Hah! Amek kaw. Berdebuk2 bunyik durian runtuh. Macam nak rak. Apa? Terduduk tersandar kerana terkejut tak? Terkejut lah sangat kan.
Pengumuman pada 8 mei itu hari bukan lah jenis pengumuman yang aku ternanti2. Terlupa pun. Kalau yayu tak telefon, aku pun tak teringat. Lagi pun aku dah tahu yang durian itu takde kono mengono langsung dengan kpf. Maka takde lah aku akan ditimpa durian itu. Mungkin sebab kpf pun telah berjaya menyekat dananya dari dialihkan ke fgvh, maka tiadalah apa2 effect pada ahli2 koop. Kalau dia dapat alih tuh, aku ingat mahunya dapat seketul dua juga tu. Tapi takpe lah. Daripada dapat seketul dua, tapi risiko tinggi, baik lah aku tak dapat apa2 dengan risiko kecil dan boleh bertenang dengan dividen saban tahun. Tak banyak pun, lepas lah jugak buat bayar muka kereta hybrid kot huhuhu.
Cuma yang agak seprais (tapi tak sampai lah terduduk tersandar) ialah, durian yang diruntuhkan itu dipecah2kan kepada 3. Pak dapat, mak dapat, anak2 pun dapat. Dah macam wasiat pulak ya? Siapa yang nak meninggal tuh?
Apa effect nya kalau dibahagi2kan sedemikian? Kalau dilihat dengan satu lapis pandangan, ketiga2 segmen maknusia ini mungkin, maybe dan most probably akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada amno=bn pada pru yang macam dah dekat tapi macam takde pon? Tetapi kalau dilihat dengan dua tiga lapis, ia memberi impak negatif kepada institusi kekeluargaan di dalam komuniti felda itu sendiri.
Ada 2-3 jenis keluarga yang berisiko menerima impak ini. Pertama, keluarga sandwich. Anak2 duduk dengan mak bapak siap dengan cucu cicit sekali. Anak yang duduk ngan mak pak tu kata, aku duduk pelda, aku lah yang patut dapat (atau dapat lebih) duit tu. Korang duduk kl dah takde kena mengena dah. Kebun pun korang tak ingat kat mana, kan? Gitu. Maka porak peranda lah adik beradik. Mak pak dah tua, tak kosser nak layan korang berkelahi. Kalau dia kasik je kat pak, sukati pak la nak kasi ke tak kat anak bini. Anak2 takut kot nak gadoh ngan pak derang. Kot.
Kedua, keluarga yang mak, pak, atau mak & pak yang dah takde. Kalau ada salah satu kurang sikit impak nya. Tapi kalau dua-dua dah takde, tinggal adik beradik je. Tambah pulak ada salah sorang dua yang tinggal kat pelda. Saper nak amik bahagian pak, saper nak ambik bahagian mak, saper nak amik bahagian anak2? Fuh! Complicated.
Ketiga, keluarga yang paknya berpoligami. Ini lagi fenin. Tapi aku rasa status penerokawati ni diberi pada sorang isteri je kot. Kot. Jadi, sesiapa yang berstatus demikian la kot yang dapat bahagian mak. Tapi, anak2 caner? Anak saper bini mana? Anak tu kira semua lah kan. Kalau pun bahagian mak boleh dibahagi sama rata dengan isteri2 yang ada, karang dapat sorang sikit, lagi gadoh. Pastu ada yang anak lebih, ada yang kurang. Dah macam pembahagian harta pusaka dah pulak. Belum mati dah gadoh rete. Fuh! Complex!
Dan yang keempat, keluarga tiri. Ini ada kono mengono dengan den. Kami dah diskas2 sikit itu ari, tapi tak semua la. Dan masih belum ada kata putus. Ada yang cadang, kasik jek 1k kat adik yang tengah study tu, lebihnya kiter beli barang atau nampak kan dalam bentuk benda seperti pasang jubin di beranda rumah ke, tambah bilik air dan tandas ker, pasang ekon di setiap bilik ke (hahaha over okeh. benda alah urut osim tu pun abah tak pakai sebab kuat makan karen katernya, lagi pulak pasang ekon. memang tak lah kan...) dan sebagainya lah. Ada pulak yang cadang bagi je lah sama rata. Takyah pening2. Ye lah, ada yang perlukan duit, ada yang tak kisah pun. Atau seperti yang aku cadangkan awal tadi, kiter beli je emas sekijang dua, simpan ler. Agak2 naik rege 3 kali ganda (bertahun tuh huhuhu), kiter jual, dan pergi melancong ke goldcoast hahaha. Goldcoast sepang la tapi hihihi.
Keluarga yang normal takde masalah sangat kot. Macam femli encik suami, derang pakat2 suh abah betulkan rumah yang tak berapa nak siap tu. Tambah jamban duduk katanya. Senang time beranak kan.
Kalau ditekan2 kalkulator, aku cuma dapat lebih kurang rm7++ je. Tak boleh buat apa2 kot. Belah encik suami pulak, kalau dibahagi, sorang dapat rm4++ je. Lagi lah tak boleh nak buat apa2. Tapi kalau dapat kata sepakat, rm5k tu sebenarnya boleh bekerja untuk kita. Contohnya beli emas ker atau beli saham kpf (tapi takut pulak, macam situasi tak stabil) atau saham amanah ke atau apa2 lah bentuk pelaburan. Sebab aku rasa kalau bagi 700 tu pada setiap sorang, sekelip mata je boleh habis.
Bab durian tu sudah lah kan. Ada perkara yang lebih besar dari itu. Duit boleh habis. Masa orang cini dapat durian itu ari, tivi3 interviu pakcik pembangkang. Derang kata, mereka tanpa malu2 turut serta mengambil cek durian itu. Apa yang menarik perhatian aku ialah kata2 salah seorang daripada pakcik tu. Katanya, umur pakcik dah 63 tahun, ni lah pertama kali kerajaan bagi duit sebanyak ini. Sekali dengar macam beliau turut menyokong kerajaan. Tapi kalau digali apa yang tersirat, seolah2 beliau menyindir sebenarnya.
Perkara yang lebih besar yang datang sekali dengan durian runtuh itu ialah borang pinjaman bank. Bergantung pada penerimaan derang sebenarnya. Kalau derang nampak durian tu lagi besar, maka borang pinjaman itu takde apa2 bagi mereka. Tapi kalau derang nampak borang itu sesuatu yang amat penting, durian runtuh tu takde apa bagi mereka. Tapi nampak gayanya macam durian itu telah berjaya mengaburi mata para peneroka. Kalau tanya derang, katanya, takkan lah najib nak tipu... takkannn lah...
Akan makcik. Akan. Bukan takkan. Memang lah, kesian kan derang. Dah tua2 dah. Nak juga merasa duit banyak cenggitu. Durian tu tak salah sebenarnya. Yang salahnya ialah borang yang terbuka itu. Sama lah macam korang sign borang kosong. Tau2 laki ko bawak balik madu. Kan. Aku rasa peneroka2 ni tak kebulur lah dengan saham2 tu. Kalau ikut penerangan mazlan, bila kita pinjam duit dari bank untuk beli saham fgvh itu, bank lah yang berhak menjual-beli saham tersebut. Kiranya peneroka ni bagi nama je lah. Kalau untung, untung, kalau rugi, lingkup lah.
Okeh. Kalau nak lebih faham, sila lah bukak video di bawah dan link2 yang mengiringinya. Informatif tau.
Thursday, 31 May 2012
Gedebak! Gedebuk! Gedebek!
siti
mazlan
lawyer
Hasil karya AyunasiA pada 9:02 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment