum tahu lah siapa adik dia tu. Dalam kelas, aku sajer lah tanya, dalam kelas ni ada tak yang binti atau bin zulkafli? Ni haikal ni puan, kata derang. Errr macamana ejaan nama bapak awak? Ada D kat depan. Aku pun perati kan muka dia. Ermmm ada la sikit2 air muka member aku tu. Lalu aku pun menyiasat. Ada kakak? Kerja apa? Kampung mana? Nama kakak saper? Hah! Komfem!
Adoiyainya pun... ketahui lah oleh mu wahai nana bahawa adik mu ini lah budak yang paling rajin ponteng dalam kelas ni. Hmmm...
Friday, 25 May 2012
Studentku, Adik Kawanku
Hasil karya AyunasiA pada 12:00 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
haha...kompom
nyampah tak...? dah tau kiter kenal kakak dia pun boleh ponteng dengan selamba. padan muka dia, tak cukup bukti portfolio.
Post a Comment